Saturday, July 11, 2020

Lagi Keluar DAP, ADUN Rahang, NS, Mary Josephine.

Mary Josephine tetap menyokong PH walaupun umum keluar DAP dan jadi ADUN Bebas. Foto NSTP
Mary Josephine tetap menyokong PH walaupun umum keluar DAP dan jadi ADUN Bebas. Foto NSTP


Dakwa kecewa dengan pemimpin DAP punca Mary Josephine keluar parti

SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rahang, Mary Josephine yang mengumumkan keluar DAP hari ini mendakwa tindakan beliau itu didasari rasa kecewa dengan ahli dan pemimpin DAP Negeri Sembilan.
Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengakui tidak mampu lagi menghadapi cabaran dan tekanan daripada kepemimpinan DAP negeri.


"Saya kecewa dengan ahli dan pemimpin DAP Negeri Sembilan. Justeru, saya tiada pilihan melainkan meletak semua jawatan dalam parti dan keluar daripada DAP berkuat kuasa kuasa hari ini
"Keputusan untuk keluar parti ini juga bukan sesuatu yang berlaku hari ini atau semalam, tapi saya pertimbang sejak dua tahun lalu.
"Selama 46 tahun sebagai ahli DAP yang berpegang teguh kepada integriti serta bekerja berasaskan prinsip dan disiplin parti, tetapi kini saya berdepan dengan cabaran yang saya tidak mampu lagi menghadapinya," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Datuk Zulkefly Mohd Omar mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Mary Josephine pagi tadi di pejabatnya melalui serahan tangan yang dihantar pegawai ADUN terbabit.
Berikutan tindakan keluar parti ADUN berkenaan, komposisi terkini dalam kerusi DUN Negeri Sembilan ialah 19 milik PH manakala 16 pula milik Barisan Nasional (BN) dan seorang Bebas daripada keseluruhan 36 kerusi.
Mary Josephine berkata, beliau sudah menghantar surat keluar parti itu ke ibu pejabat DAP di sini semalam manakala makluman kepada Menteri Besar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dibuat pagi tadi.
Beliau yang menjadi wakil rakyat selama dua penggal di DUN itu menegaskan tetap akan memberi sokongan kepada PH dan Aminuddin serta tidak akan melompat parti.
"Saya akan terus memberikan sokongan kepada PH kerana saya berada dalam barisan pembangkang sudah lebih 40 tahun," katanya. (BH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails