Wednesday, November 07, 2018

Peneroka, Penoreh, Pesawah, Nelayan & Pekebun Kecil, Gagal Dibela..



BELANJAWAN 2019 yang dibentangkan pada Jumaat lalu pada dasarnya adalah suatu belanjawan yang baik pada keseluruhannya namun tetap mempunyai beberapa kelemahan kepada golongan-golongan tertentu seperti rakyat luar bandar, nelayan dan petani.
Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) memuji kaedah pemberian bantuan sara hidup yang akan mengambil kira bilangan ahli isi rumah, gaji minimum yang ditingkatkan, usaha mengurangkan pekerja asing melalui levi, keperluan syarikat tersenarai untuk menerbitkan statistik gaji dan juga kad pengangkutan awam tanpa had untuk hanya RM100 sebulan.
Namun, Belanjawan 2019 tidak wajar dianggap sebagai sempurna kerana banyak kumpulan yang dikhuatiri telah terpinggir dan juga kerana falsafah pasaran bebas tanpa batasan yang dilaungkan pemimpin kerajaan Pakatan Harapan.
MTEM tidak bersetuju dengan kenyataan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa kerajaan yang terbaik tidak sepatutnya melibatkan diri dalam perniagaan dan ini seolah-olah menandakan niat beliau untuk akhirnya melepaskan pegangan Kerajaan di perniagaan yang dimilikinya. Jika ini terjadi, suatu alat kemajuan ekonomi bumiputera yang paling berkesan akan hilang buat selamanya.
MTEM juga kecewa dengan peruntukan kecil yang disediakan untuk agenda ekonomi bumiputera. Dalam ucapan yang berlangsung selama lebih 2 jam, Lim Guan Eng hanya menyebut perkataan bumiputera sebanyak 6 kali dan jumlah peruntukan untuk agenda bumiputera hanya kira-kira RM3.6 bilion daripada jumlah besar Belanjawan 2019 sebanyak RM314.5 bilion.
MTEM bimbang agenda ekonomi bumiputera tidak akan diberi perhatian yang secukupnya walaupun pada tahap nasional, Belanjawan 2019 boleh dianggap sebagai suatu yang positif kerana kebanyakan bumiputera akan mendapat kesan yang positif hasil belanjawan yang menumpukan kepada golongan B40.
Isu keselamatan dan kedaulatan makanan yang telah lama diperjuangkan MTEM tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Tiada gerakan padu untuk mewujudkan kembali Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) walaupun MTEM dan Padi Rescue telah memberi hujah akan kepentingan LPN kepada keselamatan bekalan makanan negara.
Peruntukan kerajaan untuk sektor pertanian dan perikanan tertumpu kepada pembangunan industri seperti penyelidikan untuk benih, automasi dan latihan industri yang tidak memanfaatkan petani dan nelayan secara terus.
Walaupun niat dan rancangan kerajaan adalah murni, tidak harus dilupakan kebajikan petani dan nelayan yang memerlukan perhatian segera dengan adanya ‘social safety net’. Sebagai contoh, bantuan untuk petani sebanyak RM200 sebulan sementara menunggu musim menuai tidak disambung. Jelas sekali, sektor pertanian dan perikanan bukanlah keutamaan bagi kerajaan.
Masih bukan terlambat bagi kerajaan untuk melaksanakan langkah-langkah untuk membetulkan hala tuju yang agak menyimpang dari kepentingan bumiputera, nelayan dan petani. Kebanyakan butiran yang terkandung di dalam Belanjawan 2019 adalah positif namun diharap agar rakyat tidak perlu menunggu hingga Belanjawan 2020 untuk belanjawan yang lebih sempurna. - HARAKAHDAILY 6/11/2018
Penulis ialah Ketua Pegawai Eksekutif MTEM.


Peneroka, Penoreh, Pesawah, Nelayan & Pekebun Kecil, Gagal Dibela..

Maafkan Kami Peneroka, Penoreh, Pesawah, Nelayan & Pekebun Kecil, Nasib Kamu Gagal Kami Bela..


Tahukah anda...
Di dalam Bajet 2018, perkataan di bawah telah di sebut sebanyak :

》Felda - 6 kali
》Pekebun Kecil - 5 kali
》Pesawah - 4 kali
》Nelayan - 4 kali
》Petani - 3 kali
》Penoreh getah - 2 kali

Manakala di dalam Bajet 2019, perkataan di bawah telah hanya di sebut sebanyak :

》Felda - 1 kali
》Pekebun Kecil - 5 kali
》Pesawah - 0
》Nelayan - 0
》Petani - 0
》Penoreh getah - 0

Keseluruhan Bajet untuk golongan2 ini pada 2018 berbanding 2019 adalah :

》RM6.5 Billion vs RM592 juta...
Menurun sebanyak RM5.908 Billion atau pun -90.8%!!!
Rujuk dan bezakan antara teks ucapan Bajet 2018 dan Bajet 2019 nie :

Persoalan Kini

Di manakah perginya kawan2 kita yang dahulunya acapkali sedih dan hiba kerana kasihankan kepada orang2 susah dan lemah seperti golongan2 di atas ini...
Kononnya pada hemat kawan2 kita, golongan2 ini telah terseksa di zaman BN sebelum ini...
Tuan2, puan2, saya seru...
They need you now...
(

3 comments:

Cik Minah said...

Kalau PAS memerintah, adakah peneroka,penoreh, pesawah, nelayan dan pekebun-pekebun kecil terbela......................??????????????????????????????????????????
Cakap berdegar-degar, taik tersangkut celah gelegar..........kikiki.
Toksahkan peneroka,penoreh, pesawah, nelayan dan pekebun-pekebun kecil, ORANG ASIL pun
b ukan je tak dibela, dijadikan musuh, dikutuk berjela-jela.

Anonymous said...

Woi minahh mengapa kamu meroyan histeria hari ini ? Masih belum dapat dedak cap roket lagikah?

Tindakan minahh membandingkan kerajaan negeri PAS dengan KERAjaan pakatan adalah tindakan paling bodoh kerana kerajaan negeri PAS mempunyai kewangan yang sangat terhad dan KERAjaan pakatan sendiri masih berhutang wang royalti minyak pada kerajaan maka program kerajaan negeri PAS untuk membantu rakyat pun turut terganggu !

KERAjaan pakatan memiliki banyak wang hasil dari cukai yang diambil dari setiap negeri tetapi selama ini kita belum melihat KERAjaan pakatan membantu rakyat.

Dulu sebelum PRU, pakatan telah membuat pelbagai janji untuk mendorong rakyat mengundi rakyat mengundi pakatan. Sekarang pemimpin-pemimpin pakatan telah memungkiri pelbagai janji pakatan sendiri dengan pelbagai fitnah, putar belit, auta dan u-turn. Barua seperti kamu dan pemimpin pakatan tidak tahu malukah?

Sekarang mana semua janji pakatan? Tol dihapuskan? Harga minyak diturunkan? Bayaran balik PTPTN ditanguhkan? Mana janji 1 juta jawatan ksong untuk rakyat dll ?

Minahh tak tahu malu muka tembok !!!

Anonymous said...

PEMBETULAN KOMEN 2:26PM

Woi minahh mengapa kamu meroyan histeria hari ini ? Masih belum dapat dedak cap roket lagikah?

Siapa lebih tinggi .... orang asli atau undang-undang? Adakah orang asli bebas melanggar undang-undang? Mengikut perlembagaan negara dan undang-undang, hutan dalam negeri Kelantan ditadbir oleh kerajaan PAS Kelantan bukan orang asli !!!

Tindakan minahh membandingkan kerajaan negeri PAS dengan KERAjaan pakatan adalah tindakan paling bodoh kerana kerajaan negeri PAS mempunyai kewangan yang sangat terhad dan KERAjaan pakatan sendiri masih berhutang wang royalti minyak pada kerajaan negeri Kelantan maka program kerajaan negeri PAS untuk membantu rakyat pun turut terganggu !

KERAjaan pakatan memiliki banyak wang hasil dari cukai yang diambil dan hasil minyak dari setiap negeri termasuk Kelantan tetapi selama ini kita belum melihat KERAjaan pakatan membantu rakyat.

Dulu sebelum PRU, pakatan telah membuat pelbagai janji untuk mendorong rakyat mengundi pakatan. Sekarang pemimpin-pemimpin pakatan telah memungkiri pelbagai janji pakatan sendiri dengan pelbagai fitnah, putar belit, auta dan u-turn. Barua seperti kamu minahh dan pemimpin pakatan tidak tahu malukah?

Sekarang mana semua janji pakatan? Tol dihapuskan? Harga minyak diturunkan? Bayaran balik PTPTN ditanguhkan? Mana janji 1 juta jawatan kosong untuk rakyat dll ? Mana?

Minahh muka tembok tak tahu malu!!!

Nota: Saya mohon tuan Ibnuhasyim sudi delete komen November 7, 2018 at 2:26 PM saya sebab mengandungi ralat @ errors.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails