Monday, April 23, 2018

Siapa? Manipulasi Al-Quran Untuk Politik. -Dr Ahmad Sanusi



1. Al-QARDAWI menegaskan kepada kita bahawa terdapat beberapa perkara yang menjadi punca kepada kesalahan dalam penafsiran al-Quran. Salah satunya adalah penafsiran al-Quran atas kehendak politik. al-Qardawi mendatangkan contoh bagaimana golongan Khawarij menggunakan ayat 40 daripada Surah Yusuf sebagai pendirian politik mereka dalam menolak konsep Tahkim yang dijalankan ketika pemerintahan Saidina Ali.
2. Bimbang akan berlakunya penyelewangan makna al-Quran untuk kepentingan tertentu, Rasulullah ﷺ memberi amaran keras kepada Muslim supaya berhati-hati dalam menafsirkan ayat al-Quran. Sabda Rasulullah:

مَنْ قَالَ فِي القُرْآنِ بِغَيْرِ عِلْمٍ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

  • Maksudnya: Barangsiapa yang mengatakan sesuatu tentang al-Quran tanpa ilmu maka dia telah menempah tempatnya dineraka.

مَنْ قَالَ فِي القُرْآنِ بِرَأْيِهِ فَأَصَابَ فَقَدْ أَخْطَأَ

  • Maksudnya: Barangsiapa yang berkata berkenaan al-Quran (menafsirkannya) dengan pandangannya sendiri, sekiranya benar sekalipun maka dia telah tersilap.

3. Dalam menghuraikan hadith di atas, al-Imam Ibn Taimiyyah menjelaskan bahawa mereka yang menafsirkan al-Quran dengan pandangan sendiri tetap akan dianggap salah kerana mengeluarkan penafsiran tidak melalui metodologi yang telah digariskan oleh ulama tafsir. Penafsiran al-Quran seharusnya dkeluarkan melalui asas ilmu tafsir yang telah dibangunkan oleh sarjana tafsir. (Majmuk al-Fatawa)
4. Al-Mubarakfuri juga menegaskan bahawa setiap ayat yang ingin dijelaskan haruslah menggunakan nas atau dalil yang jelas (dalil yakini), atau dalil zanni naqli (dalil yang diriwayatkan yg bersifat zanni) atau dalil aqli yg berteraskan dengan panduan syarak. (Tuhfah al-Ahwazi).
5. Dengan itu adalah diharapkan agar setiap kita sentiasa berhati-hati dalam menggunakan ayat al-Quran bagi tujuan politik.
Dr Ahmad Sanusi Azmi 
Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
(Ismaweb)
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails