Tuesday, April 24, 2018

Turki Perkenal Senjata Baharu Dron Kamikaze. Syabas!


TURKI menunjukkan lagi kemajuan teknologi pertahanannya dengan memperkenalkan dron terbaharu yang digelar “dron kamikaze” dalam pertunjukan aeronautik di negara itu minggu ini, lapor Anadolu Agency.

Dron yang dipertingkatkan dengan teknologi terkini itu dibina oleh syarikat senjata STM “bagi memenuhi keperluan taktikal dan lapangan pasukan keselamatan Turki.”
Dron ini dilaporkan mampu memusnahkan sasaran dengan lebih cekap melalui sistem sasaran dan kemampuan senjata yang lebih maju. Senjata maju buatan Turki ini bakal diperkenalkan dalam satu pertunjukan udara di Antalya pada 25 hingga 29 April nanti. Menurut Davut Yilmaz, ketua pegawai eksekutif STM, dron ini akan meningkatkan keupayaan pertahanan Turki.
“Dron kamikaze yang dipertingkatkan ini, ALPAGU dan KARGU akan menjadi penyumbang besar kepada pasukan keselamatan dengan kemampuannya melakukan serangan hendap dan disebabkan kemampuan taktikalnya yang lebih tinggi, dilengkapi kapasiti menembak lebih maju dan teknologi kepintaran buatan,” kata Yilmaz kepada Anadolu.
Pengenalan senjata terbaharu ini menunjukkan peningkatan terkini dalam teknologi ketenteraan Turki, yang sedang pesat berkembang dan menjadi perhatian negara kawan dan lawan. Turki ialah salah sebuah negara paling maju dalam teknologi ketenteraan dalam kalangan negara Islam, menghasilkan pelbagai peralatan ketenteraan daripada kenderaan tentera hingga peralatan aeronautik.
Pembangunan teknologi pertahanan menjadi salah satu fokus utama di bawah Presiden Recep Tayyip Erdogan yang telah meletakkan industri pertahanan di bawah pengawasannya selepas memenangi jawatan presiden.
Ismail Demir, pegawai kementerian pertahanan Turki dilapor berkata pada Mac lalu yang Turki akan menggiatkan pembangunan kenderaan tanpa pemandu untuk meningkatkan kemampuan pertahanan Turki.
“Generasi baharu kenderaan (tanpa pemandu) meliputi darat, laut dan udara akan memperkukuhkan persenjataan kita,” Demir dilapor berkata dalam satu persidangan teknologi robotik pada Februari lalu.
Menurutnya lagi, pembangunan teknologi ini di dalam negara akan “mengurangkan kos produksi, operasi dan penyelenggaraan.”
Presiden Erdogan sendiri dilaporkan berkata, “Kita akan menggerakkan (program dron dalam negara) lebih jauh ke hadapan. Kita mesti memperolehi kemampuan menghasilkan kereta kebal (dan pesawat udara) tanpa pemandu. Kita akan lakukannya.” 


Komen Weblog Ibnu  Hasyim: Mukmin yang kuat lebih baik &dicintai
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ يَبْلُغُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ وَفِي كُلٍّ خَيْرٌ احْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ وَلَا تَعْجِزْ فَإِنْ غَلَبَكَ أَمْرٌ فَقُلْ قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ وَإِيَّاكَ وَاللَّوْ فَإِنَّ اللَّوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ
  • Dari Abu Hurairah dan sampai kepada Nabi SAW, baginda bersabda: “Seorang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada seorang mukmin yang lemah, dan dalam masing-masing keduanya itu terdapat kebaikan. Bersungguh-sungguhlah terhadap sesuatu yang bermanfaat bagimu dan jangan lemah semangat. Jika suatu perkara mengalahkanmu maka katakanlah, ‘Ketentuan Allah telah ditetapkan, dan suatu yang telah Dia kehendaki maka akan terjadi. Dan jauhilah olehmu dari ucapan ‘Seandainya’, karena sesungguhnya ungkapan ‘Seandainya’ membuka peluang masuknya syaitan.” (HR Ibnu Majah No: 4158)

Pengajaran:
  1. Mukmin yang kuat dan dicintai Allah adalah yang kuat imannya dan mampu melaksanakan kewajiban dan menyempurnakan amalan sunnah (dgn tidak menafikan keperluan kekuatan fizikal, harta, ilmu dan lain-lain jika diiringi dengan kekuatan iman)
  2. Mukmin yang lemah imannya kadangkala tidak melaksanakan kewajiban dan enggan meninggalkan yang haram. Orang seperti inilah yang memiliki kekurangan dan tidak disukai Allah
  3. Kedua-dua mukmin ini sama-sama memiliki kebaikan. Mukmin yang lemah imannya masih tetap memiliki kebaikan dan dia tentu saja lebih baik daripada orang kafir. Namun mukmin yang kuat imannya tentu saja lebih dicintai oleh Allah.
  4. Rasulullah memerintahkan agar bersemangat dalam melakukan hal-hal yang bermanfaat dalam perkara yang berkaitan dengan agama dan dunia untuk menjadi mukmin yang lebih baik dan lebih dicintai Allah.
  5. Jika berlaku sesuatu yang kurang menyenangkan, redhalah di atas ketetapan taqdir dengan hati yang tenang sehingga bertambahlah imannya.
  6. Jauhilah berkata “kalau”, “seandainya” kerana ia membuka peluang hasutan syaitan.
(IH)

  • Mukmin yang kuat dan dicintai Allah adalah yang kuat imannya dan mampu melaksanakan kewajiban dan menyempurnakan amalan sunnah (dgn tidak menafikan keperluan kekuatan fizikal, harta, ilmu dan lain-lain jika diiringi dengan kekuatan iman)
  • Mukmin yang lemah imannya kadangkala tidak melaksanakan kewajiban dan enggan meninggalkan yang haram. Orang seperti inilah yang memiliki kekurangan dan tidak disukai Allah
  • Kedua-dua mukmin ini sama-sama memiliki kebaikan. Mukmin yang lemah imannya masih tetap memiliki kebaikan dan dia tentu saja lebih baik daripada orang kafir. Namun mukmin yang kuat imannya tentu saja lebih dicintai oleh Allah.
  • Rasulullah memerintahkan agar bersemangat dalam melakukan hal-hal yang bermanfaat dalam perkara yang berkaitan dengan agama dan dunia untuk menjadi mukmin yang lebih baik dan lebih dicintai Allah.
  • Jika berlaku sesuatu yang kurang menyenangkan, redhalah di atas ketetapan taqdir dengan hati yang tenang sehingga bertambahlah imannya.
  • Jauhilah berkata “k

  • Lihat juga.. 
    E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
    E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

    2 comments:

    sayednoordin said...

    Selain Turkey, Pakistan dan Iran juga amat maju dlm senjata pertahanan.

    Anonymous said...

    Moga negara islam akan lebih maju dan malaysia kembali kepada pemerintaha islam

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails