Friday, July 10, 2020

Berbentuk ular tak haram -Mufti. Tapi...


JOM KREATIF
Roti canai berbentuk ular tak haram – Mufti

KOTA BHARU: Hukum membeli dan memakan makanan berbentuk haiwan berbisa seperti roti canai ular yang tular baru-baru ini adalah tidak haram, selagi bahan digunakan untuk membuat makanan itu adalah daripada sumber halal.


Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata ini kerana tujuan pembelian itu adalah semata-mata untuk dimakan dan bukan untuk diagungkan.
“Kita semua sedia maklum, bahawa kandungan roti canai itu hanyalah tepung gandum sahaja dan ia datang daripada sumber yang halal. Jadi tidak timbul sekalipun isu haram jika memakan roti canai berbentuk ular.
“Bagaimanapun, hukum memakan ular tetap haram kerana ia mengandungi bisa yang akan memudaratkan manusia namun roti canai ular ini cuma menyerupai bentuk sahaja, bukan kandungannya yang memudaratkan manusia,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika diminta mengulas tindakan segelintir masyarakat yang mempersoalkan hukum memakan roti canai berbentuk ular yang tular di media sosial serta aplikasi WhatsApp sejak beberapa hari lalu.
 
Mohamad Shukri turut mengingatkan umat Islam agar tiada unsur mempersendakan agama ketika memakan roti canai ular berkenaan.
“Seperti contoh, jika kita minum air kosong namun kita menyamakan air itu dengan arak adalah tidak dibenarkan, sama juga jika memakan roti canai ular ini namun dibanggakan seperti memakan ular yang betul adalah tidak dibenarkan kerana seolah-olah mempermainkan hukum Islam.
“Malah, masyarakat juga diingatkan agar tidak menggembar-gemburkan dan cepat menghukum sesuatu perkara yang tidak pasti. Seboleh-bolehnya pandanglah sesuatu perkara daripada sudut yang lebih positif,” katanya.
Semalam, akhbar melaporkan roti canai ular yang dihasilkan oleh seorang pengusaha roti canai, Che Harun Ali, 46, dari Kampung Kubur Kuda di sini, mendapat sambutan ramai selepas tular di media sosial. – BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hebat. Memang kreatif pengusaha roti canai itu. Tapi, kata Mufti Kelantan, “Malah, masyarakat juga diingatkan agar tidak menggembar-gemburkan dan cepat menghukum sesuatu perkara yang tidak pasti. Seboleh-bolehnya pandanglah sesuatu perkara daripada sudut yang lebih positif.”
Jangan sampai jadi haram kerana itu pula.

Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik: 1 Hingga 4
Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik:  1 Hingga 3 E-Buku IH-10: Siri 1
Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik: 1 Hingga 3 E-Buku IH-53: Siri 2
Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik: 1 Hingga 3 E-Buku IH-68: Siri 3
E-Buku IH-123: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4) 



Hibur Hibur Sikit

1 comment:

Anonymous said...

KES BUNUH KEVIN MORRIS KERJA FITNAH JIJIK ADALAH KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

6 ke tali gantung kerana bunuh Kevin Morais

Adik Kevin Morais, Richard di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas 6 individu kerana membunuh timbalan pendakwa raya Kevin Morais 5 tahun lalu.

Hakim perbicaraan Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati semua tertuduh bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah,” katanya.

FITNAH ADALAH KERJA KERAJAAN PAKATAN HARAPAN.

Ini fitnah jijik Pakatan Harapan. Lim Kit Siang dan Tun Mahathir dalam kes Kevin Morris.

Tak tipu, tak fitnah bukan Kit Siang, Dap dan Pakatan Harapan – Najib

Terbukti kerja menipu fitnah adalah dalam DNA Lim Kit Siang Tun Mahathir Anwar Ibrahim Tony Pua Rafizi dan Pakatan Harapan

Orang yang sudah meninggal pun akan difitnah dan dipergunakan oleh Pakatan Hadapan untuk menipu Rakyat tanpa sebarang rasa bersalah.

Masa mendiang Kevin Morais dibunuh dengan begitu kejam, Lim Kit Siang antara orang yang paling awal libatkan Morais dengan siasatan 1MDB siap kata ada pendrive dengan segala-gala maklumat kesalahan 1MDB.

(Kit Siang, mana pendrive itu? Najib dah lama tuntut.)

SPRM masa BN sudah berkali-kali menafikan Kevin Morais terlibat dalam kes SRC atau 1MDB.

Walaun walaun unta sekelian tanggung lah dosa fitnah masing masing.

Kes bunuh syuhada Jalil Ibrahim dalam kes BMf pembunuh masih bebas dan mungkin sudah kaya raya 7 keturunan. Alfatihah

Haahhh tepokkk...!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails