SEORANG anggota polis di England yang dilabelkan sebagai ‘gadis poster’ memuat naik gambar-gambar percutian mewahnya semasa mengalami tekanan selama tujuh bulan.
Sarjan Leanne Carr yang kembali bertugas, mengalami tekanan selepas disiasat berhubung dakwaan salah laku. Sepanjang cuti sakitnya, pegawai itu memuat naik gambar-gambarnya di sebuah pantai di Cyprus dan Pulau Phi Phi di Thailand, termasuk melakukan aktiviti papan luncur ais di Austria.
Polis Lincolnshire di tengah England berkata, tiada halangan untuk pegawainya bercuti semasa mengambil cuti sakit.Sumber bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada Carr melancong semasa mengalami tekanan, tetapi gambar-gambar tersebut dimuat naik sepanjang tempoh dia bercuti. Namun gambar-gambar tersebut membangkitkan kemarahan rakan-rakan sekerjanya.
Menurut sumber polis: “Dia pastinya tidak kelihatan sangat tertekan menerusi gambar-gambar yang dipaparkan di media sosialnya. Malah, dia mempunyai masa yang cukup menyeronokkan.
“Para pegawai mempunyai tugas yang berat, dan kadang-kadang keadaan terlalu tegang, tetapi gambar-gambar dia hidup mewah semasa tempoh pemulihannya adalah sesuatu yang sukar diterima.”
Carr ‘direhatkan’ daripada tugas sejak Jun lalu selepas menjadi suspek dalam siasatan kes salah laku. (STV)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitu teruknya polis di England negara sekular sehingga digelar ‘Gadis Poster' kerana muat naik gambar seksinya semasa bercuti di pantai. Salah laku muat naik gambar seksinya sendiri, walaupun dia anggota polis. Tapi bukan seperti poster PRU 14 di Malaysia kini, lihat poster di bawah ini. Undilah PAS!
Lihat..
No comments:
Post a Comment