Monday, April 23, 2018

Sedia Gabung PAS- BN Atau PH, Dengan Syarat Islam -SU Presiden.

Hasil carian imej untuk bendera PAS

BANGI, 6 Syaaban 1439H, Ahad – Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Abdul Malik Ab Razak, menjelaskan bahawa laporan berita RTM TV1 yang menyebut bahawa ‘PAS sedia bergabung dengan BN bentuk kerajaan Persekutuan’ adalah salah tafsir daripada maksud sebenar Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sebaliknya, beliau berkata, Presiden PAS menjelaskan bahawa parti itu bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak sama ada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (Harapan) dengan meletakkan syarat Islam.
TV1 semalam melaporkan pada sidang media selepas Majlis Pengisytiharan Calon PAS Sarawak bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), di pejabat Badan Perhubungan PAS Sarawak semalam, bahawa Presiden PAS mengatakan akan bergabung dengan BN membentuk kerajaan Persekutuan.
Abdul Malik berkata, jika BN dan Harapan tidak menerima syarat itu, PAS terus menjadi pembangkang.
“Jika semuanya menerima syarat, PAS akan bekerjasama membentuk gagasan perpaduan rakyat tanpa pembangkang. Oleh itu, tajuk yang diletakkan dengan mengkhususkan kerjasama dengan BN sahaja adalah salah tafsir dan tidak tepat,” katanya. (Ismaweb)


Lagu PAS Irama Melayu asli

1 comment:

Anonymous said...

PAS dah kuat, tak perlu gabung. BN kan zalim dan PH kan diketuai oleh Lim Kit Siang...Jangan takut, TGHH akan jadi PM !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails