Sunday, November 04, 2018

Wanita Hina Islam,Terumbang Ambing Selepas Bebas?

Penyokong Pertubuhan Pelajar Muslim (MSO) menyertai bantahan terhadap


ISLAMABAD 3 Nov. - Nasib Asia Bibi wanita yang dibebaskan daripada tuduhan menghina Islam kini terumbang ambing selepas kerajaan negara ini membenarkan rayuan terhadap pembebasannya dan tidak dibenar meninggalkan negara ini.
Asia yang diancam bunuh sejak 2010 telah dilepas dan dibebaskan daripada semua pertuduhan oleh Mahkamah Agung Rabu lalu sekali gus mencetuskan bantahan daripada umat Islam di negara ini.
Tindakan mereka yang menyekat jalan raya berjaya melumpuhkan bandar-bandar utama Pakistan selama tiga hari.
Peguam yang mewakili Asia Bibi telahpun meninggalkan negara ini awal hari ini selepas menerima ugutan bunuh.
Seorang lagi peguam, Saif-ul-Mulook dan media tempatan mengkritik keputusan kerajaan kerana tunduk kepada bantahan umat Islam kerana sebelum ini Perdana Menteri Imran Khan mempertahankan tertuduh. - AFP

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails