Wednesday, July 08, 2020

Projek RM56 Juta, B/setpol Mat Sabu Ditahan. Wang Tunai RM70,000 Disita..


SPRM tahan bekas setpol Mat Sabu berkait projek lebih RM56 juta.  -FMT Reporters

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang bekas setiausaha politik kepada bekas menteri pertahanan, Mohamad Sabu dalam siasatan membabitkan projek selenggaraan sistem keselamatan negara bernilai lebih RM56 juta.

Majistret Shah Wira Abdul Halim, mengeluarkan perintah reman selama 6 hari terhadap lelaki berusia 49 tahun itu, bermula hari ini sehingga 13 Julai, selepas mendengar permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Menurut sumber, bekas setiausaha politik tersebut ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 8 malam semalam selepas hadir memberi keterangan.

Katanya lagi, siasatan awal mendapati suspek kes itu menerima wang jutaan ringgit daripada sebuah syarikat sebagai balasan mendapatkan projek sistem tersebut secara rundingan terus dengan sebuah kementerian sekitar Ogos 2019.

“SPRM turut menyita pelbagai mata wang tunai yang dianggarkan bernilai lebih RM70,000 serta dokumen berkaitan projek berkenaan”.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM, menurut kenyataan badan anti-rasuah itu.






  • Perhatian:
  • Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak? 
  • Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi.
Ternak Landak Untung Ribuan Ringgit


4 comments:

tokwancha said...

Mat sabu, belum dapat kuasa sembang deraih umno rasuah bagai. La ni tuhan dah tunjuk. Rupanya puak hangpa pun kaki balun jugak pantang lepa.

Anonymous said...

Apabila puak syiah mendapat tunjuk ajar pemimpin kafir harbi, hukum balun sama seperti hukum mut'ah... Balun selagi berkuasa sambil berpura-pura warak.

Anonymous said...

Ulamak mokhtar senik dah ckp aritu. Selagi mahkamah x jatuh hukum, org tu belum tentu bersalah. Korang dah melawan ulamak ni. Masuk neraka nanti

Anonymous said...

Pelbagai matawang disita berjumlah 70,000 ringgit di mana? Mana lagi berjuta juta ringgit tidak disita kalau ada dalam akaun. Kes setpol ini cepat sangat, kes menteri beratus juta disita dan akaun disita sampai sekarang masih tak ada apa apa..... berjalan merata. Laksanakan keadilan dengan 2 belah mata, bukan sebelah mata sahaja yg nampak, satu lagi buta. Semoga Allah akan hukum semua penipuan dan kejahatan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails