Friday, April 27, 2018

Ahmad Lutfi Othman Tidak Faham Kenapa “KingMaker”



Beberapa kali sahabat lebai minta mengulas tulisan Ahmad Lutfi Othman, bekas Ketua Pengarang Harakah mengenai "Kenapa Mahathir". Secara peribadi lebai tidak gemar mengulas artikel Ahmad Lutfi kerana tulisan Ahmad Lutfi adalah tulisan "emosi dirinya" dan jika lebai mengulas dia akan menyentuh emosi.

Sangat sukar bagi lebai menyentuh emosi seseorang yang dilema dalam perjuangan diri sebagai penulis yang pernah menerpa nama menghadapi dugaan menerusi perjuangan sebagai seorang penulis. 
Tapi apabila tulisan Ahmad Lutfi menyerang "strategi" perjuangan yang didokong oleh lebai, nak tak nak lebai terpaksa mempertahankannya.

Sebelum ini lebai ada mengulas berkenaan tulisan Ahmad Lutfi. Pembaca atau Ahmad Lutfi sendiri(mungkin dia tak baca penulisan blogger) boleh ikuti artikel  Pas hilang peluang jadi parti paling berpengaruh Parti PAN bagaimana pula? dan Kesian Lutfi, buat analisis tentang PAS sedangkan dia kini “buta” berkenaan PAS

Hari ini sahaja, lebai dah menulis 5 artikel. Jadi mungkin artikel keenam ini lebai menulis dengan bahasa yang bertaburan dan mungkin "typo" memandangkan letih dan tak sempat hendak membuat semakan.

ok.. Lebai akan membuat penghujahan kepada 3 perkara.

1. Ahmad Lutfi Othman keliru antara Kerajaan Perpaduan (unity government) dengan kerajaan Perpaduan UMNO-PAS.
Dua perenggan pertama dalam tulisan bertajuk "Mengapa idea KingMaker Ditolak" Ahmad Lufti ada menulis; 


Pemimpin Pas tegas menolak dakwaan parti itu mahu mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno. Mereka menyifatkan cerita kerjasama atau persefahaman politik itu sebagai fitnah memburukkan Pas walaupun presidennya, Ustaz Abdul Hadi Awang, mengakui pernah mengusulkannya selepas PRU2008.

Cadangan Ustaz Hadi bukan sahaja ditolak Pakatan Rakyat, malah tidak diterima sebahagian besar pimpinan Pas sendiri. Ada usaha membentuk kerajaan perpaduan Pas-Umno di negeri Selangor dan Perak, dengan menjanjikan Adun Pas sebagai menteri besar, namun majoriti pemimpin Pas tetap setia berpegang janji bersama DAP dan PKR.
Lebai sangat musykil bagaimana seorang bekas ketua pengarang tidak dapat membezakan diantara Kerajaan Perpaduan (unity government) dengan UMNO yang diakui Presiden PAS, Ustaz Abdul Hadi Awang dengan Kerajaan Perpaduan PAS-UMNO.

Sepatutnya Ahmad Lufi jelas bahawa Presiden PAS memang memberikan idea tentang unity government ini dan idea ini baik kata Tuan Ibrahim tetapi ramai pimpinan PAS tidak faham. Kalau mengikut kefahaman lebai idea ini disabotaj oleh beberapa kepimpinan PAS sehingga Ustaz Hadi menarik semula.

Kenapa lebai kata idea ini sangat baik dan mungkin tidak sesuai buat masa sekarang.

Satu, kalau Lutfi boleh menginggati pekerjanya bernama Haris Zalkapli semasa Ahmad Lutfi Othman ada satu syarikat Penebitan Pemuda mungkin Ahmad Lutfi boleh membaca tulisan Haris berkenaan bagaimana idea Kerajaan Perpaduan Presiden PAS ini menjadi satu kertas kajian ilmiah di sebuah Universiti di Prancis.

Universiti berkenaan memuatkan empat esei. Satunya ialah "Moral Politics: Unity Government, September 16 and the Contestation of Ideas in the Malaysian Islamic Party"

Mungkin Ahmad Lutfi faham tentang idea atau tulisan politik menjadi bahan ilmiah seperti mana Prof. Muhammad Agus Yusoff cuba untuk mengilmiahkan buku-buku penulisan politik Ahmad Lutfi dengan syarat Ahmad Lutfi mesti mempunyai Ijazah.

Kenapa Idea Presiden PAS hebat. Tapi Malang disabotaj oleh puak IRC/IKRAM dalam PAS. 

Pada 15 Jun 2013 The Malaysian Insider menyiarkan; (oleh kerana TMI telah ditutup lebai berikan link blog Nordin Ali yang mengulas perkara ini. Klik di sini)
Datuk Seri Najib Razak dan musuh politiknya Datuk Seri Anwar Ibrahim kedua-duanya di Jakarta hari ini, terdapat kemungkinan diadakan pertemuan yang mungkin akan membantu perdana menteri mengelakkan persaingan di Parlimen dan partinya sendiri selepas keputusan buruk Pilihan Raya 2013.

The Malaysian Insider difahamkan, pertemuan itu telah cuba diaturkan semenjak sekurang-kurangnya seminggu lalu, dikala Najib hampir pasti dicabar dalam pemilihan Umno tahun ini dan berkemungkinan akan berhadapan dengan usul undi tidak percaya selepas Parlimen mula bersidang pada 24 Jun.

Difahamkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang rapat dengan kedua-dua pemimpin, telah ditugaskan untuk mengaturkan pertemuan tersebut. Beliau kini berada di Jakarta untuk lawatan dua hala.

“Pertemuan telah diaturkan dengan Najib sebelum Anwar berjumpa Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono pada Sabtu,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Pembantu bagi kedua-dua pemimpin tidak mahu bercakap mengenai pertemuan tersebut akan tetapi sumber mengatakan kedua-duanya mempunyai kepentingan bersama untuk mengelakkan pencabar lain untuk jawatan perdana menteri.
26 Januari 2014 Malaysiakini menyiarkan tajuk "Anwar ajak BN, rakyat capai konsensus nasional"antara lain boleh difahamkan;
Demi mencapai konsensus nasional Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak BN untuk berdialog, antaranya bagi mengatasi unsur menggugat perpaduan, kebencian antara agama, masalah tadbir urus negara, ketelusan dan isu kebertanggungjawaban.
Ucapan YB Wong Chen, Ahli Parlimen Kelana Jaya di Majlis Jamuan Hari Raya, Masjid Al-Falah, USJ 9, Subang Jaya pada 1 September 2013 memberitahu bahawa Anwar mahu Unity Government. 



Kenapa Bila Ustaz Hadi mereka marah tapi bila Anwar semuanya betul?

Pada 22 Mac 2015 The Star menyiarkan; (sila baca di sini
Veteran DAP, Lim Kit Siang mencadangkan pembentukan sebuah persekutuan baharu yang dikenali sebagai "Save Malaysia" (Selamatkan Malaysia) yang terdiri daripada ahli dari pelbagai latar belakang politik berbeza yang bermatlamat untuk memperjuangkan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang.
Berucap pada majlis makan malan ulang tahun DAP Bukit Bintang pada Ahad, Lim mendakwa ahli-ahli politik dari kedua-dua pihak dalam jurang politik akibat perbezaan fahaman pada masa ini dapat menangani skandal dan konflik ideologi politik dan agama antara wakil pakatan masing-masing.
Perenggan muqadimah tersebut Ahmad Lutfi seperti tidak jujur berhujah dengan cubai mengaitkan Kerajaan Perpaduan dengan Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS seolah-olah cadangakan Ustaz Hadi selepas PRU2008.

Mereka membenarkan Anwar dan Lim Kit Siang tapi menolak Ustaz Hadi. Kenapa?

Kerajaan Perpaduan PAS-UMNO

Kerajaan UMNO-PAS di Selangor dan Perak pula adalah tercetus kerana ada pertemuan secara tidak langsung oleh pihak UMNO melalui Khir Toyo dengan Dr Hassan Ali di Salangor dan Inisiatif Tan Sri Harussani.

Maklumat yang ada pada lebai bahawa JANJI PERTEMUAN ini dibuat melalui orang yang boleh menghubungkan antara UMNO (Khir Toyo) dengan PAS (Dr Hassan Ali) ialah Ahmad Lufti Othman sendiri. Anggap ini tuduhan lebai kepada Ahmad Lutfi. Apa yang perlu Ahmad Lutfi jawab ialah ya atau tidak sahaja.

Walaupun Ahmad Lufi banyak menyerang Khir Toyo. Ada pula cerita Khir Toyo santau Ahmad lutfi sehingga sakit. Tapi cerita akhirnya Ahmad Lutfi Othman rapat dengan orang kanan Khir Toyo, iaitu setpolnya, Dr Karim Mansor. Lebai dapat maklumat bahawa pertemuan awal Dr Hassan Ali, Mustaffa Ali dengan UMNO Selangor adalah melalui Ahmad Lutfi Othman. Ikhlas lebai nak kepastian... Ini bukan soal Ahmad Lutfi Othman setuju atau tidak setuju dengan pertemuan ini.

Pertemuan pertama tidak dimaklumkan kepada PAS Pusat kerana Cikgu Pa (Mustaffa Ali) rasa dia Ketua Lajnah Politik dan senior dalam PAS dia rasa dia lebih layak buat keputusan. Lebai berhenti disini. Kalau nak bahas mungkin panjang lagi.

Adakah Ustaz Hadi Menjadi Penentu Hubungan PAS-UMNO selepas PRU12 di Selangor dan Perak. Untuk berlaku adil kita dapat maklumat daripada Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria yang menjadi pengerak utama perpaduan PAS-UMNO di Perak.
Tan Sri Harussani Zakaria ada mengulas mengenai usaha gabungan UMNO-PAS di Perak. Tan Sri Harussani Zakaria menulis;
"Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Mengikut maklumat yang lebai tahu Tan Sri Harussani Zakaria tanpa dipengaruhi sesiapa dia berfikir adalah lebih untuk Perak UMNO-PAS bergabung. Kebetulan pada masa itu PAS hanya berpakat dengan PKR dan DAP keluar daripada BARISAN ALTERNATIF. Sebenarnya tak wujud lagi PAKATAN RAKYAT. TS Harussani tak tahu pun Selangor boleh buat Pakatan PAS-PKR-DAP.

Dengan inisiatif sendiri dia memandu dalam keadaan hujan lebat untuk berjumpa dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan kerana dia tidak begitu rapat dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi, Presiden PAS.

Satu perkara yang lebai nak minta pembaca berfikir, pada masa itu TGNA tak rasa dirinya lebih daripada TGHH sebagai Presiden. Dia penasihat parti melalui Majlis Syura. Sebab itu dia menjawab yang boleh membuat keputusan hanya Presiden. [Kemudian jadi porak peranda dalam PAS bila ada penghasut -- yang ini Ahmad Lufti tak nak cerita ke?]

Tan Sri Harussani Zakaria menulis
"Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu. 
"Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju," katanya.
Sakali lagi lebai nak pembaca berfikir secara matang bahawa Tuan Guru Haji Abdul Hadi (TGHH) juga tidak mengunakan kuasa Presiden dalam memutuskan isu gabungan UMNO-PAS di Perak cadangan TS Harussani, Mufti Perak.

Pada permulaannya Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) bersetuju, TGHH pun bersetuju tapi yang tak setuju ialah Ahmad Awang. Dr. Haron Din bersetuju dan mengikut maklumat beliaulah yang minta Ahmad Awang berfikir semula.

Bila perkara ini dibawa dalam mesyuarat AJK PAS Pusat keputusan akhir perkara ini tidak dipersetujui. Memang setiap perkara mesti ada yang setuju dan tak setuju. Itu PERKARA ASAS.

Contoh katalah mesyuarat nak tukar "tulisan head" HARAKAH daripada merah kepada oren. Mesti ada yang setuju merah dan ada yang setuju oren. Keputusan akhirnya merah dikekalkan. Takkan kita nak dedah Tarmizi Mat Jam (Kini calon AMANAH) dulu nak Oren. Kemudian blogger kutuk dia. Fikirlah secara rasional.

Soalnya kenapa UG masih menjadi Isu?
Ini Ahmad Lufi tidak mengulas pula.

UG digunakan oleh satu puak dalam PAS untuk hentam satu puak lagi dalam PAS.
Maklumat UG bocor. Mesyuarat AJK PAS Pusat bocor kemudian media massa mesyerang mana-mana pimpinan yang tidak disetujui. Wartawan Harakah menjadi pusat tempat berkumpul kumpulan yang membuat serangan. Wujud kumpulan "usrah barbican" yang merencana perjalanan PAS. 
Abu Bakaq (Penarik Beca) misalnya menulis, ustaz Nasaruddin Mat Isa pergi ke London kononnya nak dapatkan kebenaran Ikhwan nak bergabung dengan UMNO. Ini fitnah kerana Ustaz Nasaruddin Mat Isa tidak pergi pun ke London. Ustaz Nasaruddin di serang hebat. Akhirnya Ustaz Nasaruddin tersingkir dek fitnah. Ustaz Nasaruddin kini rapat dengan UMNO maka kita pun bertepuk tangan kerana tuduhan kita betul. Siapa nak jawab disisi Allah?

Kita serang Dr Hassan Ali. Kita bangga bila Dr Hassan Ali kena pecat. Akhirnya Dr Hassan Ali tidak minat dengan politik dan mengikut jamaah tabligh, katanya lagi tenang fikiran. Kita tepuk tangan ramai-ramai kerana berjaya singkirkan kononnya Dr Hassan nak bersama UMNO. Sepatutnya Hassan Ali dah jadi ahli UMNO selepas dipecat tapi tidak, menunjukkan tuduhan tak betul.

...habis 2 peranggan ulas tulisan Ahmad Lutfi. Kita sambung lagi.

2. Sikap DAP, Ahmad Lutfi memutar maklumat hanya salahkan PAS.
Ahmad Lutfi menulis;
Penyokong Pakatan Rakyat menarik nafas lega di atas ketetapan Pas itu. Namun tanpa diduga, ia tidak terhenti di situ sahaja. “Permainan” Umno belum tamat. Mereka memandang jauh ke hadapan. Survival Umno sebagai penguasa terancam jika Pakatan dibiarkan berkembang secara semulajadi, dengan Anwar Ibrahim sebagai pengemudi kebangkitan rakyat itu. 

Jarum terus dimainkan untuk menanam rasa curiga dan sangka buruk, khususnya di antara Pas dan DAP. Dalam masa sama, digambarkan Pakatan Rakyat gagal menjaga kepentingan Melayu-Islam, mudah bertolak ansur dengan tuntutan ultra-kiasu. 

Kebetulan ada aksi dan kenyataan pemimpin DAP tertentu yang boleh dimanipulasi dan dieksploitasi bagi membayangkan parti berkenaan bersikap prejudis dengan Islam. Sikap kritis dan berani mempersoalkan, dianggap anti-Islam atau tidak sensitif dengan Islam. Walhal ia hanya perlu ditangani atau dijawab dengan hujah munasabah dan bijaksana sahaja.
Betul ke apa yang Ahmad Lutfi menulis tentang PAS serang DAP?? Lebai bersangka baik mungkin semasa itu Ahmad Lutfi sakit dia kurang baca akhbar.




Dalam sebulan ada 30 hari. 30 hari pimpinan DAP membuat serangan kepada PAS. Tapi seoorang bekas ketua Pengarang Harakah boleh salah PAS, salahkan Abdul Hadi Awang. Ini lebai tak boleh nak berhujah.

3. King Maker adalah Strategi, bukan Idea dan bukan Matlamat PAS. Strategi boleh berubah, Ini Ahmad Lufti kurang jelas dalam dia menulis buku "Kenapa Mahathir"

Lebai cuba nak mudahkan perbahasan. Kerajaan Perpaduan, Konsensus Nasional adalah idea. Manakala King Maker adalah strategi. Nak buat strategi kena ada idea. Kena faham tu!!

Pembaca kena jelas untuk jatuh kerajaan BARISAN NASIONAL strategi terbaik ialah TAHALUF SIYASI. Ada orang kata pimpin PAS sekarang tolak tahaluf (gambungan pembangkang) itu TIDAK BENAR.

PAS sedar TAHALUF adalah terbaik setakat ini nak jatuhkan BARISAN NASIONAL/UMNO. Tapi Islam ada mengariskan tentang bertahaluf. Islam ini agama kita, bukan mengajar kita cara basuh berak aje... Tapi tahaluf pun ada caranya.

PAS tak boleh bertahaluf dengan DAP kerana DAP telah khianat TAHALUF. Kalau lebai hurai di sini mungkin artikel ini mencapai 100 muka surat dan lebai boleh buat buku "KENAPA BUKAN MAHATHIR". Boleh jual.. ada juga pendapatan.

Ahmad Lutfi menulis; 
Hudud mainan Umno telah mengaburkan pertimbangan waras tentang perjuangan rakyat. Malang sekali, begitu mudah Umno mempermainkan sentimen dan emosi orang Pas dengan umpan murah, untuk terus kekal berkuasa.
Mainan UMNO 100% bukan. Kita kena study daripada awal. DAP awalnya tak tolak hudud. Malah pada masa itu ada Cina DAP mahukan Hudud untuk membenteras kemungkaran yang UMNO lakukan. Semasa Bersih 2.0 pun ada kempen untuk hudud oleh Cina DAP termasuk Anthony Loke Siew Fook.

Jika kita tinjau pandangan Ahli-Ahli Parlimen DAP pada masa itu mereka tidak menolak dan menetang hudud. Mereka pernah menyokong hudud, Ong Kian Ming (YB Serdang) dan Thomas Su (YB Ipoh Timor), terang-terang menyokong dan boleh dibaca di Twitter mereka.
Jadi nak ringkas baca di sini "Kenapa Dulu DAP Tak Tentang Hudud Tapi Sekarang DAP Tentang Hudud?   Tulisan ini juga menjawab beberapa persoalan berkenaan hudud yang ditulis Ahmad Lutfi  kononnya permainan UMNO. Memang UMNO ambil kesempatan tapi sebenarnya DAP berubah. Baca lebai dah tulis panjang lebar di situ.

PAS juga tak boleh tahaluf dengan PKR kerana PKR juga khianat PAS. Ini boleh rujuk keputusan Miuktamar. Kalau tulis panjang juga.

Jadi PAS kena bertanding sendiri. 
Satu soalan kepada pembaca, Kalau PAS bertanding sendiri boleh menang ke PAS? SUDAH TENTU JAWAPANNYA TIDAK. Jadi PAS nak bodoh macam tu ke??

PAS kena cari strategi untuk sekurang-kurangnya boleh berfungsi maksimum selepas PRU-14. itu datangnya strategi "King Maker". Daripada kalah bodoh!! 
Ini menunjukkan pimpinan PAS yang ada sekarang kononnya lebai-lebai belaka, kononnya tak ada profesional bijak mengatur strategi dalam keadaan terdesak.

Macam semasa Ahmad Lutfi sakit dah hilang keyakinan untuk sembuh. Cara yang tak bagus dan kontroversi dengan Harakah pun Ahmad Lufti terpaksa buat. Semasa Ahmad Lutfi tak boleh bekerja 2 tahun lebih tetapi masih dapat gaji penuh. Begitu juga semasa Ahmad Lutfi sakit mempertahankan jawatan ketua pengarang, dengan tongkat pun Ahmad Lutfi sanggup meredah seluruh Malaysia kena tunjuk yang dia boleh bekerja... Itu pun strategi juga.


Lebai pernah menulis bahawa Ahmad Lutfi ketinggalan dalam membuat analisis terutama tentang PAS. Mungkin dia boleh menulis tentang AMANAH sebab dia terlalu akrab sekarang ini. Tapi PAS dia banyak ketinggalan. Lagi pun maklumat PAS Pusat tidak bocor, dan PAS kurang membuat kenyataan melainkan melalui liqa fikri, munagasah, usrah dll.

King Maker itu semasa PAS nak bertanding 80 kerusi dan cuba mencapai target menang 40 kerusi. Kini tidak lagi. Kenapa lebai kata begitu. Sepatutnya Ahmad Lutfi boleh hubungi sahabatnya yang masih kekal dengan PAS yang mungkin ada maklumat tentang strategi baru PAS.

Pertama : Kenapa PAS giler-giler nak bertanding PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Ada usaha Azmin (PKR) nak ambil Sungai Besar dan memberi lalu kepada PAS di Kuala Kangsar. Tapi PAS tolak. PAS tolak kerana pakar strategi PAS mahu satu indikator untuk PAS mengukur kekuatannya setelah PAS di serang hebat kerana tidak bersama dengan HARAPAN.

Masa ini ahli PAS pun ada yang percaya PAS dan UMNO akan bergabung sama seperti apa yang Ahmad Lutfi percaya. Ada ahli UMNO juga percaya. 
Dr Mazlan Ali (Penganasilis Parti AMANAH) kawan baik dan sumber rujukan Ahmad Lutfi telah mengemukan kajiannya tentang PAS.  Katanya kajian yang dibuat oleh Dr Mazlan Ali dari UTM sebelum ini mendapati, ramai penyokong Amanah kekal sebagai ahli PAS kerana tidak mahu menyusahkan diri mereka dengan meninggalkan parti itu.

Ketika 35% ahli PAS sudah meninggalkan parti itu, 10% daripada ahli PAS yang ada adalah pro-Amanah atau digelar "harumanis" manakala 20% lagi adalah golongan yang keliru dengan hala tuju PAS. Kajian itu mendapati, sebahagian besar golongan ini akan mengundi PH khasnya Amanah dalam pilihan raya umum akan datang.

Ini kajian jangan main-main!!

Tapi kajian tersebut boleh dibakulkan setelah ahli PAS kembali semula kepada PAS. Sokongan Cina dan India ada juga berubah dan PAS mendapat kepercayaan apabila Mahathir menjadi pimpinan HARAPAN. Itu faktor paling utama ramai ahli PAS tak pening lagi.
Daripada keputusan PRK Kuala Kangsar ini menunjukkan penyokong teras PAS masih tidak berubah. Lebai mendapat maklumat daripada bilik gerakan PAS bahawa sekitar 200 undi sahaja pengundi PAS yang hilang. Bermakna PAS masih utuh melainkan pengundi atas pagar dan sokongan Cina sahaja lari hampir 100%.

Ada yang menarik daripada dapatan keputusan Pilihan Raya Kecil ini ialah ada sedikit sokongan daripada masyarakat India.

PAS mengatur strategi baru dengan menumpukan kaum India pada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) berbanding dengan Cina. Hasilnya sangat menakjubkan. Kini DHPP mencapai 10,000 ahli selepas pemutihan dilakukan. (anda boleh lihat di telegram di sini)

PAS juga menyediakan tapak untuk GAGASAN SEJAHTERA (GS). Ramai yang kondem GS, apalah hanya PAS aje. BERJASA, IKATAN.. tu parti ke??

Tapi PAS bersabar, sebab kena buat tapak barulah kita dapat hasilnya... Kalau tak ada tapak macam mana nak mula?
Sekarang bekas Setiausaha Agung MIC, Datuk S Kumar adalah antara 54 calon PAS dan Gagasan Sejahtera yang akan bertanding di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Kumar, 45, yang juga Presiden Parti Generasi Baru (NewGen) akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanah Rata yang terletak di bawah Parlimen Cameron Highlands.
Kita masih ingat April 2017 Kepimpinan asal Parti Generasi Baru (NewGen Party) mendakwa partinya disalahgunakan Datuk Mohd Ezam Mohd Nor dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dengan menukar nama parti itu kepada Parti Bebas Rasuah (PBR) seperti yang diumumkan awal bulan ini.

Dulu NewGen nak masuk HARAPAN jumpa Mahathir tapi Mahathir buat tak layan aje. (Baca di sini)  Jumpa PAS, PAS terima dan jadikan calon PAS kerana bagi PAS jika PAS dapat 10% sokongan bukan Islam PAS boleh menang.

Target PAS daripada King Maker kepada Memerintah 
 

Target PAS berubah bila bertanding 160 kerusi. Letih lebai menulis, jadi lihat sendiri perlancaran  Sila klik di sini. Perlancaran Dokumen Malaysia Sejahtera pada 23 April 2018 lalu PAS target mencapai simple majoriti.
Paling menarik ialah laporan Tan Sri Khalid Ibrahim tentang pencapaian PAS, sokongan bukan Islam dan Targetnya PAS akan menang di Parlimen Shah Alam. Ini penting kerana TS Khalid Ibrahim bukan jenis orang yang bercakap banyak dan dia bukan orang suka sembang lebih. Dia menterai komitmennya dengan "kertas pelan" Shah Alam akan jatuh ke tangan PAS pada PRU-14 nanti dengan pencapai undi 44,000 ++. Anda boleh ikuti ucapanya di sini.

DENGAN INI SAYA MENOLAK PENDAPAT YANG KATA UNDI PAS MEMBAZIR.
KERANA PAS AKAN MEMERINTAH BEBERAPA BUAT NEGERI SERTA MENGUASAI MALAYSIA DENGAN SIMPLE MAJORITI.

Iklan:
Tawaran Gunting Rambut Lelaki Harga Potongan Sekitar Cheras.. Klik di sini!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails