Thursday, April 26, 2018

PKR Denda RM10j Wakil Rakyatnya Keluar Parti. Mukhriz Sokong, Tiru PAS?

 PENGERUSI pakatan pembangkang Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bergambar bersama orang ramai pada Majlis Pengumuman Calon Gabungan Pembangkang di Alor Setar. - Foto Amran Hamid

ALOR SETAR: Pengerusi pakatan pembangkang Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mempertahankan keputusan PKR untuk mengenakan denda RM10 juta terhadap wakil rakyatnya yang keluar parti selepas menang kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).



Mengambil contoh baiah yang dilaksanakan PAS, Mukhriz berkata, PKR juga mempunyai cara tersendiri bagi memastikan wakil rakyatnya kekal dalam parti.

Mengulas lanjut beliau berkata, kaedah itu juga berupaya menuntut calon pakatan pembangkang supaya terus ikhlas untuk berjuang bersama parti.

"Masing-masing ada kaedah sendiri, ...dulu PAS ada baiah jadi kita ada cara tersendiri, ...tapi akhirnya ia bergantung pada hati seseorang itu apa niat sebenarnya, " katanya selepas Majlis Pengumuman Calon Gabungan Pembangkang, di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan dilaksanakan PKR yang berhasrat mengenakan denda sebanyak RM10 juta terhadap mana-mana wakilnya yang melompat parti jika memang pada PRU-14.

Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar ketika mengesahkan langkah itu, berkata kontrak terbabit dilaksanakan sebagai bayaran denda kepada mana-mana ahli terpilih atas tiket parti itu yang keluar parti.

Sementara itu, Mukhriz yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam, mendakwa dirinya tidak mempunyai tempoh yang mencukupi untuk menyelesaikan pelan perancangan pembangunan negeri termasuk menyelesaikan isu masalah bekalan air.

Ini kerana, beliau hanya sempat memegang jawatan Menteri Besar Kedah selama kira-kira dua tahun menyebabkan banyak perancangan tidak dapat dilaksanakan.

"Tak cukup masa untuk saya laksanakan dan lebih malang apabila perancangan yang dilakukan ketika saya mentadbir Kedah tidak diteruskan oleh Menteri Besar sekarang iaitu Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah," dakwanya lagi. (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa dikatakan tiru gaya PAS? Denda kepada wakil rakyatnya yang keluar parti, PKR terikut-ikut seperti PAS juga... Cuma PAS ikrar mertarbiah wakil rakyatnya melalui sumpah berasaskan agama. Kerana orang PAS biasanya patuh kepada agama.

PKR menghukum dengan denda RM10j kepada wakil rakyatnya. Kita sama-sama lihat, mana yang lebih praktikal? Cara Islam atau 'kebendaan'?

UNDILAH PAS dalam PRU14 ini. 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular &sekandang dengannya, politik suku agama suku, yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?
 
Kini DAP memakai selimut PKR pula. Musang DAP berbulu ayam PKR, DAP Berlogo PKR. Juga cuba menipu pengundi?

3 comments:

Unknown said...

Elehhhhh......murah je rm10 juta ni.
Celah gigi NAJIB je.
PAS dapat rm200 juta untuk jump ship,berpelokan dan bersedondon
dengan Najib, takat 10 juta untuk UMNOPAS bentuk kerajaan,
sangat murah. Patutnya, PKR letak 50 juta untuk sesiapa yang
nak keluar parti bila dah menang undi.
Baru berbaloi-baloi.

Anonymous said...

Minah gersang ternakan roket ,

Semua dakwaan kamu terhadap PAS adalah fitnah kerana kamu tidak menunjukkan sebarang bukti maka kamu adalah penjaja fitnah yang bangsat dan celaka.

Pakatan wayang DA-Pig telah mencipta dan menggunakan pelbagai fitnah seperti UG, rasuah RM 90 juta, dedak umno dll untuk memburuk-burukkan PAS dan menghasut orang ramai membenci PAS.

Maka kita tidak merasa hairan melihat pakatan DA-Pig menentang RUU anti-berita palsu kerana fitnah adalah senjata bagi pakatan, syaitan , iblis dan dajal untuk menentang perjuangan Islam.

Anonymous said...

Wah terbongkar rahsia calon-calon parti mata iluminati Zionis akan lompat parti selepas PRU 14.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails