Thursday, March 01, 2018

Malu, Kapal Layar Jho Low Dirampas Indo.. -Tuan Ibrahim.

Hasil carian imej untuk tuan ibrahim

PETALING JAYA: PAS berkata kerajaan Malaysia patut berasa malu dengan tindakan Indonesia merampas kapal layar mewah milik peniaga Low Taek Jho atau Jho Low, antara yang disenaraikan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) sebagai aset yang dibeli menggunakan wang 1MDB.

“Kerajaan patut malu dengan tindakan pelbagai negara yang bertindak ke atas dana diselewengkan itu,” kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Menurutnya, tindakan kerajaan Indonesia menyita kapal layar bernama “Equanamity” bernilai RM1 bilion itu wajar dipuji kerana selaras dengan peraturan antarabangsa.
“Tanpa tindakan undang-undang, maruah negara dan pemimpin akan terus tercemar.”

Indonesia semalam menyita kapal layar itu di Bali, dalam siasatan rasuah berbilion dolar dikaitkan dengan dana 1MDB, kata polis. Media Indonesia menyiarkan gambar pegawai Indonesia dengan kru di atas kapal layar mewah itu yang berlabuh di Teluk Benoa.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata tindakan kerajaan Switzerland mengambil alih wang berkait hasil rampasan 1MDB sebagai untung “atas angin”. Menteri Kewangan Switzerland, Ueli Maurer dilaporkan berkata dana itu disalurkan kepada Perbendaharaan Persekutuan negara itu kerana tiada pihak menuntutnya.

Tuan Ibrahim berkata Malaysia rugi kerana melepaskan peluang bertindak menyelamatkan wang tersebut. DoJ sebelum ini dalam permohonan sivil di mahkamah AS mahu merampas aset lebih AS$1.7 bilion, yang didakwa dibeli dengan dana dicuri daripada 1MDB.

DoJ kini menangguhkan permohonan itu selepas melancarkan siasatan jenayah ke atas 1MDB. Jho Low dinamakan sebagai orang penting dalam tindakan AS itu, dan didakwa menggunakan wang diseleweng daripada 1MDB untuk membeli kapal layar sepanjang 91m yang didaftarkan di Kepulauan Cayman.

Menurut laman web sewaan mewah, yachtcharterfleet.com, bahagian dalaman kapal itu dihiasi marmar dan daun emas, serta dilengkapi sebuah spa dan sauna, kolam renang sepanjang 20m di atas dek, teater filem, lif dan helipad.


UNDILAH PAS dalam PRU14

PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?


Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

12 comments:

Anonymous said...

Undilah PAS kerana BN dan PH semua ada skandal. Yg paling celaka PH. Orang lain skandal dana dia bising tetapi Penamg skandal dia diam

Anonymous said...

42. Menubuhkan “Pasukan Polis” sendiri yang disahkan sebagai Pasukan Haram.
43. Politik ugutan, sehingga mahu membubarkan DUN untuk pilihanraya negeri.
44. Berperang dengan pegawai kerajaan persekutuan (SDO)
45. Sentiasa menyalahkan pihak lain dan BN jika kerajaan negeri hadapi masalah.
46. Masalah kesesakkan lalu lintas tidak dapat diselesaikan.
47. Ugut rakyat kononnya jika DAP kalah, rakyat akan kembali mundur di bawah BN.
48. Berbohong mengenai isu miskin tegar dihapuskan selepas 1 tahun DAP memerintah P.P
49. Peningkatan perbelanjaan kerajaan negeri hampir 500% dari tahun 2008 (RM283j-RM1.3b)
50. PDC alami penyusutan keuntungan dari RM75juta setahun kepada RM6 juta pada 2015.
51. Peruntukan bajet 2017 kepada pejabat Ketua Menteri meningkat 600% dari tahun 2016.
52. Gagal memelihara alam sekitar dan ekologi laut.
53. Hujan dijadikan alasan kenapa Pulau Pinang banjir terburuk.
54. 51 projek yang dicadangkan oleh kerajaan negeri telah gagal dilaksanakan.
55. Gagal newartakan kawasan perlindungan hutan.
56. RM220juta peruntukan dalam Bajet 2017 tangani banjir lesap tanpa berita.
57. Menolak 13 usul DUN yang dibawa oleh ADUN PKR dan DAP sendiri.
58. Menggunakan institusi dan wang kerajaan untuk meliberalkan Islam (Penang Institut)
59. Menyokong golongan-golongan songsang gender (LGBT).
60. Meletakkan kos yang tinggi dan tidak munasabah untuk projek yang dicadangkan kerajaan.
61. Memelihara kilang-kilang haram di Pulau Pinang.
62. Menyita rumah yang tidak membayar sewa.
63. Tidak menghapuskan pinjaman pendidikan negeri dan ditukar ke biasiswa.
64. Pasukan bolasepak tercorot untuk 9 tahun berturut turut.
65. Mengabaikan pembangunan kawasan luar bandar dan kawasan dimenangi BN.
66. 7 tahun bajet negeri alami defisit secara keseluruhan RM598.04juta.

Walau apa sekali pun, jika rakyat bangkit untuk perubahan, tiada kuasa boleh menahannya. Negara kita perlu dilanda Tsunami politik untuk memecahkan benteng-benteng yang dibina oleh pihak pembangkang untuk memusnahkan apa yang telah terbina dan menyusahkan rakyat nanti.. Jika rakyat bersatu hati, tanpa mengira agama dan bangsa, segala benteng yang menghalang akan termusnah dan kita akan hidup dalam sebuah kerajaan Barisan Nasional yang kuat dan terus menabur khidmat kepada rakyat.

Kuasa rakyat adalah kuasa keramat. Kuasa keramat itu perlu digunakan untuk menyelamatkan negara kita daripada kumpulan kleptokrat yang akan memusnahkannya. Kita tidak mahu negara kita digadai di depan mata.Kita tidak mahu lahi tanah digadaikan kepada Temasek sehingga berbaki bawah 6% sebagaimana di Pulau Pinang.

Marilah kita, rakyat Malaysia, bersama-sama memerangi kleptokrasi dan menyelamatkan Malaysia. Tahun ini kita berpeluang membuat perubahan demi masa hadapan generasi akan datang. Gunakan peluang ini sebaik yang mungkin. Peluang ini adalah peluang terakhir. Jika terlepas, tidak boleh diperbaiki lagi. Kita terpaksa tunduk kepada kuasa zalim untuk selama-lamanya.

Hapuskan sebuah pakatan kleptokrasi yang tidak memikirkan hal berkaitan rakyat , difikiran mereka hanya ada wang dan kekayaan dan bagaimana untuk merompaknya di negara ini. Itukah Kerajaan Pakatan Pembangkang yang diketuai oleh Kit Siang, Mahathir dan Guan Eng serta MB Selangor Azmin.

Anonymous said...

Mengapa jangan undi PH. Sebab DAP bukan sahaja terbabit dalam 66 skandal tetapi DAP juga anti Islam.

PKR, PAN dan Bersatu hanyalah Khadam DAP

http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/691126-10-bukti-dap-anti-islam-menurut-ridhuan-tee.html

10 Bukti DAP Anti-Islam Menurut Ridhuan Tee

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah parti anti-Islam.

Yang pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak.



Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang, Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, 



Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. 



Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. 

Ketujuh,

DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM.


Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu.

Ke-10 DAP menentang ustaz dan ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak,



“Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.



“Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman,” katanya dalam satu kenyataan.

Anonymous said...

DAP = Pusat PH
DAP = Anti Islam
PKR PAN Bersatu = Macai DAP
Undi PH = Undi Anti Islam

Anonymous said...

BN = 1MDB
DAP = Penang Tunnel, Banglo terlajak diskaun serta 66 skandal Penang
PKR = skandal tanah Ijok dgn Kajang Move
CHE Det = BNM FX dan banyak lagi
PAN = Yg ni khadam Pan-Cho-Chai. Menghalalkan apa2 kezaliman yg kawan2 dia buat dan hobi menabur fitnah

Anonymous said...

Mengapa Tuan Man mahu bising ,wang yg tidak dituntut di switzerland, sedangkan beliau puas hati dengan penjelasan arul tentang 1MDB. Maka 1MDB pun tak mengaku Wang nya dicuri. Apa punya haprak pendirian politik pemimpin PAS ini. Dunia...dunia..penyudahnya ...dah macam gaya politik budak belum mumaiyiz.

Anonymous said...

Mai sini apa punya haprak PAN CHO CHAi. Penang Tunne senyap, BNM FX senyap, banglo terlajak diskaun senyap.

Itulah tengok PAS, macho. Semua kekejamam dia lawan. Bukan macam khadam, kena buli kerusi ciput pun Din Pudu hanya tangkap nangis

Anonymous said...

Inilah dinamakan politik orputunis. Politik lalang dan parasit. Politik piring hitam. Depan belakang ,kiri kanan, atas bawah semua mahu sapu. Asalkan duuuiiiiittt. Ada duit,ada burit..Serban boleh buat lapik kalau terdesak.

Anonymous said...

Mai sini apa punya haprak PAN CHO CHAi. Penang Tunne senyap, BNM FX senyap, banglo terlajak diskaun senyap.

Itulah tengok PAS, macho. Semua kekejamam dia lawan. Bukan macam khadam, kena buli kerusi ciput pun Din Pudu hanya tangkap nangis

Anonymous said...

Anon 4:54 pengikut Hero sorang ni itu otak dia fius.

Hero ni mimpi 15 kali. Berkuasa 10 ala Ben 10, Jual sumbu ajaib jimat minyak dan la ni hilang pingat.

Anonymous said...

kAMI PUAS HATI PENJELASAN ARUL???? hahaha

Anonymous said...


Rundingan Meja Panjang yang turut di sertai oleh Khalid Ibrahim calun MB PAS yang memakan masa hanya 2 jam telah di beri penjelasan oleh Arul dan PAS berpuas hati dengan kedudukan kewangan 1MDB dan yakin hutang-hutang dapat di selesaikan.

Di akhirat nanti meja panjang, kerusi, kopiah, serban dan pen akan jadi saksi.

Semasa 2 jam PAS bersama Arul, ketika itu Jho Taik berada di samudera biru dengan angin laut yang kelajuan nya 5 knot dari Laut Selat Melaka.

PAS tak malu ke tak tanya Arul, apa hubungan 1MDB dengan Jho Taik dan harta tersebut?

Kenapa PAS tak tanya di mana Jho Taik ? Selama ini Jho Taik guna kapal tersebut untuk berada di laut antarabangsa... Desak kerajaan tangkap .. setakat bagitahu malu...

UMNO dah tak ada malu nya .. PAS yang patut ada malu sebab nak kahwin dengan penyamun.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails