Friday, April 27, 2018

'PAS Sedia Jadi Penasihat BN'. Lebai Hassan Jawab Fitnah HARAPAN..



Macam mana gabungan HARAPAN ingin menang PRU-14 kalau menjadikan fitnah sebagai satu jalan untuk mencapai matlamat. Selain fitnah membuat persepsi buruk denan memutar belit kenyataan PAS dengan tujuan jahat?

Sekarang dunia IT makin meluas. Orang boleh mencari maklumat sebenar dengan mudah melainkan mereka yang jumud dan boleh diperbodohkan kerana taasud.

Misalnya isu "PAS Sedia Menjadi Penasihat BN". Masih ada lagi cybertropper HARAPAN dibayar gaji untuk menyerang PAS kononnya PAS tak berhasrat untuk memerintah tetapi sekadar menjadi penasihat.

Yang pelik hari-hari mereka ini kutuk akhbar dan berita TV kononnya berita penipu, pendusta tapi nak serang PAS mereka jadi bodoh ambil berita penipu itu dan percaya pula. Patutlah UMNO tak kalah-kalah kerana ada orang yang boleh dibodohkan.

Oleh kerana puak ini kononnya nak ikut Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Sepatutnya baca buku TGNA berkenaan dengan PENASIHAT BN.

Ini satu saja ka petikan TGNA yang dia ikut, Jangan ikut UMNO. Yang lain semuanya ditentang, macam Yahudi juga ambil kitab mana yang dia rasa sedap dengan selera mereka sahaja.

Di atas saya sertakan satu buku Tok Guru. Tok Guru Nik Abdul Aziz menulis; 
Atas dasar ini kita bangun menegur parti yang memerintah sejak daripada 40 tahun dulu sampai hari ini. Kita tegur. Bukan kita nak lawan dia, bukan kita nak bangkang dia. Cuma istilah politik orang panggil pembangkang. Tapi istilah agama di panggilpenasihat.
Kalau kata AMANAH tu parti nak ikut TGNA khadam dulu apa yang Tok Guru tulis. Jangan pula orang kata hanya mempolitik TGNA demi nak capai cita-cita jahiliyyah. Islam tak tertegak dengan cara jahiliyyah.
Lebai Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com



Sekarang nak undi senang aje pilih antara 3
 Anda tak perlu fikir panjang untuk pergi mengundi 9 Mei ini. Anda hanya perl pilih 3 iaitu 


  • PENCURI DUIT RAKYAT. 
  • Satu Lagi BEKAS PEROMPAK WANG RAKYAT juga kini kononnya nak tangkap anak muridnya bekas perompak. 
  • Atau pilih aje parti yang nak bawa Islam sebagai penyelesaian masalah. Walaupun kumpulan ini daif tapi iktizam mereka cukup tinggi. 
Islam adalah pilihan terbaik kerana disana ada keredhaan Allah.. 

IKLAN
Tawaran Gunting Rambut Lelaki Harga Potongan Sekitar Cheras..
Foto Gunting Krew.
BARBER SHOP 91'Kedai Gunting rambut lelaki kami baru dibuka.. Hari Ini.. Sila kunjungi, 10 pagi hingga 10 malam tiap hari hingga sebulan..
Harga Promosi
-dewasa RM7:00
-kanak-kanak5:00


Sila kunjungi segera!
Bandar Damai Perdana. No 10 Ground Floor,
Jalan Damai Perdana,5/1B,56000,Cheras, KL.
https://www.facebook.com/gunting.krew?hc_ref=ARTMPWKnBAfryEQBtojBcZSD5UiXc9XcclNqEH-qhttps://www.facebook.com/gunting.krew?ref=bookmarks)

5 comments:

Anonymous said...

Pakatan wayang roket cuba memfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam PAS pimpinan ulama dengan melabelkan PAS sebagai penasihat UMNO.

Sebenarnya propaganda 'PAS penasihat UMNO' yang disebarkan oleh cybertrooper @ dajal ternakan pakatan wayang roket bertujuan jahat iaitu menipu orang ramai supaya mereka mempercayai PAS adalah khadam UMNO.

PAS bukan khadam UMNO kerana ideologi Islam PAS berbeza dengan ideologi 'nasionalisme' UMNO maka adalah mustahil bagi PAS untuk berkerjasama dengan UMNO atau menjadi pak turut UMNO kerana nasionalisme bertentangan dengan Islam yang bersifat universal.

Sebenarnya propaganda 'PAS penasihat UMNO' jelas menunjukkan cybertrooper dan pemimpin pakatan wayang roket jahil murakkab.

Mengikut ajaran Islam , agama adalah nasihat di mana semua umat Islam perlu saling nasihat-menasihati antara satu sama lain supaya umat Islam melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran dan kesesatan.

Saling menasihati antara umat Islam akan membawa manusia kepada berserah diri kepada Allah secara total.

Anonymous said...

Nampaknya barua ternakan pakatan wayang roket terlalu terdesak mahu memenangi PRU 14 dengan strategi kotor iaitu mencipta pelbagai fitnah untuk memfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam PAS.

Hanafi Ismail said...

Menasihatkan tentang perkara2 yg benar.
Klu x dengan nasihat, boleh ditentang ke?

Anonymous said...

Kami tak minat lawan pas. ... Tapi kami nak tumbangkan bn ... Dari Yang tak makan dedak ...

Anonymous said...

Kepala bapak hipokrit ternakan pakatan wayang roket berkata " Kami tak minat lawan pas".

Fakta: Pakatan wayang roket mencipta dan menjaja fitnah setiap hari untuk menghasut orang ramai membenci PAS.

Seolah-olah pakatan wayang roket mahu memberi kemenangan kepada BN untuk meneruskan cukai GST dll.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails