Saturday, April 28, 2018

Nik Omar Nik Aziz Buat Kejutan, Sah Tanding Tiket PKR.


 Nik Omar Nik Abdul Aziz sewaktu proses penamaan calon hari ini. (Facebook Mohd Sayuti II)
PENGKALAN CHEPA, 13 Syaaban 1439H, Sabtu – Anak kedua bekas Musyidul Am PAS, Nik Omar Nik Abdul Aziz muncul di pusat penamaan calon di sini hari ini, untuk menyerahkan borang pencalonan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.


Kemunculan anak kedua Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Dewan BTPN Bahagian Teknologi Pendidikan Kelantan itu mengejutkan ramai pihak, sekali gus menjawab spekulasi penyertaan beliau sebagai calon yang bertanding di bawah tiket PKR.
Sebelum ini, Nik Omar yang tidak memiliki jawatan dalam PAS dikatakan akan menyertai Parti Amanah Negara (PAN) untuk bertanding kerusi Dun Chempaka, kawasan yang pernah ditandingi Nik Abdul Aziz.
Bagaimanapun, beliau dilapor mengesahkan tidak akan bertanding dan menyertai PAN selepas tidak mendapat restu ibunya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak untuk menjadi calon pakatan pembangkang dan menentang PAS.
Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Mac 2015, PAS mempertahankan kerusi DUN Chempaka dengan majoriti 10,092 undi, mengalahkan empat lagi pencabar dari wakil Bebas.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada 12 Februari 2015.
559686_505894539456840_1348145350_n

IKLAN
BARBER SHOP 91'
Kedai Gunting rambut lelaki kami baru dibuka.. Sila kunjungi, 10 pagi hingga 10 malam tiap hari hingga sebulan..
Harga Promosi
-dewasa RM7:00
-kanak-kanak5:00


Sila kunjungi segera!
Bandar Damai Perdana. No 10 Ground Floor,
Jalan Damai Perdana,5/1B,56000,Cheras, KL.
https://www.facebook.com/gunting.krew?hc_ref=ARTMPWKnBAfryEQBtojBcZSD5UiXc9XcclNqEH-qhttps://www.facebook.com/gunting.krew?ref=bookmarks)

5 comments:

Anonymous said...

Itulah dia orang munafiq,,sebelum ini bertegas mengatakan tidak akan sertai pru14. Itulah juga org yg derhaka kpd ibu sendiri yg tidak redho kpd kerja itu. Inilah dia ajaran geng2 jim dan irc,,,,,masa dlm pas, mereka rancang senyap2 utk rampas kuasa,,bila gagal dan kalah dlm muktamar,,lari keluar dan mencanang mereka ditendang keluar,,padahal mereka hanya kalah muktamar ja,,bnyk yg kalah sblm ini, tapi kekal dlm pas. Mereka berhati busuk,,menumpang pas tidak ikhlas, sbb lari keluar pun menipu,,,,sekarang,,demi mengejar kuasa,,mereka bersekongkol dgn dap penaja pesta arak dan lgbt,,,tapi dg bangga mendakwa mereka anak didik ikhwan muslimin mesir,,,,jgn dok anggap org lain bodoh lah,,memalukan ikhwan saja hamoa ni semua..

Anonymous said...

Iman tidak boleh diwarisi. Walau apa pun, kita tetap akan menyokong dan mengundi calon PAS dalam PRU 14 kerana perjuangan Islam adalah lebih penting dari agenda peribadi.

Anonymous said...

Takbir pas tetap pilihan moga allah mumbuka hati umat islam memilih pas sebagai wadah perjuangan gerakan islam di bumi malaysia. Kalu nik omar pilih pkr terpulang tapi kita tahu dia sendiri tahu siap disebalik pkr. Moga islam tetap terpelihara. Ameeen

Anonymous said...

Jom undi PAS supaya PAS bolih memang.. LoL

Anonymous said...

Isu NONA ni, tak tahu ler mcm mn yg bergelar ust pun boleh berpaling, dlm berjamaah, kdg kdg bnyk juga pikiran kita dgn pikiran pimpinan yg bercanggah, tp adabnya berjamaah, kenalah akur keputusan pimpinan dan jamaah, jika masing masing nak ikut kepala sendiri jer mmg rosaklah jamaah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails