Sunday, April 22, 2018

Imam Palestin Dibunuh Di KL Oleh Ejen Perisik Luar?

Imam Palestin Dibunuh Di KL Oleh Ejen Perisik Luar?


SIASAT… Kerajaan mengesahkan seorang pensyarah universiti swasta warga Palestin yang mati ditembak di ibu negara pagi ini merupakan pakar kejuruteraan elektrik dalam penghasilan roket.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, hasil maklumat awal Polis Bukit Aman mendapati kematian Dr. Fadi M. R. Albatsh, berkemungkinan mempunyai kaitan dengan perisikan negara luar.
Pihak terbabit dipercayai mengesyaki mangsa yang juga imam itu memiliki ‘saham’ dari segi sumbangan latihan pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL) atau menjadi liabiliti kepada negara yang bermusuhan dengan Palestin.
Menurut Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, allahyarham disahkan sebagai pemastautin tetap dan telah menetap lebih 10 tahun di negara ini serta bekas penuntut ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Malaya (UM).
Tambah beliau, Fadi yang aktif dalam badan bukan kerajaan (NGO) Islam, dipercayai ada kaitan dengan pergerakan Hamas di Palestin, sepatutnya berlepas ke Turki tengah hari ini untuk menghadiri satu persidangan antarabangsa.
“Saya turut berdukacita atas kematian Dr. Fadi ini, namun polis akan meneruskan siasatan terperinci dari semua sudut sehingga tertangkapnya dua lelaki Eropah yang dikesan menaiki motosikal berkuasa tinggi BMW 1100 CC.
 DR. FADI M. R. ALBATSH KETIKA MENYAMPAIKAN CERAMAH AGAMA BARU-BARU INI. – GAMBAR HIASAN
“Mereka berdua disyaki melakukan perbuatan jenayah di negara ini. Kita sentiasa kerjasama dengan Interpol (Pertubuhan Polis Antarabangsa) dan Aseanapol (Pertubuhan Polis ASEAN) bagi jejaki penjenayah itu,” katanya.
Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk menyatakan demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan bangunan baharu Pusat GiatMara Bagan Datuk di Jalan Besar, Hutan Melintang pada hari ini.
“Kita juga berharap agar penjenayah ini akan dapat dikesan dengan segera oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) polis dan kita akan maklumkan perkembangan mengenai kes ini dari masa ke semasa,” tegas Ahmad Zahid.
Insiden gempar itu seperti mengulangi kes pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam di Klia2, Sepang pada 13 Februari tahun lalu akibat ditekap racun saraf oleh dua wanita asing diupah ejen perisikan luar.
Awal hari ini, media melaporkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim mengesahkan mangsa yang berusia 35 tahun itu mati ditembak 10 das di laluan pejalan kaki Medan Idaman, Setapak kira-kira jam 6 pagi tadi.
Allahyarham yang juga imam di sebuah surau dekat rumahnya itu dalam perjalanan menunaikan solat fardu Subuh. Mangsa tinggal dengan isteri dan tiga anaknya di sebuah kondominium berhampiran. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA



 
Kini DAP memakai selimut PKR pula. Musang DAP berbulu ayam PKR, DAP Berlogo PKR. Juga cuba menipu pengundi?

Lagu PAS Irama Melayu asli

2 comments:

Anonymous said...

InsyaAllahg PH dapat 120 kerusi Parlimen, bakinya "tentulah PAS" yg bersama gabungan BN.

Anonymous said...

Balaci dedak roket 11:58 pm berlagak tukang tilik nasib dengan bebola kaca menulis ramalan mat jenin sedangkan dia sendiri tidak nasibnya sendiri sama ada dia menjadu jaga parking haram selepas pakatan wayang roket kalah teruk dalam PRU 14.

Ha ha ha ha ha ha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails