Wednesday, May 27, 2020

Peluang semak arah kiblat 27 Mei tepat jam 5:16 petang ini..



KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini berpeluang untuk menyemak sendiri ketepatan arah kiblat di kediaman atau premis masing-masing ketika fenomena Istiwa’ A’zam yang akan berlaku hari ini, 27 Mei tepat jam 5:16 petang.


Fenomena yang hanya berlaku dua tahun sekali ini iaitu sekali lagi pada 15 Julai adalah keadaan di mana kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah tanpa bayang pada  jam 12:16 tengahari waktu tempatan di Makkah.
Dengan kedudukan tepat demikian, matahari akan menghasilkan bayang-bayang bagi objek tegak yang didirikan, sekali gus menjadi penentu kepada ketepatan arah kiblat di semua tempat atau premis secara pemerhatian mudah tersebut.
Oleh itu, umat Islam boleh menjadikan sebarang bayang dari sisi atau batang tiang yang didirikan secara menegak dan menerima cahaya matahari tepat jam 5:16 petang ini bagi menyemak ruang solat premis masing-masing. – HARAKAHDAILY 27/5/2020

2 comments:

Anonymous said...

Dah ada arah kiblat melalui smartphoe..

Anonymous said...

Prihatin kpd orang susah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails