Wednesday, November 07, 2018

Sidang Ulama Islam Sedunia, Presiden PAS Tolak Pencalonan.

t13

ISTANBUL: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melahirkan rasa syukur dan gembira dapat menghadiri Muktamar Kesatuan Ulama Islam Sedunia Kali Ke-5 di Istanbul, sejak kelmarin dalam semangat ukhuwwah dan kesatuan ummah.
Turut bersama Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Syeikh Dr. Ahmad Ar-Raisuni, Syeikh Dr. Ali Qurrah Daghi, Syeikh Ikrimah Sabri, Syeikh Muhammad Ad-Dudu As-Syanqiti, Syeikh Isaam Al-Basyiir, Menteri Agama Turki, Datuk Bandar Istanbul serta lebih 1,000 ulama dan tokoh ilmuan Islam seluruh dunia.
“Semoga perhimpunan ini membawa kebaikan kepada Islam dan dunia sejagat,” ujarnya yang juga Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia.
t2
t3
t4
t6
Beliau bagaimanapun membuat keputusan untuk tidak mengisi dan menyerahkan borang pencalonan kepada Jawatankuasa Pemilihan Muktamar Kesatuan Ulama Islam Sedunia pada muktamar kali ini.
Dalam pada itu, beliau juga memenuhi jemputan Presiden Parti Saadet, Temel Karamollaoğlu ke Majlis Ramah Mesra bersama pemimpin gerakan Islam, dan diberikan peluang untuk menyampaikan ucaptama dalam majlis tersebut.
Selain itu, Tuan Guru Abdul Hadi berkesempatan menghadiri Persidangan Antarabangsa Ahli-Ahli Parlimen Islam (IFIP) di Istanbul.
Beliau turut berkongsi sejarah penglibatan PAS dalam sistem demokrasi pilihan raya, ijtihad-ijtihad politik PAS dan situasi semasa di Malaysia.
Tuan Guru juga mengadakan kunjungan hormat untuk bertemu Ahmet Davutoğlu, Mantan Perdana Menteri Turki di pejabat beliau.
Dalam pertemuan lebih dua jam tersebut, mereka sempat berbincang dan berkongsi pandangan berkenaan hal ehwal semasa dunia Islam, masalah dan penyelesaiannya, serta pandangan terhadap politik Malaysia dan Turki.
Tuan Guru turut berkesempatan bertemu Ibrahim Kalin, Jurucakap Presiden Turki bagi mengucapkan terima kasih kerana melawat beliau ketika menerima rawatan di Istanbul beberapa tahun lalu.
“Kami turut berkongsi pandangan tentang perkembangan politik semasa dan peranan Malaysia-Turki dalam mewujudkan kestabilan dan kesatuan di kalangan umat Islam,” ujarnya.
Beliau melahirkan rasa gembira kerana dapat bertemu dengan sahabat lama daripada Parti Saadet, Harun Macit, dan mengucapkan terima kasih di atas layanan istimewa yang diberikan setiap kali berkunjung ke Turki. – HARAKAHDAILY 6/11/2018
t7
t8
t9
t10
t11
t12
t14


2 comments:

Melayu Muslim said...

Tak sangka ramai macai kafir yg berminat post komen psl TGHHA,
Keep it up!

Anonymous said...

alhamdulillah. aman sikit persatuan ulamak dunia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails