Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Abdul Malik Kassim berkata, ketika ini JHEAINPP bekerjasama dengan pihak polis dan Jabatan Pendidikan Negeri.
Katanya, beliau baharu sahaja menerima laporan secara lisan daripada pihak berkuasa agama negeri berhubung kes berkenaan.
" Kita mempunyai kuasa untuk menyiasat seperti diperuntukan  di bawah Enakmen Kesalahan Syariah negeri," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Katanya, tindakan selanjutnya akan menyusul berhubung isu berkenaan yang menjadi kebimbangan umat Islam di negeri ini.
" Ketika ini, pejabat agama di Seberang Perai Tengah telah memulakan siasatan untuk mengetahui sama ada pelajar beragama Islam turut diberikan kitab berkenaan atau sebaliknya," katanya. -UTUSAN ONLINE