Friday, April 27, 2018

Lagi Rebut Calon, Pemimpin PKR Didakwa Jadi Dalang.



KLANG - Calon Pakatan Harapan (Harapan) Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid tidak menolak kemungkinan pemimpin PKR Kapar sendiri yang menentangnya.
Beliau yang juga penyandang Parlimen Kuala Langat itu berkata, pihaknya yakin bantahan itu didalangi oleh puak yang tidak berpuashati dengan pencalonannya di Parlimen itu. 

"Saya yakin ia didalangi pihak yang kecewa kerana tidak dicalonkan, mungkin orang itu dalam PKR sendiri atau mungkin sebaliknya.

"Bagi saya itu namanya permainan politik, sebagai ahli politik ia perkara biasa kerana saya sering diserang ketika di Kuala Langat dahulu, namun saya terima hakikat dan bersifat profesional, sabar dan terus bekerja untuk rakyat," katanya kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas berkenaan bantahan oleh pengundi Kapar di hadapan Ibu Pejabat PKR, semalam.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas pertemuan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan bersama calon-calon dun dan parlimen Kapar yang bertanding, di IPD Klang Utara, di sini hari ini.
Terdahulu, hampir 50 pengundi yang mendakwa penyokong akar umbi PKR menyerahkan memorandum membantah pencalonan Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid bagi kerusi Kapar atas dakwaan kawasan itu menjadi kerusi tradisi masyarakat India sejak dahulu lagi.

Kumpulan itu menyerahkan memorandum terbabit di hadapan Ibu Pejabat PKR, semalam sejurus menerima maklumat Abdullah Sani dicalonkan bagi mempertahankan kerusi berkenaan dalam PRU14.

Mengulas perkara itu lagi, Abdullah Sani berkata, bantahan yang dibuat berhubung isu calon melayu dipertaruhkan parti di Parlimen Kapar kali ini adalah tidak relevan.

"Memang sebelum ini penyandangnya adalah India namun harus diambil kira bahawa kawasan Kapar telah terlibat dalam persempadanan semula kawasan yang mana posisi kaum sudah berubah Melayu (71%) melayu (15%) india dan Cina (14%).

"Sudah pasti kepimpinan tertinggi PKR sudan mengambil kira perkara itu dan memutuskan pencalonan saya di sini maka saya menerimanya," katanya.
-Sinar Harian


IKLAN
Tawaran Gunting Rambut Lelaki Harga Potongan Sekitar Cheras..
Foto Gunting Krew.
BARBER SHOP 91'. Kedai Gunting rambut lelaki kami baru dibuka.. Hari Ini.. Sila kunjungi, 10 pagi hingga 10 malam tiap hari hingga sebulan..
Harga Promosi
-dewasa RM7:00
-kanak-kanak5:00



Sila kunjungi segera!
Bandar Damai Perdana. No 10 Ground Floor, 
Jalan Damai Perdana,5/1B,56000,Cheras, 
Kuala Lumpur.




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails