Friday, April 27, 2018

Kesian! Wanita Muda Melayu 'awek cun' Dieksploit DAP.




BUKAN sahaja cauvinis, tapi juga seksis dan eksploitatif. Inilah sikap sebenar DAP yang sejak beberapa tahun kebelakangan ini menggunakan gadis-gadis muda Melayu sebagai bahan kempen pemasarannya.


Kempen ini ditujukan pada orang Melayu, terutama anak muda Melayu anti-establishment yang sedang mahu melawan. Ramai daripada mereka diajak bersama DAP semasa di universiti melalui pelbagai program yang pada mulanya tidak menampakkan imej DAP.

Anak muda ini diajak bersama program DAP seperti Sekolah Demokrasi dan didoktrinkan dengan fahaman liberal yang menyokong DAP dan menentang kuat Melayu. Penggunaan gadis-gadis Melayu ini ialah eksploitasi wanita oleh DAP walaupun mereka mendakwa gadis-gadis ini bebas bertindak atas fikiran sendiri.

Sebenarnya, mereka dipergunakan dan diperdaya untuk kekal bersama DAP dengan tujuan melunakkan imej cauvinis Cina DAP. DAP mahu menunjukkan kepada orang Melayu mereka ada ahli orang Melayu, gadis Melayu, dan gadis Melayu bertudung malah ada yang berpurdah!

Ini boleh membuatkan orang terfikir, “Kalau mereka yang bertudung dan berpendidikan begini boleh sertai DAP, takkanlah DAP ini teruk sangat.” DAP yang kononnya liberal dan menghormati wanita ini sebenarnya hanya melakukan apa yang perlu mengikut kepentingan politik.


Fahaman mereka tentang hak wanita seperti yang mereka tiru dari Barat itu pun bercelaru dan diikut mana yang mereka mahu sahaja. Media mereka sendiri, Roketkini dikecam kerana menggunakan istilah “awek cun” dalam menyifatkan gadis melayu muda yang menyertai DAP.

Kalau betul mereka liberal seperti yang katanya diikut dari Barat itu, mereka tidak akan menggunakan istilah yang menjadikan wanita objek itu. Kemudian, selepas meminta maaf dan menarik balik penggunaan istilah awek cun itu, Dyana telah bergambar dalam keadaan seksi dalam sebuah majalah.

Apa lagi tujuan bergambar begitu kalau bukan untuk tujuan memasarkan diri, mengeksploit diri. Walaupun dilapik dengan kononnya untuk “good cause,” dalam budaya Melayu malah Malaysia secara umumnya, tapi hakikatnya dia membenarkan diri dieksploit. Dyana juga dieskploit untuk menunjukkan DAP sedia mencalonkan Melayu untuk kerusi Parlimen apabila meletakkannya bertanding di Teluk Intan dalam pilihan raya kecil tahun 2014.
Lawan Dyana ialah Datuk Seri Mah Siew Keong, presiden Gerakan, yang jauh lebih besar dalam kedudukan politik. DAP hantar Melayu lawan Cina? DAP hendak jadikan Melayu ahli Parlimennya? DAP sedia kalahkan seorang Cina dan beri kerusinya kepada Melayu?

Jawapannya, ini semua hanya drama. DAP tahu orang Cina tidak akan memberi undi kepada Melayu. Malah, dikhabarkan juga DAP telah “kawtim” dengan Gerakan untuk memberikan kemenangan kepada presidennya itu.

Malah kemudian dilantik sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, menambah wakil Cina dalam kabinet selepas ramai wakil MCA ditewaskan oleh DAP. Apa lagi bukti yang diperlukan untuk membuktkan yang DAP hanya mempergunakan Melayu untuk kepentingan Cinanya, dan ramai Cina dalam DAP pun mendakwa kepentingan paling besar ialah kepentingan keluarga Lim.

Kalau ada pun Melayu dalam DAP yang naik hingga ke tahap pemimpin tertinggi, kemungkinan besar Melayu itu sudah tidak mewakili Melayu dan tidak lagi berbudaya Melayu. Melayu liberal seperti Datuk Zaid Ibrahim pun boleh kecewa akhirnya hingga berang dan mengatakan DAP ialah sebuah parti Cina.

Dalam pilihan raya kali ini, salah seorang daripada hanya sebilangan kecil Melayu yang dicalonkan ialah seorang cucu komunis, yang telah mengakui kagum dan mengidolakan perjuangan komunis neneknya.

Demikian lapor Mynewshub.cc

Sekarang nak undi senang aje pilih antara 3
 Anda tak perlu fikir panjang untuk pergi mengundi 9 Mei ini. Anda hanya perl pilih 3 iaitu 

  • PENCURI DUIT RAKYAT. 
  • Satu Lagi BEKAS PEROMPAK WANG RAKYAT juga kini kononnya nak tangkap anak muridnya bekas perompak. 
  • Atau pilih aje parti yang nak bawa Islam sebagai penyelesaian masalah. Walaupun kumpulan ini daif tapi iktizam mereka cukup tinggi. 
Islam adalah pilihan terbaik kerana disana ada keredhaan Allah.. 

Iklan:
Tawaran Gunting Rambut Lelaki Harga Potongan Sekitar Cheras.. Klik di sini!

10 comments:

Anonymous said...

Malangnya neraka tidak membezakan antara awek cun dan awek tak cun untuk disiksa dalam neraka dan antara kaki selfie dada amoi dan towkay audio.

Jika mereka bersekongkol dengan parti kafir roket dan khadam-khadamnya menentang dan menghina ajaran Islam, bererti mereka menempah tempat di dalam neraka kecuali mereka bertaubat dan kembali kepada Islam dan meninggalkan kesesatan.

Anonymous said...

Pembetulan:


Malangnya neraka tidak membezakan antara awek cun dan awek tak cun dan antara kaki selfie dada amoi dan towkay audio dan antara penyokong dan barua dedak roket untuk disiksa dalam neraka.

Anonymous said...


Kata Pakar, DAP Memang Anti-Islam.

Sumber: Menara.my

Artikel yang menarik untuk membuka mata dan hati umat Islam termasuk kaum Melayu Islam.

Anonymous said...


Dr Ridhuan Tee: DAP Hina Islam, Kenapa Pakatan Diam?


Pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.

Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.

Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.

Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.

Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman.

Anonymous said...

Sumber: mynewshub.cc

Anonymous said...

Artikel yang terbaik dengan pelbagai bukti mendedahkan sikap perkauman DAP terhadap agama Islam dan bumiputera termasuk kaum Melayu Islam:

Berjayakah Malaysian Malaysia DAP Hapus Bumiputera?

Penulis: Dr Kamarul Zaman Yusoff

Tarikh: 24 April 2018

Sumber : Harakahdaily

Anonymous said...

Dari KL pergi Mentakab,

Pergi ke rumah cik Salmi,

Kita kenyang dijamu nangka,

Awek cun jahil murakkab,

Jadi beban kepada suami.

Mengheret suami ke dalam neraka.

Anonymous said...

Sikap parti kafir harbi roket menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam telah menyebabkan umat Islam menolak parti roket dan khdam-khadamnya.

Sekarang pemimpin-pemimpin roket sedang panik dan histeria ketakutan sehinggakan mereka sanggup menggunakan logo mata illuminati untuk mengelirukan dan menipu umat Islam.

Anonymous said...

PRU 2018: Detik Melayu Paling Terpinggir Dalam DAP - Dr Kamarul

Sumber: TranungKite Online (TKO).

Jika kaum Melayu Islam masih belum sedar lagi, bersiap sedialah untuk menjadi rakyat kelas 3 dalam negara sendiri.

Anonymous said...

Dijangkakan 50% calon2 PH bakal hilang deposit,
Doa saya mudah2an yg melayu tu kalah semua,
Amin amin amin ya Allah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails