Sunday, November 04, 2018

'Saya tetap kotakan janji serah jawatan PM'


TUN Dr Mahathir pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Presiden Pakatan Harapan di Putrajaya, hari ini. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah


Lihat sambungan siri ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir


PUTRAJAYA: "Saya pegang pada janji, saya akan serahkan jawatan ini (perdana menteri). Itu janji saya," kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri berkata demikian ketika mengulas mengenai usul oleh Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Setiawangsa yang mahu Dr Mahathir dibenarkan menjadi Perdana Menteri sehingga pilihan raya umum akan datang.


Dr Mahathir berkata, beliau hanya akan menjadi Perdana Menteri selama dua tahun sahaja sebelum menyerahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya dah kata dah, saya dua tahun saja. Dua tahun atau... tak tahulah kalau dia (Anwar) bagi dua tahun setengah.
"Anda pernah ingat bila saya tidak pernah tunaikan janji saya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini. (BH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails