Friday, July 10, 2020

Hari Jumaat Sebagai Hari Jawi. Bermula Hari Ini. -Dr Zulkifli, Menteri JPM.


Perkasa tradisi, kebudayaan – Dr Zulkifli

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan hari Jumaat sebagai Hari Jawi bermula hari ini (10 Julai), dalam usaha mengekalkan dan memperkasakan sebahagian tradisi dan kebudayaan yang membentuk Malaysia sehingga ke hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata perkara itu telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu lalu (8 Julai) dan mendapat sokongan penuh daripada sema Ahli Jemaah menteri.



“Bagi menzahirkan iltizam memartabatkan tulisan Jawi di peringkat Jabatan Perdana Menteri, kepala surat rasmi (letterhead) Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) turut akan menggunakan tulisan Jawi bagi urusan rasmi.
“Disamping itu penggunaan tulisan Jawi di media sosial juga diperluaskan kepada setiap media sosial rasmi agensi di bawah jabatan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Zulkifli turut menyeru seluruh kementerian, jabatan, agensi di peringkat Persekutuan dan negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan seluruh rakyat Malaysia untuk bersama dalam usaha memelihara warisan negara ini.
Katanya lagi, tulisan Jawi merupakan bahasa perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat, perdagangan dan urusan seharian masyarakat sejak dahulu.
Malahan, turut diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67: ‘Tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan Rumi; dengan syarat bahawa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu yang lebih dikenali dengan nama tulisan Jawi bagi bahasa kebangsaan’.- HARAKAHDAILY 10/7/2020
Hibur Hibur Sikit

2 comments:

Anonymous said...

Dulu tunggu juga mujahid istihar macam ni. Rupanya telornya kena picit dengan dap sampai senak tak keluaq suara.

Anonymous said...

Kurang benar tulisan jawi di Pulau Pinang?

Diharap Dr Zulkifli, Menteri JPM dapat menimarahkan tulisan jawi di Pulau Pinang!

Ianya LEGASI negara dan perlu dihidupkan semula!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails