Tuesday, July 07, 2020

Misi Roket Lap Komersil Di N/Zealand Kali Ini Gagal?

Sebuah roket komersil membawa tujuh satelit sebelum dilancar dari tapak pelancar New Zealand. - Foto Twitter Rocket Lab
Sebuah roket komersil membawa tujuh satelit sebelum dilancar dari tapak pelancar New Zealand. - Foto Twitter Rocket Lab
Sikit Tazkirah Ekonomi:
Roket komersil bawa 7 satelit hilang selepas dilancar


WELLINGTON: Sebuah roket komersil membawa tujuh satelit 'hilang' selepas dilancarkan dari tapak pelancar New Zealand, kata pemilik Rocket Lab.
"Kami kehilangan penerbangan dalam misi kali ini.
"Kami memohon banyak kemaafan kerana gagal menghantar satelit pelanggan. Tapi jangan risau, kami akan menyelesaikan dan memperbaiki semua masalah, serta kembali ke tapak pelancaran seberapa segera," kata Ketua Eksekutif dan Pengasas Rocket Lab, Peter Black menerusi ciapan di Twitter.
Rocket Lab disenaraikan sebagai syarikat Amerika Syarikat (AS) yang berpangkalan di New Zealand, dan memiliki kepakaran untuk membawa satelit kecil ke orbit bawah bumi.
Ia menerima sokongan beberapa syarikat ternama AS seperti Khosla Ventures, Bessemer Ventire Partners, Lockheed Martin, Promus Ventures dan Data Collective.

Misi yang gagal itu, pelancaran ke-13 syarikat berkenaan dinamakan sebagai "Pics Or It Didn't Happen.".
Dalam satu kenyataan di laman web, Rocket Lab berkata mereka berdepan sedikit masalah selama empat minit selepas pesawat dilancarkan, dan bekerjasama rapat dengan Pengurusan Penerbangan Persekutuan di AS bagi mengenal pasti punca kejadian.
"Insiden hari ini adalah peringatan bahawa perjalanan ke angkasa lepas boleh mendatangkan masalah tidak diduga, tapi kami akan mengenal pasti isu, memperbaiki dan kembali ke tapak pelancar dengan selamat pada kadar segera," katanya. - AFP
Hibur Hibur Sikit

Michael Jackson - Earth Song (Official Video)


Heal the world - Michael Jackson


Jackson five - Ben 1972


  • Perhatian:
  • Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak? 
  • Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails