Thursday, November 07, 2019

Nur Amirah! Kamu Hebat. Ini Kedudukan Sebenarnya. -Ibnu Hasyim.


Nur Amirah! Kamu Hebat Dengan Kenyataan Ini.. 


“MOHON semua yang dimuat naik dipadam semula walaupun itu mustahil,” demikian permintaan pemilik butik pengantin, Nur Amirah Mohd Amiruddin, 26, kepada warganet.
Nur Amirah mengeluarkan kenyataan itu ketika sesi siaran langsung (Live) di Facebook (FB) miliknya hari ini.
Sesi siaran langsung berdurasi empat minit 29 saat itu diadakan wanita berkenaan bagi memohon maaf kepada semua pihak berikutan tindakannya memuat naik gambar dan mengadakan sesi fotografi bersama sekumpulan model wanita berpakaian pengantin di kawasan perkuburan bukan Islam di Batu Pahat, Johor, Ahad lalu. 
(Disunting dari MyMetro Rabu, 6 November 2019)

Dari segi hukum Islam, ini sebenarnya..
(Video) Hukum ‘Berselfie’ Di Tanah Perkuburan, Ini Penjelasan UAI
Umum mengetahui, menziarahi kubur pada hari raya hanyalah adat budaya atau warisan tradisi semata-mata. Dalam islam, kita tidak disuruh menziarahi kubur pada hari raya, sebaliknya kita dituntut untuk menziarahi saudara mara serta sahabat handai yang masih hidup.
Namun begitu, masih ramai umat Islam di Malaysia yang menganggapnya sebagai sunat dan menyandarkan amalan tersebut kepada Nabi Muhammad S.A.W. Malah masih terdapat umat Islam di Malaysia yang memandang serong terhadap individu yang tidak menziarahi kubur pada hari raya.
Lebih pada itu, perbuatan berswafoto atau lebih mudah dengan perkataan ‘selfie’ menjadi satu ‘trend’  di tanah perkuburan. Mungkin ramai di antara kita nampak biasa tetapi ini penjelasan Ustaz Azhar Idrus di sebuah video dimuatnaikan di Youtube.
Hukum selfie tanah perkuburan tidaklah haram secara mutlak. Ia bergantung kepada beberapa keadaan termasuklah niat dan tujuan, Ia diharuskan selagi mana adab dan tata susila dijaga dan dipelihara.
Jangan fokuskan kepada hukum selfie dan bergambar sahaja, tapi lebih penting untuk fokuskan kepada hukum menziarahi kubur pada hari raya.
Jadi, amalan menziarahi kubur pada hari raya bukanlah amalan sunat, malah ia mungkin menjadi haram apabila terlalu ramai lelaki dan perempuan yang bukan mahram bercampur gaul di tanah perkuburan. (siakapkeli.my)

Video

Al-hamdulillah Nur Amirah. Jazakillahu khairan kathira (Semoga Allah memberi/menambah kepadamu kebaikan yang banyak.)  

Lihat lagi..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)

E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)

Hibur Hibur Sikit..

Video:

Ebiet G Ade - Untuk Kita Renungkan



EBIT G ADE - MENJARING MATAHARI with CHORDS.wmv

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails