Sunday, December 06, 2020

Kemaksiatan dalam sukan ini, jelas berganda-ganda..

 

Gandingan Pandelela Rinong- Leong Mun Yee ketika membuat terjunan pada Kejohanan Terjun Antarabangsa Malaysia secara online di Bukit Jalil, hari ini.

SUKAN

Kejohanan terjun dalam talian mungkin diperbanyak

KUALA LUMPUR: Persekutuan Renang Malaysia (MAS) memberi bayangan kemungkinan lebih banyak pertandingan secara atas talian atau online akan menyusul selepas Kejohanan Terjun Antarabangsa Malaysia di Bukit Jalil, melabuhkan tirainya semalam dengan jayanya.

Setiausaha Agung MAS, Mae Chen berkata ada peluang untuk kejohanan seperti ini dianjurkan pada masa akan datang dalam usaha menyalurkan sumber motivasi kepada atlet supaya dapat lebih mempamerkan peningkatan prestasi mereka.

"Ada kemungkinan, peluang (untuk penganjuran) itu ada," katanya yang turut menyatakan perancangan terdekat bagi atlet terjun dengan yang paling terdekat adalah Siri Dunia yang dijadual berlangsung di China pada Mac 2021.

"Apapun, kita tidak boleh membuat perancangan untuk atlet terjun pada masa ini kerana kita tak tahu bagaimana (situasi) PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) dan juga perancangan pergerakan (sekatan pergerakan ke luar negara).

"Namun apa yang kita tahu mengenai Siri Dunia, ia akan berlangsung pada Mac. Pada masa ini, kita ada sekurang-kurangnya tiga atlet wanita yang layak ke Siri Dunia iaitu Pandelela Rinong, Leong Mun Yee dan Wendy (Ng Yan Yee).

"Dhabitah berada dalam senarai menunggu bersama dua lagi atlet lelaki yang lain. Apabila semua ini dapat disahkan, maka kita boleh membuat perancangan mengenai pergerakan ke luar negara."

Merumuskan mengenai Kejohanan Terjun Antarabangsa Malaysia ini, Mae Chen berkata: "Saya gembira. Satu kejayaan dan satu perkara yang kita sudah dapat melakukannya. Penerjun juga menikmatinya dan mereka dapat merasai seperti satu kejohanan. Ini memberikan kita motivasi dan saya harap mereka akan terus menerima motivasi dan meningkat di masa depan."

Dalam pada itu, gandingan Pandelela dan Mun Yee mengungguli acara 10 meter (m) seirama wanita dengan 287.64 mata manakala Chew Yiwei-Ooi Tze Liang memenangi acara 3m seirama lelaki dengan 397.35 mata.

BERITA BERKAITAN

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kejohanan terjun dalam talian mungkin diperbanyak. Tetapi hakikatnya, memang kemaksiatan dalam sukan ini jelas berganda-ganda.. Adakah Allah SWT terlalai dari hisabnya? Sedarlah wahai insan.

3 comments:

Anonymous said...

YANG PASTI ( HAKIKATNYA ) PARTI ISLAM Se-MALAYSIA aka PAS KINI ADALAH ANGGOTA SISTEM PEMERINTAHAN KAFIR (MULKAN JABBARIAN @ DEMOKRASI ala DEMOKRAT USA JESUS CHRIST) - TAK PERLU JADI HINDU BUDHA ATAU KRISTEN.

MENGAMAL SISTEM KAFIR JADI KAFIR - AMANAT HJ HADI BIN AWANG ( PRESIDEN PAS )

Anonymous said...

MAHA SUCI ALLAH dari kelalaian dan segala kekurangan.

Sesungguhnya pemimpin dan penyokong PASlah yang lalai , sudah pun masuk ke lubang biawak dan kini sedang berkubang bersama sama biawak biawak saling merebut BANGKAI berulat untuk bekalan ke neraka

Anonymous said...

Gmbr dedah aurat jgk ditayangnya. Ni blog org islam ke kapir??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails