Tuesday, April 24, 2018

“Kelantan sejahtera bersama Islam” -Manifesto Pas K'tan

Mendaulatkan agama antara Manifesto Pas Kelantan PRU14


KOTA BHARU: Pas Kelantan menawarkan 14 teras utama dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) kepada rakyat negeri itu sejajar dengan slogan mereka “Kelantan sejahtera bersama Islam”.

Antaranya mendaulatkan Islam, meneruskan kecemerlangan pendidikan, menyuburkan ekonomi dan memperkasakan pembinaan rumah rakyat.

Selain itu, Pas juga menyenaraikan hasrat melestarikan alam sekitar, mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat, meningkatkan kemudahan asas, pembinaan Kelantan sejahtera, memperkasakan sektor pelancongan Islam dan pertanian.

Tidak dilupakan golongan belia dan wanita di Kelantan dan juga kecaknaan kepada rakyat negeri itu yang berada di luar serta memelihara hak-hak rakyat.

Di bawah mendaulatkan Islam, usaha memperkasakan perundangan syariah akan diteruskan dan menaikkan kadar elaun iman dan bilal di seluruh Kelantan.

Sementara itu, Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi menjelaskan manifesto berkenaan lebih kepada menawarkan perkhidmatan kepada rakyat Kelantan.

Walaupun manifesto tersebut tidak menyenaraikan secara terperinci tawaran kepada kaum minoriti termasuk Cina, India dan masyarakat Siam di Kelantan, Pas katanya, menyenaraikan kesemua tawaran itu merangkumi kepada kaum minoriti di Kelantan.

Manifesto berkenaan dilancarkan oleh Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan dihadiri oleh kesemua pimpinan Pas Kelantan. (IH)

Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

3 comments:

Anonymous said...

Sejahtera? Rumah mangsa banjir pun belum selesai sepenuhnya, ada mangsa banjir yg masih tinggal di dalam khemah walaupun bah merah itu dah lenyap dari ingatan. PAS cakap tak serupa bikin.

--Ayah Chik, Kuala Kerai.

Anonymous said...

Kalau dah dasar anti perjuangan islam yang baik pun dikata jahat. Isu rumah mangsa banjir dah lama selesai cuma kamu yang tidak tahu dan suka kerajaan islam kelantan jatuh supaya kerajaan libeal. Kembalilah pada jalan islam dunia diakhir zaman pun masih lebihkan dunia.

Anonymous said...

Belum selesai sepenuhnya bererti sebahagian besar bilangan rumah mangsa banjir telah disiapkan dan sebilangan lagi dalam proses pembinaan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails