Wednesday, December 09, 2020

5 syarikat telekomunikasi dikompaun

 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan 15 kompaun bernilai RM750,000 kepada lima syarikat telekomunikasi atas kesalahan pendaftaran kad sim prabayar tanpa membuat pengesahan maklumat pengguna.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan 15 kompaun bernilai RM750,000 kepada lima syarikat telekomunikasi atas kesalahan pendaftaran kad sim prabayar tanpa membuat pengesahan maklumat pengguna.

Tindakan ini diambil berdasarkan kepada audit yang dijalankan di Pahang, Kelantan dan Terengganu bagi tempoh antara Ogos hingga Oktober tahun lalu.

SKMM berkata, sepanjang tahun ini 70 kompaun bernilai RM3.45juta dikeluarkan, iaitu peningkatan sebanyak 16 peratus berbanding tahun lalu.

"Kesemua kompaun dikeluarkan mengikut Seksyen 127 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kenyataan yang sama menyebut Digi Telecommunications Sdn Bhd menerima kompaun tertinggi dengan lima kompaun bernilai RM250,000 diikuti Maxis Broadband Sdn Bhd sebanyak empat kompaun bernilai RM200,000.

"U Mobile Sdn Bhd menerima tiga kompaun bernilai RM150,000 manakala, Tune Talk Sdn Bhd dan YTL Communications Sdn Bhd masing-masing dua kompaun bernilai RM100,000 dan satu kompaun bernilai RM50,000.

"Tindakan yang diambil ini menunjukkan usaha tegas yang berterusan oleh pihak kami dalam melindungi kepentingan pengguna daripada kes penipuan atau scam secara dalam talian yang semakin meningkat," katanya. 

Hibur Hibur Sikit

3 comments:

Anonymous said...

Tu yg buang najis babi ke sungai, takkan takde tindakan. Sekarang terpaksa minum air cemar najis babi. Nanti dipaksa makan daging babi. Mana penguatkuasa. Jaga kebajikan rakyat, jangan jaga kebajikan penternak babi jer.

Anonymous said...

Kerajaan Bersatu Yiddin@Atok salahkan DAP, PKR punca politik negara tidak stabil

Akhirnya selesai tanpa PH dan DAP. Usaha walaun unta membatu api adu domba terbantut. Atok saja yang kekal pertahan DAP okey.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Saiful Wan Jan menegaskan situasi politik negara yang tidak stabil pada masa ini berpunca daripada DAP, PKR dan sekutu-sekutunya.

Menurutnya, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan rakan-rakan pemimpin Pakatan Harapan (PH) itu terus menerus menggugat kestabilan negara hingga mempengaruhi penurunan penarafan Malaysia oleh Fitch Ratings.

“Kali ini mereka mempergunakan penarafan Fitch untuk menuntut undi tidak percaya.

“Sebenarnya merekalah yang menyebabkan politik kita tidak stabil. Merekalah yang mensabotaj kestabilan politik dan ekonomi negara sehingga kita semua tanggung kesannya.

“Siapa yang menyebabkan politik negara kita tidak stabil sekarang? Jawapannya ialah DAP

Malah selepas MB Perak tersingkir PN bersatu semula. Dah tua celaka ni elok kurangkan fitnah batu api.

Anonymous said...

Perangai abang non pun dah cukup nak jatuhkan malaysia. Bertutur lemak bermadu, tapi suka melendir.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails