Friday, April 27, 2018

DAP Makin Terdesak, Terpaksa Tunjuk Mesra Melayu

Institut Pemikir Singapura Dapati Melayu Jijik Logo DAP

DALAM Pilihan Raya Umum ke-14 ini, DAP menampakkan kesungguhan untuk mengaut sebanyak mungkin kerusi untuk melebarkan lagi kuasa politik Cina.

DAP seperti biasa masih tidak mahu meletakkan ramai calon Melayu, dan memperbesarkan pemilihan beberapa kerat calon Melayunya. Ini kerana mereka tetap kurang percaya pada Melayu yang mewakili parti mereka, seperti juga sikap yang ditunjukkan oleh kerajaan Singapura terhadap orang Melayu di sana.

Walaupun mengaku berbilang kaum dan mengecam parti-parti berasaskan kaum seperti UMNO sebagai rasis, DAP ialah parti paling tertutup dari sudut ini. Pemilihan kepimpinan parti itu telah membuktikan mereka hanya memilih pemimpin Cina, dan India dengan Melayu sangat minoriti.

Mereka tidak pernah menunjukkan sikap menyokong bahasa kebangsaan, bahasa Melayu tetapi mempromosi bahasa Cina dan bahasa Inggeris. Pendirian menyokong bahasa Melayu bukan lagi satu isu kaum, tetapi isu asas identiti warganegara yang mesti dikekalkan. Tetapi DAP mempunyai pandangan yang berbeza dalam isu ini dan menganggap bahasa Inggeris dan Cina lebih utama, dan bahasa Melayu hanya satu pilihan.

Tentu ramai masih ingat kempen jahat Teresa Kok menentang penggunaan tulisan jawi di papan tanda di Kuala Lumpur. Ini semua mahu ditutup masa mereka mahukan undi semasa PRU14, dan begitu ramai pengulas di Facebook (yang dipercayai penyokong kuat mereka, menggunakan identiti palsu atau diupah) menunjukkan sokongan untuk DAP. Ini penting bagi DAP kerana masa inilah mereka mahu menunjukkan makin ramai Melayu sudah tidak alergik dan bersedia sokong DAP.

DAP merasakan PRU14 ini penting untuk mereka merampas seberapa banyak kerusi yang boleh untuk terus berkuasa dan memudahkan lagi untuk bergerak dalam politik negara.

Inilah yang menyebabkan mereka bersedia menyimpan sementara bendera roket dan menggunakan logo “mata lebam”.

Wajah sebenar mereka akan muncul selepas pilihan raya sekiranya mereka menang dan berkuasa seperti yang berlaku di Pulau Pinang dan pernah berlaku di Perak. Orang Melayu mesti membuka mata dan berfikir dengan waras untuk melihat perancangan dan kelicikan strategi DAP ini.

Masa mereka makin bimbang wajah sebenar mereka terdedah, masa itulah makin kuat propaganda untuk menunjukkan mereka mesra Melayu.  Lapor Mynewshub.cc

Sekarang nak undi senang aje pilih antara 3
 Anda tak perlu fikir panjang untuk pergi mengundi 9 Mei ini. Anda hanya perl pilih 3 iaitu 

  • PENCURI DUIT RAKYAT. 
  • Satu Lagi BEKAS PEROMPAK WANG RAKYAT juga kini kononnya nak tangkap anak muridnya bekas perompak. 
  • Atau pilih aje parti yang nak bawa Islam sebagai penyelesaian masalah. Walaupun kumpulan ini daif tapi iktizam mereka cukup tinggi. 
Islam adalah pilihan terbaik kerana disana ada keredhaan Allah.. 


Iklan:
Tawaran Gunting Rambut Lelaki Harga Potongan Sekitar Cheras.. Klik di sini!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails