Thursday, November 07, 2019

Seorang Melayu M'sia, Di Balik Pembinaan Royal Clock Tower, Makkah.

royal-clock-tower-makkah-aerial

KISAH ini diceritakan oleh Tuan Azmil Abrar, seorang Pengurus Pembangunan dan Kawalan Konten di TV Al Hijrah.
Ia berkisarkan tentang Tuan Wan Nazri Wan Aria, seorang Jurutera Struktur yang dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Konsultan untuk pembinaan Royal Clock Tower, Makkah oleh sebuah syarikat terkemuka di German, SL Rasch.
Struktur binaan ini disifatkan sebagai the Miracles of Modern Engineering adalah mengkagumkan, dan kisah bagaimana seorang lelaki yang dibesarkan di Segambut, dan kemudian dipercayai oleh sebuah syarikat ternama German, adalah lebih mengkagumkan.
Kita ikuti kisahnya di bawah:
A MALAYSIAN LEGEND – FIND YOUR TURNING POINT
Siapakah lelaki muda, multi millionaire berusia 33 tahun di bawah ini? Mungkin ramai yang tidak mengenali beliau. Tetapi semalam adalah hari yang sangat mengujakan saya. Saya berpeluang untuk beliau yang saya sifatkan sebagai a Malaysian Legend, A Living Legend.
Nama beliau adalah Wan Nazri Wan Aria. Apa hebatnya beliau?
Royal Clock Tower, Makkah yang disifatkan sebagai the Miracles of Modern Engineering. (Boleh tonton pelbagai video berkenaan pembinaan Royal Clock Tower itu di Youtube). Dinyatakan di pelbagai tempat bahawa Clock Tower it dibina oleh sebuah syarikat terkemuka di German, SL Rasch.
Selain itu, projek pembesaran Masjidil Haram agar dapat memuatkan 10 juta jemaah haji juga telah disiap dirangka dan dirancang.
Berdasarkan kajian dilakukan, dapat diketahui bahawa individu yang dilantik selaku ketua untuk menjalankan projek Clock Tower berkenaan serta bertanggungjawab merangka pelan pembesaran Mekah adalah seorang anak muda dari Malaysia, bernama Wan Nazri Wan Aria.
Kebetulan dia sedang berada di Malaysia, maka kesempatan itu digunakan saya untuk bertemu beliau.
Kehebatan sebelum ini memang diketahui berdasarkan kajian. Tetapi setelah duduk berbual, banyak lagi perkara hebat diketahui mengenai individu ini.
Beliau berasal dari sebuah keluarga yang susah dan menetap di sebuah kawasan belum membangun di Kuala Lumpur. Bukan lulusan mana mana sekolah hebat. Hanya bersekolah biasa di Segambut. Kemudian menyambung pelajaran dan berjaya lulus Degree di dalam engineering dari UiTM dan pada mulanya bekerja di sebuah syarikat tempatan. Pada usia 25 tahun, beliau berasa tidak puas dan ingin mencabar diri.
Maka beliau meletakkan jawatan dan bertekad menyambung belajar peringkat Master di Germany menggunakan wang sendiri.
This is what i always said “all successful people had their turning point some point in life. We just have to make ours.
Mengapa Germany? Sebab beliau merasakan bahawa di situlah tempat paling utama dan paling mencabar untuk seseorang engineer di Dunia. Walaupun pada mulanya tidak pandai berbahasa Germany, beliau telah memaksa diri untuk belajar segera. Sebab semua pelajaran adalah di dalam bahasa berkenaan. Belajar Engineering dah susah, belajar peringkat Master dah susah, belajar bahasa german dah susah, apatah lagi belajar kesemuanya serentak!
But he did. And he did very well. Selepas berjaya mencapai keputusan yang cemerlang, pelbagai syarikat besar terutamanya di dalam otomobil berebut menawarkan beliau kerja. Namun semuanya ditolak beliau di atas minat beliau kepada Structural Engineering. Maka beliau telah memohon kerja di sebuah syarikat SL Rasch, sebuah syarikat Germany yang terkenal di dalam bidang structural engineering.
Pada mulanya, syarikat berkenaan tidak minat untuk mengambil beliau kerana mereka tidak percaya akan kebolehan engineer bukan dari Germany atau Eropah. Kerana bagi mereka, orang Germany paling pandai di dalam bidang engineering dan mereka sudah mempunyai ramai German Engineers.
Namun, the boss opened the door for him. “Impress me in 6 months or you have to go”, he said. Impress him he did. Dia terus ditawarkan kerja berkenaan.
Kemudian syarikat berkenaan telah berjaya mendapatkan tender membina Royal Clock Tower di Mekkah, melalui design yang dibuat oleh Wan Nazri. Atas kejayaan itu, SL Rasch telah menghantar Wan Nazri sebagai ketua konsultan untuk projek berkenaan bagi mengawasi pembinaannya dari A – Z.
Engineer Arab sangat skeptikal terhadap Engineer dari Asia juga. Tetapi memandangkan Wan Nazri datang dari German, beliau sangat dihormati, apatah lagi beliau memperlihatkan kecekapan dan kepakaran beliau. Sehingga ada syarikat besar di arab menawarkan gaji ratusan ribu sebulan untuk memancing beliau.
Kini beliau ada di Malaysia dengan tujuan kata beliau adalah untuk mencari bakat – bakat baru di Malaysia dan melatih mereka bagi mengenengahkan mereka di peringkat dunia. Beliau tidak mencari engineer yang berpengalaman, tetapi beliau mengumpulkan ramai anak muda yang baru graduate dan mempunyai potensi besar.
Beliau kata, the world is a different game altogether. Before accepting any project outside to give to my fellow Malaysian, i need to prepare them first.
Seorang world player, tetapi tidak lupa untuk kembali ke negara asal bagi memberi ruang dan peluang kepada anak muda lain. Kata beliau, “my boss at SL Rasch helped to open the door for me, now i am helping to open the door for others. I am just returning the favour”.
Bila diterangkan kepada beliau mengenai projek yang sedang kami usahakan, beliau sangat supportive dan berjanji memberi apa jua bantuan yang boleh beliau berikan.
Soalan terakhir saya, “Encik Wan, boleh cakap melayu tak?”
“Sudah tentu, saya orang Melayu”
(http://www.alumniuitm.org.my/site/?p=7266  By admin on April 17, 2015)
Persatuan Alumni UITM Malaysia (PAUITM)
    1. CARA NAIK TOWER ZAM" | MUSEUM BARU ZAM-ZAM TOWER MAKKAH 2019

      • 5 months ago
      • 617,145 views
      #towerzamzam #museumzamzamtower #makkah



      Assalamualaikum

      Mudah-mudahan Allah permudah Langkah kita menuju Masjid Nabawi dan ...
    2. Makkah Clock Royal Tower | Muzium Menara Jam Mekah | NEW | 2019 | 4K

      • 2 months ago
      • 563 views
      Makkah Clock Royal Tower | Makkah Clock Museum | 2019



Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-124: Budaya Saudi&Melayu Kota Mekah Kini.
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bersambung..

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails