Sunday, July 05, 2020

2 sindiket proses arak tiruan, tumpas. Tahniah JKDM!

Kurang maklumat punca orang beli arak palsu - Lee Boon Chye


MUAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor menerusi Bahagian Penguatkuasaan Sungai Pulai, berjaya menumpaskan dua sindiket pemprosesan arak tiruan di Tanjung Gading, Muar dan Sungai Mati, Tangkak.


Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Johari Alifiah berkata lapan pekerja warga asing termasuk seorang wanita ditahan dalam serbuan di  dua premis tidak bernombor itu.
Menurutnya, operasi masing-masing  pada 5 Jun dan 28 Jun lepas, menerusi Op Benteng dan Op Pintasan itu menemukan sejumlah minuman keras tiruan pelbagai jenama serta setem cukai kastam dan peralatan memproses minuman keras.
“Kami percaya arak tiruan ini adalah untuk pasaran tempatan dan siasatan lanjut masih dilakukan termasuk kaitan operasi kedua-dua premis berkenaan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Beliau berkata di premis di Tanjung Gading, sebanyak 412.96 liter minuman keras ditemukan manakala di premis di Sungai Mati sebanyak 4,843.49 liter minuman keras, dan mengikut harga pasaran kesemuanya bernilai lebih RM78,000.
 
Johari berkata kesemua suspek direman sehingga 13 Julai untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Akta Eksais 1976.
“Jika sabit kesalahan, mereka yang terlibat boleh dikenakan denda tidak kurang 10 kali amaun duti eksais atau RM100,000, dan tidak melebihi 20 kali amaun duti eksais atau RM500,000 mana yang lebih besar serta boleh dipenjara,” katanya.
Sementara itu, Johari berkata pihaknya turut merampas 437 tayar pelbagai jenama dianggar bernilai RM122,550 dalam pemeriksaan terhadap sebuah treler di Senai, pada 26 Jun lepas.
Beliau berkata rampasan dilakukan setelah pemandu treler terbabit gagal mengemukakan dokumen pengimportan. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Adakah 'arak tiruan' itu bukan arak? Atau, arak juga tetapi lari dari bayar cukai kepada kerajaan? Bagaimana kerajaan orang Islam makan hasil dari cukai arak?

2 comments:

Anonymous said...

Kalau zaman dap dan ph, aktiviti buat arak ini mesti tiada tangkapan dan tindakan undang2. Sebab untuk adakan pesta arak, mesti ada arak.

Christy said...

Saya kekurangan kata-kata untuk keuntungan luar biasa yang Anda bantu saya hasilkan dalam opsi biner hanya seminggu, maaf saya ragu pada awalnya, saya menginvestasikan $ 200 dan mendapatkan $ 2.500 hanya dalam satu minggu, dan terus berinvestasi lebih banyak, hari ini saya sukses secara finansial, Anda bisa menghubunginya
via email: carlose78910@gmail.com
Via whatsapp: (+12166263236)
Saya menyarankan Anda jangan ragu. Dia hebat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails