Wednesday, April 25, 2018

Ada 2 Kem Dalam PKR. W/Azizah Nafi..

PRU14: Wan Azizah nafi wujud dua kem dalam PKR


PETALING JAYA: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menafikan dakwaan wujudnya dua kem kepimpinan dalam parti itu sehingga mengganggu-gugat proses pemilihan calon-calon untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Tiada dua kem. Memang tiada. Hanya ada satu kem iaitu kem saya sahaja," katanya dalam sidang akhbar selepas selesai majlis taklimat calon-calon Pakatan Harapan PRU14 di sini.

Turut hadir Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Beberapa media tempatan melaporkan kem PKR terbelah dua antara Wan Azizah dan timbalannya, Mohamed Azmin Ali berikutan pertikaian berhubung calon-calon pilihan masing-masing pada PRU14 ini.


Ditanya mengenai ketiadaan Azmin pada majlis hari ini, Wan Azizah berkata beliau tidak tahu puncanya dan kemungkinan Azmin mempunyai urusan lain yang lebih penting.

Mengulas mengenai peluangnya untuk bertanding di Parlimen Pandan (Selangor) berbanding Parlimen Permatang Pauh (Pulau Pinang) sebelum ini, Wan Azizah berkata: "Kenapa tidak. Saya mempunyai pengalaman di Selangor sebelum ini. Saya tidak mempunyai masalah untuk bertukar kerusi. "

Kerusi Parlimen Permatang Pauh akan ditandingi anaknya, Nurul Izzah Anwar. PKR akan bertanding 51 kerusi Parlimen dan 140 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Semenanjung pada PRU14 kali ini.

Sementara itu, di majlis yang sama, Dr Mahathir menjelaskan hari mengundi ditetapkan pada hari bekerja ketika beliau menjadi perdana menteri kerana tidak ada perkara kritikal atau persempadanan semula kawasan pilihan raya berlaku ketika itu.

Dalam pada itu, ditanya mengenai peluangnya memenangi kerusi Parlimen Langkawi, Dr Mahathir yakin perubahan pemikiran rakyat yang sejak dua tahun kebelakangan ini boleh membantunya.

"Ya, kelebihan undi bagi BN yang diwakili oleh UMNO memang besar iaitu 11,000 daripada 40,000 pengundi. Kita kalau nak kira boleh ambil 7,000 sudah cukup dan kita akan dapat kemenangan, kita yakin dapat lebih daripada itu," katanya.

BN mengumumkan penyandang kerusi itu Datuk Nawawi Ahmad akan mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi pada PRU14.
-- BERNAMA
559686_505894539456840_1348145350_n
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS




3 comments:

ikan said...

TAQBIR! TAQBIR! HAPUSKAN SI BATUAPI IBENU HASYIM!!HAPUSKAN IBENU HASYIM!

Anonymous said...

http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/himpunan-bantah-mahathir-guna-logo-pkr-1.824909

Himpunan bantah Mahathir guna logo PKR

PETALING JAYA - Sekumpulan ahli PKR berhimpun bagi mendesak pucuk pimpinan tidak membenarkan Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding menggunakan logo parti itu pada PRU14.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bukit Gantang, Muhamad Faisal Zainal berkata, kumpulan terdiri daripada beberapa cabang peringkat akar umbi turut memberikan tempoh enam hari kepada pemimpin PKR bagi mengkaji semula keputusan itu.


“Seperti diumumkan parti, Mahathir akan menggunakan logo PKR untuk bertanding pada PRU14. Justeru, saya dari Cabang Bukit Gantang mewakili ahli parti peringkat akar umbi menzahirkan rasa kecewa dan membantah perkara berkenaan.

“Kami beri masa enam hari untuk keluarkan nama Mahathir bermula hari ini 21 April (Sabtu) sehingga 26 April. Jika tidak kami telah putuskan beberapa tindakan yang akan kami umumkan kemudian,” katanya ketika berhimpun di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Menurutnya, tindakan membenarkan Mahathir menggunakan logo PKR dianggap bertentangan dengan justifikasi penubuhan awal PKR dan perjuangan parti itu melawan tindakan serta kezaliman Mahathir ke atas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muhamad Faisal berkata, keputusan membenarkan Pengerusi Bersatu itu bertanding atas tiket PKR dan mahu melantiknya semula sebagai perdana menteri adalah tindakan tidak berprinsip.

“Kami akui, Malaysia perlukan perubahan dari aspek pentadbiran, namun perubahan itu bukanlah dengan memberikan semula kuasa kepada Mahathir.

“Jadi, pada hari ini, kami mahu tuntut dua perkara iaitu tidak membenarkan Mahathir menggunakan logo PKR dan kedua, pimpinan PKR keluarkan nama Mahathir sebagai calon (atas tiket) PKR,” katanya.

Anonymous said...

Ambiga kata dia frust


https://aidcnews.wordpress.com/2018/04/24/pru14-ambiga-kecewa-pkr-masih-berebut-kuasa-menjelang-penamaan-calon/

PRU14: Ambiga Kecewa, PKR Masih Berebut Kuasa Menjelang Penamaan Calon

Pengerusi Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) Datuk Ambiga Sreenevasan menyelar kepimpinan PKR berhubung krisis parti itu dalam menamakan calon-calonnya pada Pilihan Rayau Umum ke-14 pada 9 Mei ini.

“Apabila rakyat melakukan segala-galanya dalam kuasa mereka untuk melepasi halangan untuk memastikan mereka dapat mengundi dan membantu pada pilihan raya, perbalahan mengarut dalam PKR ini tidak boleh dimaafkan” katanya dalam satu ciapan di Twitter.

Bercakap kepada Malaysiakini kemudian, Ambiga berkata rakyat di seluruh negara, dan bahkan di luar negara cuba melakukan yang terbaik untuk melepasi pelbagai halangan ini untuk memastikan mereka boleh mengundi pada 9 Mei.

“Rakyat Malaysia cuba membantu rakan-rakan mereka dalam pelbagai cara untuk PRU14. Kita sedang menyaksikan satu gelombang yang belum pernah berlaku sebelum ini untuk memastikan pilihan raya tidak dicuri,” katanya.

Justeru, kata bekas pengerusi Majlis Peguam itu, adalah begitu mengecewakan dan sesuatu yang tidak dapat diterima untuk menyaksikan kepimpinan terbabit dalam perbalahan cuba merebut kerusi sesama mereka.

“Saya yakin bahawa parti-parti lain juga ada masalah masing-masing tetapi mereka dapat mengatasinya demi kepentingan rakyat.

“PKR begitu menonjol tidak mampu melakukannya,” katanya.

Logo PKR

Ambiga mendedahkan dirinya menerima banyak panggilan dan mesej yang menyatakan rasa kekecewaan berhubung apa yang berlaku, lebih-lebih lagi dengan hari penamaan pencalonan calon pada Sabtu ini.

“Memandangkan belum ada satu pun calon dari PKR telah diumumkan, ini sekali gus menghalang mereka daripada menghabis masa yang berharga dengan pengundi,” katanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails