Thursday, November 22, 2018

Wanita Digalak Bersukan, Jaga Syariat. Bukan Macam PH.


Ghazali menyampaikan pesanan kepada peserta Kejohanan Bola Jaring Tertutup DUN Bukit Besi sebelum bermulanya pertandingan. 

SUKAN
DUNGUN, 21 November- Bersukan amat digalakkan dalam Islam, bahkan ianya juga merupakan sunnah Rasulullah SAW. Aktiviti sihat itu bukan semata-mata dikhususkan untuk lelaki, ianya juga untuk wanita, namun perlu mengikut garis panduan Islam agar terjaga syariat.

Pegawai Penyaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, kerajaan negeri juga tidak menghalang wanita melibatkan diri dalam aktiviti berfaedah seperti bersukan bagi menjadikan diri sihat dan memupuk gaya hidup sihat.


"Malah amat digalakkan wanita bersukan. Apa yang perlu dijaga adalah etika pemakaian mengikut syariat serta aktiviti itu juga perlu ada batasan iaitu diadakan di tempat yang khusus, jauh dari pandangan lelaki kerana perlu menjaga aurat dan pergaulan antara lelaki dan wanita.

"Sebagaimana kejohanan bola jaring yang diadakan ini dengan memilih tempat yang kita rasa selamat dan terjamin, jauh dari pandangan awam yang boleh menimbulkan fitnah dan aib sesama kita," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada upacara penyampaian hadiah Kejohanan Bola Jaring Tertutup DUN Bukit Besi anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera ( i-MiTS) diadakan di sini, semalam.


Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Bukit Besi Cawangan Perumahan muncul sebagai juara dalam kejohanan julung kali itu.

Dalam pada itu, Ghazali juga berharap, pertandingan yang sihat seumpama itu akan terus dianjurkan supaya bukan sahaja menjadikan fizikal dan emosi peserta sihat, malahdapat  merapatkan ukhuwah antara wanita di DUN Bukit Besi.

"Di samping itu, peserta juga dapat menguruskan emosi agar tidak tertekan dengan rutin harian yang menumpukan pada kerja semata-mata. Otak akan penat jika bekerja sahaja dan perlunya pada aktiviti beriadah dan bersukan," jelasnya. (Teganukita)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan Pusat PH kena belajar bersukan ikut cara Islam daripada kerajaan PAS Terengganu dan Kelantan. Insya Allah, lepas PRU 15 akan datang seluruh rakyat Malaysia akan dapat menikmati bersukan cara Islam dan berakhlak tamadun sesuai dengan semua agama. Sama-sama kita doakan!

Kerana.. PH sudah tak boleh diharapkan lagi untuk menjadikan aktiviti sukan di Malaysia susuai dengan kehendak Islam agama bagi Persekutuan dan ketamadunan manusia sejagat. Allahu Akbar!

1 comment:

Anonymous said...

Good post, well written. Many thanks. I will be back soon to check out for updates. Cheers

aladinqq

bandar poker online terpercaya di indonesia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails