Thursday, November 08, 2018

Perutukan Sekolah Agama RM50J, Sek/Pelbagai RM652J. -TMB K'tan.



KOTA BHARU: Sekadar peruntukan RM50 juta dalam Belanjawan 2019 untuk sekolah agama dan tahfiz di seluruh negara dianggap tidak mencukupi berdasar jumlah sekolah yang ada sekarang.
Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, jumlah peruntukan itu masih kecil kerana sekolah tahfiz dan sekolah agama di negara ini begitu banyak.
"Memang jumlah RM50 juta agak besar, tapi sekolah tahfiz dan agama banyak. Daripada jumlah itu setiap sekolah hanya dapat sedikit.
"Sedangkan jumlah sekolah agama dan tahfiz banyak kekurangan aspek kemudahan dan infrastruktur,” selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kota Darulnaim hari ini.
Ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat 2 November lepas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memberitahu peruntukan RM652 juta disediakan untuk sekolah-sekolah pelbagai aliran di negara ini.
Mohd Amar juga berkata, sepatutnya kerajaan tidak menyediakan peruntukan dalam jumlah yang sama kepada sekolah agama, tahfiz, sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) serta sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT). - HARAKAHDAILY 7/11/2018


Video: Dia tak bayar duit kita. lepastu dia bangkit isu Kelantan mintak duit : Nik Amar

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails