Sunday, February 25, 2018

PPBM Kecamuk, Tun M &Mukhriz Tanding Tiket DAP? -Tunku Aziz




AIDCNews -23/02/18 – Disebabkan PPBM yang semakin berkecamuk dan Pilihan Raya Umum semakin dekat, tidak mustahil Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan bertanding atas tiket DAP, kata bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.
Beliau berkata Pengerusi PPBM, Dr Mahathir dan anaknya yang juga Naib Pengerusi PPBM, Mukhriz memerlukan sebuah parti yang kuat untuk menang pada PRU 14 dan parti itu adalah DAP.
“Partinya itu (PPBM) menghadapi banyak masalah. Pilihan raya semakin dekat..kalau parti itu tidak bersedia terpaksalah dia kena cari jalan lain.
“Jalan lain itu ialah kena masuk parti macam DAP kerana parti DAP ini bolehlah jamin dapat undi Cina,”kata Tunku Aziz dalam kenyataan media hari ini.

Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa Dr Mahathir dan anaknya itu bakal bertanding atas tiket DAP pada PRU 14 kerana PPBM gagal mendapat sambutan dalam kalangan orang Melayu, khususnya di kawasan hendak ditandingi.
Mohd Puad mendakwa hasrat Pengerusi dan Timbalan Presiden PPBM itu sedang mewujudkan satu usaha dalaman untuk mensabotaj pendaftaran parti berkenaan dengan menyalahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
Beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) mendakwa kegagalan mendapat kelulusan pendaftaran PPBM dijadikan alasan untuk Dr Mahathir dan Mukhriz untuk bertanding menggunakan logo DAP.
“Hingga hari ini, parti bunga masih gagal mendapatkan kelulusan hitam putih ROS sama ada mesyuarat agung parti itu, baru-baru ini, sah ataupun tidak.
“Banyak pihak dalam parti bunga itu menyalahkan Dr Mahathir sebagai punca utama parti berkenaan gagal mematuhi perlembagaannya sendiri dalam melaksanakan mesyuarat agung,” katanya.
Mohd Puad mendakwa, Dr Mahathir menggunakan pendekatan ‘matlamat menghalalkan cara’ untuk memastikan mereka dua beranak menang pada PRU-14 walaupun bertanding di kerusi majoriti Cina.
Sehubungan itu, beliau meminta Dr Mahathir memberi penjelasan segera mengenai isu berkenaan sama ada ia satu strategi politik yang sengaja disembunyikan daripada pengetahuan ramai.
UNDILAH PAS dalam PRU14

PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails