Saturday, April 28, 2018

Nk Omar Tanding PKR, Ini Sebenar Rahsianya..


Baiah Dengan Allah Langgar Apa Sangat Derhaka Dengan Ibu

Anak kedua bekas menteri besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar bakal bertanding di DUN Chempaka pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) mewakili parti AMANAH (PAN).

Nik Omar akan berdepan dua pencabarnya di DUN tersebut iaitu Mohamad Fareez Nor Amran (BN) dan Ahmad Fathan Mahmood (PAS). 

Penganalisis politik berpendapat penyertaan Nik Omar dalam parti AMANAH (PAN) yang didalangi oleh IKRAM bukan perkara yang pelik kerana sebelum ini penglibatannya dengan IRC/JIM sudah diketahui oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan ini faktor dia tidak bergiat dengan politik manakala adiknya Nik Abdul adalah orang harapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam meneruskan perjuangan Tok Guru di dalam Parti PAS.

Bila berlaku pertembungan dalam PAS, maka AMANAH telah mempergunakan keluarga Nik Abdul Aziz sebagai satu cara untuk menghancur perjuangan PAS yang dibina oleg Tuan guru Nik Abdul Aziz sejak berzaman.

Pengkhianatan AMANAH (PAN) yang didalanmgi IKRAM bukan perkara baru. PAS banyak kali bergolak kerana sikap IKRAM (dulunya IRC) yang merosakkan PAS daripada dalam.

Pengkhinatan ini sudah menjadi satu sejarah hitam IRC/IKRAM suatu pertubuhan yang tidak boleh dipercayai.

Nik Omar berkata beliau mengambil keputusan itu selepas ibunya, Tuan Sabariah Tuan Ishak melarangnya menyertai politik. 

“Semua bergantung kepada bonda, selagi bonda tidak izin, bonda minta tidak terlibat, kita kena terima. Bonda melihat mungkin kerana berlaku pertembungan.Bila ditanya kenapa bonda? Saya nak tunjuk apa jua yang kita lakukan pentingnya mendapat keizinan dan restu ibu,”
Untuk pengetahuan pembaca, bukan sekarang Nik Omar tidak dibenarkan mengikut politik atau setelah bapanya meninggal Nik Omar tak dibenarkan berpolitik tetapi semenjak bapanya TG Nik Abdul Aziz masih hidup lagi TGNA tidak benarkan anak keduanya ini berpolitik. Tapi pelikkan TGNA membenarkan Nik Abdul anak kelimanya untuk membantu PAS dan menjadikan dia sebagai galang ganti beliau dalam jangka masa yang lama.
Kalau kita kaji sirah para sahabat, bagaimana anak-anak para sahabat, diinfakkan untuk meneruskan perjuangan yang telah dilalui oleh ayah-ayah mereka. Ini jelas bagaimana TGNA menginfakkan Nik Abdul untuk PAS tapi bukan Nik Omar. Nik Omar hanya mengurus sekolah swasta sahaja. Kuliah gantian TGNA juga hanya dilakukan oleh Nik Abdul sahaja. Adakah Nik Omar tidak pandai ilmu agama? 

Kenapa?

Nik Omar telah menyeleweng daripada landasan perjuangan yang benar kerana mengikut gerakan IRC yang bercanggah dengan fahaman TGNA. TGNA mengambil pendekatan suruh Nik Omar tumpu aje kepada persekolahan swasta dia.

Tapi malangnya bila TGNA meninggal, AMANAH (PAN) dengan IKRAM telah cuba menghasut Nik Omar untuk menjadi calon dan kononnya menjadi MB Kelantan jika menang.

Cuba kita fikir kalau betullah Nik Omar ini hebat, sudah tentu TGNA akan mengerakkan anaknya untuk dalam PAS terutama Pemuda untuk mencari pengalaman dan bila dia banyak pengalaman akan mengganggatikannya menjadi MB Kelantan.

Tapi kenapa tidak? 

Hanya nampak berlaku ialah Nik Abdul (anak TGNA), Khalil (anak TG Haji Abdul Hadi) dan Mujahid(Anak Yusof Rawa) tertonjol dalam PAS. Dimana Nik Omar? Tak ada pun. Malah Dalam kawasan pun tak telibat.

Lebai rasional dalam memberikan pendapat supaya pembaca berfikir. Walaupun Mujahid itu IRC juga macam Nik Omar tetapi dia ada ketokohan bukan macam Nik Omar hanya boleh dipergunakan. Pasal itu ibu dia tak benarkan dia terlibat dengan politik. Orang yang celaru dalam perjuangan dan mudah dipergunakan selalu ibu akan jaga sampai dia meninggal dunia.

Itulah hakikatnya Nik Omar yang kini dipergunakan oleh Husam Musa demi dendam kepada PAS.

Husam guna strategi menipu ibu Nik Omar.
Semalam semasa pengumuman calon HARAPAN mengumumkan nama Mohamad Omar sebagai calon Dun Cempaka. Siapa Mohamad Omar??

Hari ini tiba-tiba Nik Omar menjadi calon.
Ibu tak tak boleh nak buat apa-apa kerana dah jadi calon.
Hanya menangis dalam hati mengenangkan nasib anak kesayangannya.
Ibu mana tak saya anak....

Derhaka dengan ibu??
Apalah sangat.
Puak IKRAM dalam PAS yang kini menubuh parti AMANAH yang berbaiah dengan sumpah talak isteri seperti Dr Hatta Mohd Ramli sanggup langgar baiah dengan Allah.

Khalid Samad dan Dr Mariah sekadar bagi makan nasi berani kambing kononnya tebus baiah.
Dengan Allah mereka boleh permainkan.. Ibu lagilah darjat ibu bawah Allah.

Nasib bila politik menjadi matlamat
Hukum hakam boleh diketepikan.





IKLAN
BARBER SHOP 91'
Kedai Gunting rambut lelaki kami baru dibuka.. Sila kunjungi, 10 pagi hingga 10 malam tiap hari hingga sebulan..
Harga Promosi
-dewasa RM7:00
-kanak-kanak5:00


Sila kunjungi segera!
Bandar Damai Perdana. No 10 Ground Floor,
Jalan Damai Perdana,5/1B,56000,Cheras, KL.
https://www.facebook.com/gunting.krew?hc_ref=ARTMPWKnBAfryEQBtojBcZSD5UiXc9XcclNqEH-qhttps://www.facebook.com/gunting.krew?ref=bookmarks)

1 comment:

Anonymous said...

Itu pilihan dia tapi pas tetap istikomah perjuangkan islam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails