Wednesday, April 25, 2018

DAP Rasis, Buka Mata, Lihat Cara DAP Tadbir.. Kuku Besi. – Dr Kamarul Zaman


DAP Parti Rasis, Tidak Dapat Terima Ahli Berfikiran Terbuka – Dr Kamarul Zaman Yusoff 

April 25, 2018 SHARE Facebook Twitter Sintok, Kedah: Pengarah Institut Kajian Analisis Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff menyifatkan tindakan dan cercaan yang dibuat terhadap pemimpin veteran DAP, Dr Tan Seng Giaw malah tokoh lain juga seperti Dr Boo Cheng Hau di Johor menunjukkan DAP tidak dapat menerima mereka yang berfikiran bebas dalam parti itu. 

Beliau berkata demikian ketika diminta pandangan terhadap kenyataan bahawa bekas ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw yang juga merupakan ahli senior DAP itu telah dicerca sebagai anjing hanya kerana mempertahankan prinsip yang berlainan dengan kepimpinan DAP. 

Ditanya mengenai bukti yang menunjukkan DAP parti diktator dan tidak demokratik kerana tidak boleh menerima kelainan pendapat seperti yang pernah berlaku kepada kepimpinan DAP Johor dahulu, Dr Kamarul Zaman berkata, mereka yang berani bersuara dalam nada yang tidak selari dengan pemimpin tertinggi DAP akan disingkirkan dari pucuk pimpinan termasuk tidak menjadi calon pilihan raya. 

Menurutnya, ini membuktikan dalam DAP tiada demokrasi walaupun nama parti tersebut adalah parti demokratik. 

“Saya fikir sudah tentu pemimpin berintegriti dan berkhidmat lama dalam parti mempunyai pengaruh akar umbi yang kuat menyebabkan pengaruh DAP di kalangan bukan Melayu juga akan terjejas.” 
“Apa lagi bila mereka adalah bekas Timbalan Pengerusi DAP dan bekas Pengerusi DAP Johor,” ujarnya. 

Berhubung dengan kenyataan Datuk Zaid Ibrahim bahawa DAP sememangnya parti Cina, Dr Kamarul Zaman menjelaskan komen daripada Datuk Zaid Ibrahim itu juga membuktikan pemimpin DAP tidak boleh menerima orang Melayu yang berfikiran bebas di dalam pucuk pimpinannya selain tidak mempunyai adab sopan dengan ahli sendiri. 

Beliau berkata, jika Datuk Zaid selaku pemimpin liberal yang selari pemikirannya dengan perjuangan DAP dan seorang bekas menteri pun boleh dilayan begitu maka apatah lagi pemimpin Melayu biasa yang lain. 

“Ada bagusnya ini berlaku kerana ia membolehkan orang luar tahu hakikat sebenar dalam DAP,” katanya. 

Ketika ditanya persoalan berhubung Lim Guan Eng yang awal-awal lagi sudah umumkan calon Menteri walaupun PRU14 belum bermula dan adakah ini boleh dibaca sebagai DAP ‘taiko’ dalam Pakatan Harapan beliau berkata, mesejnya jelas, iaitu hanya “Yes Men” yang diperlukan oleh DAP. 

“Melayu hanya dijadikan alat untuk menyembunyikan sisi hodoh DAP selaku sebuah parti rasis,” katanya. 

Terdahulu menerusi Utusan Online, Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, cercaan terhadap bekas Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw sehingga digelar anjing suruhan hanya kerana bercakap benar memperlihatkan bagaimana layanan parti itu terhadap mereka yang tidak sealiran dengan kepimpinan. 

Menurut Prof Datuk Dr Teo Kok Seong lagi, “Apa yang berlaku ini seharusnya membuka mata ramai mengenai cara DAP yang ditadbir menerusi pemerintahan ala kuku besi.” 


559686_505894539456840_1348145350_n
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

2 comments:

Anonymous said...

Parti kafir harbi DA-Pig dan khadam-khadamnya iaitu parti PANdir , parti kak jah liberal dan parti mahafiraun telah:

(1) menyokong, mempromosi dan membela kemungkaran dan kesesatan seperti pesta arak terbuka, atheis, LGBT, murtad, ajaran sesat seperti syiah, qadiani, sekularisme,liberalisme, pluralisme, kafur harbisme dll

(2) menentang, memfitnah dan menghina ajaran Islam seperti Hudud , pakaian menutup aurat, fatwa seperti fatwa mengharamkan sambutan hari valentine, khutbah, undang-undang syariah dll

(3) menentang, memfitnah dan menghina ulama Islam, mufti, parti Islam dan institusi Islam seperti jabatan agama Islam, mahkamah syariah dll.

(4) Menafikan hak umat Islam sebagai rakyat majoriti untuk mangamalkan ajaran Islam.

Maka sesiapa sahaja yang menyokong atau mengundi pakatan wayang pimpinan parti kafir harbi DA-Pig , maka orang tersebut juga tergolong kepada puak DA-Pig. Bukti:

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” (diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat; AbdulLah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik. Antara ahli hadis yang mengumpul hadis ini; Abu Daud, Ahmad bin Hanbal, Ibn Abi Syaibah, al-Bazzar dan lain-lain. Hadis dinilai oleh Ibn Taimiyyah (w. 728H) sebagai sahih, al-Iraqi (w. 806H) juga menilai sebagai sahih, Ibn Hajar al-‘Asqalani (w. 852H) menyatakan ia ‘hasan’ dan demikian juga al-Albani.)

Bahkan kita telah melihat bagaimana pakatan wayang DA-Pig telah mencipta dan menjaja pelbagai fitnah seperti UG , dedak umno dan rasuah RM90 juta untuk memfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam PAS kerana pakatan wayang pimpinan DA-Pig sedang panik dan histeria kerana mereka tahu PAS boleh memenangi PRU14.

Maka kita tidak merasa hairan melihat pakatan wayang ternakan DA-Pig menentang RUU anti-berita palsu.

Wahai umat Islam marilah kita bersatu padu mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama dalam PRU 14 untk membela agama Islam dan hak umat Islam yang sedang diancam oleh parti munafik dan kafir harbi.

Anonymous said...

(5) DA-Pig juga adalah parti perkauman ultra kiasu yang cuba menghapuskan hak keistimewaan kaum Melayu Islam yang merupakan penduduk asal negara ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails