Tuesday, November 06, 2018

K'jaan PH Perlu Adil Kepada Penduduk Asal Negara Ini: Mufti P/Pinang

Hasil carian imej untuk Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor
ICERD ancam keamanan negara: Mufti Pulau Pinang  GEORGETOWN, 27 Safar 1440H, Isnin – Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menggesa kerajaan supaya tidak terburu-buru memuktamadkan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). 

Beliau berkata, kerajaan perlu mengkajinya dengan lebih mendalam dari segi kesan ke atas masa depan rakyat dan negara. Katanya, walaupun rakyat memahami hasrat kerajaan melakukan perubahan yang boleh memacu kemajuan termasuk hak-hak kemanusiaan, namun kerajaan juga perlu bersikap adil kepada penduduk asal negara ini. 

“Perubahan memanglah diperlukan, tetapi perubahan yang dikehendaki itu biarlah yang membawa kebaikan dan keadilan kepada semua pihak, bukan yang menganiayai mana-mana pihak. “Ketika kita menuntut kemerdekaan daripada penjajah Britih dahulu, satu kontrak sosial telah dipersetujui kesemua pemimpin kaum-kaum di negara ini iaitu orang Melayu hendaklah mengizinkan orang Cina dan India diberikan kewarganegaraan.  Sebagai timbal balasnya, beberapa hak keistimewaan bangsa Melayu perlulah diterima dan dihormati oleh kaum-kaum lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, beliau tidak nampak keperluan ratifikasi penghapusan diskriminasi yang dicadangkan kerana selama ini, semua kaum di negara ini hidup dalam suasana aman dan tidak menghadapi sebarang masalah. 

“Jadi rasanya adalah lebih baik kerajaan PH tidak meneruskan hasrat ini kerana ianya boleh menggugat keharmonian hubungan antara kaum di negara ini seterusnya akan mengancam keamanan negara,” katanya. (IH)

3 comments:

Anonymous said...

Tun M lebih berkuasa dari majlis raja raja.

Anonymous said...

Slow 2 dah tu...hakis sikit2. ..bantah jer. . X payah fikir x payah faham....

Anonymous said...

Barua penjilat kepala bapak kafir harbi biaDAP menulis Bolehkah agamawan menjelaskan, adakah dengan mempertahankan ketuanan melayu itu boleh disamakan dengan mempertahankan sikap assobiyyah.

JAWAPAN:

Kaum Melayu beragama Islam maka membela hak orang Melayu adalah seperti membela hak umat Islam !!!

Malangnya barua-barua dedak roket ternakan kepala bapak biaDAP menentang ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails