Tuesday, November 06, 2018

2 Pakar Kimia A/Saudi Dihantar 'Tutup' Kes Khashoggi


Tanda jalan raya yang mengejek "Khashoggi Street" didirikan oleh aktivis Amnesty International di jalan berhadapan Kedutaan Arab Saudi di London pada 2 November 2018 untuk menandakan satu bulan sejak wartawan Jamal Khashoggi terbunuh di konsulat Arab Saudi di Istanbul. - Foto AFP


ISTANBUL: Arab Saudi menghantar seorang pakar toksikologi dan seorang pakar kimia bagi menutup kes pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi sebelum polis Turki menggeledah konsulat Arab Saudi di negara itu, kata pegawai kanan Turki hari ini.
“Kami mempercayai bahawa dua individu datang ke Turki dengan bertujuan untuk menutup bukti pembunuhan Khashoggi sebelum polis Turki dibenarkan menggeledah bangunan itu,” kata seorang pegawai enggan nama disiarkan.

Bagaimanapun, pegawai itu mengesahkan satu laporan dalam akhbar Sabah yang menyatakan bahawa pakar kimia, Ahmad Abdulaziz al-Janobi dan pakar toksikologi, Khaled Yahya al-Zahrani antara sebuah pasukan yang dihantar daripada Arab Saudi dengan bertujuan untuk menyiasat pembunuhan terbabit.
Laporan itu menyatakan mereka melawat konsulat setiap hari sejak tiba pada 11 Oktober hingga 17 Oktober lalu.
Turki berkata, Khashoggi dibunuh di dalam konsulat pada 2 Oktober, bagaimanapun Arab Saudi hanya membenarkan polis Turki menggeledah konsulat pada 14 Oktober.
“Faktanya, pasukan ‘pembersihan’ dihantar daripada Arab Saudi, sembilan hari selepas pembunuhan itu dan pembunuhan Khashoggi adalah dalam pengetahuan pegawai tertinggi Arab Saudi,” tambahnya. -AFP.

1 comment:

Anonymous said...

Ya. Laknat Allah buat mmereka yang menolak hudud, sebagaimana kafir menolak hudud.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails