Wednesday, November 06, 2019

Langsai Janji Tanpa Diskriminasi Kaum. Bukan Macam PH..


Hanafiah disertai pihak MPK dan pejabat daerah bersama sebahagian masyarakat Tionghua ketika mengunjungi lokasi tapak yang diluluskan.
Kerajaan Negeri Langsai Janji Tanpa Diskriminasi Kaum


KEMAMAN, 5 November- Kerajaan negeri melangsaikan janji yang diberikan kepada kaum Tionghua pada tahun 1999 apabila meluluskan penyerahan tanah untuk pembinaan rumah mayat kaum berkenaan di Kampung Dusun Nyior, di sini, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, penyerahan tenah tersebut menjadi bukti kerajaan Terengganu sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat negeri itu tanpa mengira kaum.

“Sebenarnya tanah yang diperuntukkan ini pernah diluluskan oleh Menteri Besar kerajaan PAS pada tahun 1999 dahulu iaitu Dato’ Seri Abdul Hadi Awang tetapi, apabila bertukar kerajaan, kaum Tionghua diberikan tawaran dengan lokasi baharu di Jabor dan Teluk Nyior, namun mereka menolaknya.

Kerajaan negeri pastikan kebajikan rakyat tanpa mengira kaum terpelihara- Hanafiah.
“Dalam pemerintahan baharu ini, mereka membuat permohonan kembali di tapak asal dan terima kasih kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Samsuri Mokhtar kerana meluluskannya,” katanya ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) dalam tinjauan ke lokasi itu, semalam.

Hadir sama dalam sesi tersebut ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Jusman Ibrahim; pegawai daerah, Mohamed A. Rahman@Othman serta Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina (DPC) Kemaman, Lau Sin Tat.

Hanafiah yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, turut memaklumkan, tanah berkeluasan sekitar satu hingga dua ekar itu telah diserahkan kepada MPK dan pejabat daerah telah membuat permohonan untuk penyerahan sebahagian daripadanya kepada pihak dewan perhimpunan cina.

“Mengikut rancangan yang dipersetujui, satu ekar lebih akan diserahkan untuk rumah mayat manakala, bakinya kepada Tenaga Nasional Berhad untuk perbekalan kemudahan elektrik.
“Untuk makluman, serahan ini berbentuk pajakan negeri dengan anggaran nilai tanah berharga kira-kira RM1 juta,” katanya.

ADUN Chukai itu turut memberi penerangan mengenai situasi tanah yang diperuntukkan untuk kaum Tionghua.

Dalam pada itu, Lau Sin Tat sempat menzahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan negeri atas keputusan itu.

“Kami berpuas hati apabila kerajaan negeri memberikan tapak asal sebagaimana yang dijanjikan dahulu kerana ia akan lebih memudahkan urusan masyarakat Tionghua kerana kedudukannya di kawasan bandar,” katanya.

Beliau berkata, pembinaan kemudahan rumah mayat itu akan dimulakan tahun depan oleh DPC dengan anggaran kos bernilai RM1 juta.
(Teganukita)

Imej yang berkaitan
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan Terengganu tunaikan janji. Bukan macam kerajaan PH, manifesto sendiri pun tak mahu tunaikan. Lidah bercabang!


Hibur Hbur Sikit..
ApaMauTipuLagi
Untuk pengundi PRK Tg. Piai, jangan lupa undi calon nombor 1, semestinya Datuk Wee Jeck Seng, dari Barisan Nasional.

UMNO Online Himpunan ...

Versi Baru Lagu Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

  • 2 years ago
  •     

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails