Wednesday, February 28, 2018

Rasuah RM19J Untuk Tutup Kes Terowong PP. SPRM Syabas!



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan disyaki menerima rasuah RM19 juta kononnya bagi mempengaruhi penutupan kes siasatan projek mega terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.


Suspek yang berumur 37 tahun itu dipercayai menerima wang berkenaan daripada sebuah syarikat selepas beliau dikatakan mampu “menyelesaikan” siasatan yang dijalankan oleh SPRM.

Menurut sumber, pihak syarikat itu membayar wang berjumlah RM19 juta itu secara berperingkat sekitar Julai dan Ogos tahun lepas.

“SPRM menjalankan siasatan terhadap kajian projek mega di Pulau Pinang itu dan suspek berkemungkinan meyakinkan sebuah syarikat bahawa dia mampu menutup dan menyelesaikan siasatan yang dijalankan oleh SPRM.

“Pembayaran sebanyak RM19 juta sudah dilakukan dengan pembayaran pertama sebanyak RM2 juta adalah pada bulan Julai tahun lalu di rumah suspek,” kata sumber itu kepada Bernama hari ini.

Menurut sumber, bayaran ke-2 iaitu sebanyak RM15 juta pula dilakukan pada bulan sama dan pembayaran ke-3 dan terakhir pada Ogos tahun lepas.

“Suspek ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, pada 3.48 petang tadi selepas dipanggil memberi keterangan berhubung kes berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata pasukan penyiasat masih dalam proses mengumpul bukti bagi membantu siasatan.

“Suspek akan dihadapkan ke mahkamah Putrajaya untuk permohonan reman esok bagi membantu siasatan kes ini,” katanya.

Projek mega terowong itu mencetuskan pelbagai kontroversi, termasuk kos kajian kebolehlaksanaan terlalu tinggi, selain kaedah pembayaran menggunakan tanah kerajaan negeri serta pelaksanaan dibantah penduduk yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Syabas SPRM, teruskan membela pencerobohan harta rakyat.. Rakyat pula perlu sedar supaya jangan mengundi dan berkerjasama parti penceroboh harta rakyat itu, dalam PRU14 akan datang.

UNDILAH PAS dalam PRU14

PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?


Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

13 comments:

Anonymous said...

42. Menubuhkan “Pasukan Polis” sendiri yang disahkan sebagai Pasukan Haram.
43. Politik ugutan, sehingga mahu membubarkan DUN untuk pilihanraya negeri.
44. Berperang dengan pegawai kerajaan persekutuan (SDO)
45. Sentiasa menyalahkan pihak lain dan BN jika kerajaan negeri hadapi masalah.
46. Masalah kesesakkan lalu lintas tidak dapat diselesaikan.
47. Ugut rakyat kononnya jika DAP kalah, rakyat akan kembali mundur di bawah BN.
48. Berbohong mengenai isu miskin tegar dihapuskan selepas 1 tahun DAP memerintah P.P
49. Peningkatan perbelanjaan kerajaan negeri hampir 500% dari tahun 2008 (RM283j-RM1.3b)
50. PDC alami penyusutan keuntungan dari RM75juta setahun kepada RM6 juta pada 2015.
51. Peruntukan bajet 2017 kepada pejabat Ketua Menteri meningkat 600% dari tahun 2016.
52. Gagal memelihara alam sekitar dan ekologi laut.
53. Hujan dijadikan alasan kenapa Pulau Pinang banjir terburuk.
54. 51 projek yang dicadangkan oleh kerajaan negeri telah gagal dilaksanakan.
55. Gagal newartakan kawasan perlindungan hutan.
56. RM220juta peruntukan dalam Bajet 2017 tangani banjir lesap tanpa berita.
57. Menolak 13 usul DUN yang dibawa oleh ADUN PKR dan DAP sendiri.
58. Menggunakan institusi dan wang kerajaan untuk meliberalkan Islam (Penang Institut)
59. Menyokong golongan-golongan songsang gender (LGBT).
60. Meletakkan kos yang tinggi dan tidak munasabah untuk projek yang dicadangkan kerajaan.
61. Memelihara kilang-kilang haram di Pulau Pinang.
62. Menyita rumah yang tidak membayar sewa.
63. Tidak menghapuskan pinjaman pendidikan negeri dan ditukar ke biasiswa.
64. Pasukan bolasepak tercorot untuk 9 tahun berturut turut.
65. Mengabaikan pembangunan kawasan luar bandar dan kawasan dimenangi BN.
66. 7 tahun bajet negeri alami defisit secara keseluruhan RM598.04juta.

Walau apa sekali pun, jika rakyat bangkit untuk perubahan, tiada kuasa boleh menahannya. Negara kita perlu dilanda Tsunami politik untuk memecahkan benteng-benteng yang dibina oleh pihak pembangkang untuk memusnahkan apa yang telah terbina dan menyusahkan rakyat nanti.. Jika rakyat bersatu hati, tanpa mengira agama dan bangsa, segala benteng yang menghalang akan termusnah dan kita akan hidup dalam sebuah kerajaan Barisan Nasional yang kuat dan terus menabur khidmat kepada rakyat.

Kuasa rakyat adalah kuasa keramat. Kuasa keramat itu perlu digunakan untuk menyelamatkan negara kita daripada kumpulan kleptokrat yang akan memusnahkannya. Kita tidak mahu negara kita digadai di depan mata.Kita tidak mahu lahi tanah digadaikan kepada Temasek sehingga berbaki bawah 6% sebagaimana di Pulau Pinang.

Marilah kita, rakyat Malaysia, bersama-sama memerangi kleptokrasi dan menyelamatkan Malaysia. Tahun ini kita berpeluang membuat perubahan demi masa hadapan generasi akan datang. Gunakan peluang ini sebaik yang mungkin. Peluang ini adalah peluang terakhir. Jika terlepas, tidak boleh diperbaiki lagi. Kita terpaksa tunduk kepada kuasa zalim untuk selama-lamanya.

Hapuskan sebuah pakatan kleptokrasi yang tidak memikirkan hal berkaitan rakyat , difikiran mereka hanya ada wang dan kekayaan dan bagaimana untuk merompaknya di negara ini. Itukah Kerajaan Pakatan Pembangkang yang diketuai oleh Kit Siang, Mahathir dan Guan Eng serta MB Selangor Azmin.

Anonymous said...

Transparensi bawah PH. Transparensi kepala lutut PH

https://www.google.com/amp/s/aidcnews.wordpress.com/2018/02/19/azmin-bakal-tersungkur-disebabkan-isu-tanah-ijok/amp/

Azmin Bakal Tersungkur Disebabkan Isu Tanah Ijok

Untuk mereka yang belum baca mengenai isu ini, saya terangkan dengan ringkas.

1. 981 peneroka di Ijok telah memberikan tanah mereka kepada 2 syarikat swasta, tetapi mereka tidak mendapat pampasan yang dijanjikan.

2. TSKI merampas tanah tersebut selepas PRU12 kerana 2 syarikat terbabit gagal menunaikan pampasan dan juga tidak membayar cukai premium tanah. Beliau kemudian menyatakan akan memberikan pampasan yang lebih tinggi kepada peneroka kerana nilai tanah semakin meningkat.

3. Syarikat swasta tersebut kemudian talah mengheret kerajaan negeri Selangor ke mahkamah untuk mendapatkan kembali tanah tetapi keputusan memihak kepada Kerajaan Negeri Selangor di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

4. TSKI digulingkan melalui Kajang Move Rafizi. Azmin Ali menjadi Menteri Besar.

5. Syarikat membuat rayuan terakhir kepada Mahkamah Persekutuan.

6. Sebelum perbicaraan bermula, Azmin bersetuju membuat penyelesaian luar mahkamah dan menyerahkan kembali tanah tersebut kepada 2 syarikat swasta terbabit.

7. Syarikat swasta terbabit telah menjual tanah yang mereka dapat kembali itu kepada syarikat awam pada harga pasaran RM1.18 billion! RM421 juta mereka bayar pampasan kepada peneroka.

8. Yang menjadi isu adalah untung atas angin yang diperoleh oleh syarikat terbabit iaitu RM757 juta. Kenapa mereka menjual tanah pada harga pasaran kepada syarikat awam terbabit, tetapi peneroka diberi pampasan pada harga 18 tahun dulu?

9. Inilah yang dipersoalkan oleh TSKI, adakah terdapat penyelesaian tepi? Di mana wang RM757 juta itu pergi?

10. Azmin dan kuncu2nya sekarang gusar dengan serangan bertalu-talu mengenai isu ini. Malah setiausaha Politik Azmin, Suhaimi menjawab dengan tidak profesional, beliau menuduh “adakah TSKI mahu memenuhi KPI UMNO dengan menyerang Azmin untuk menyertai BN?” (https://www.malaysiakini.com/news/412676)

11. Ketika kajang move dulu, PKR telah mengeluarkan laporan setebal 91 ms di mana diantaranya mereka menuduh TSKI bersekongkol dengan UMNO. TSKI telah mengheret mereka ke mahkamah yang berakhir dengan permohonan maaf oleh setiausaha agung PKR ketika itu, Saifudin Nasution. Nampaknya fitnah memang menjadi darah daging mereka dengan menuduh sekali lagi TSKI bekerjasama dengan BN dalam menyerang Azmin dalam isu tanah Ijok ini.

Isu ini sepatutnya dijawab terus oleh Azmin Ali . Kenapa beliau hanya menyuruh macainya yang jawab? Sudah goyangkah?

Anonymous said...

Jangankan PAN-CHO-CHAI, pemimpin PH pun jam mulut dengan hujah2 aku copy n paste ni.

PAN-CHO-CHAI balik2 emotional bagai bapok terlebih gay

Anonymous said...

PAS dah jadi hamPAS....ini realiti !

Hj Aduka said...

Wan Saiful Wan Jan (ahli PAS seumur hidup) masuk BERSATU pulak...aduh ramai ahli PAS dah cabut ni...kami ada DEDAK berperisa Durian Musang King pun mereka cabut, aduh!

Anonymous said...

2:26 Betolll PAS dah jadi hamPAS....

Anonymous said...

Jawatan KOSONG SAMBILAN - Nama Jawatan : Pencacai PAS. Kelayakan-Boleh menggunakan komouter untuk buka laman blog dan komen. Gaji - Satu komen dapat sekampit dedak. Tarikh tutp permohonan_ Nanti diumumkan TGHH

Anonymous said...


Yang kena siasat orang DAP atau yang ada hubungan dengan KM Pulau Pinang.. Yang nak di dakwa entah mana datang nya.

Pembayaran di buat 3 kali

pembayaran pertama sebanyak RM2 juta adalah pada bulan Julai tahun lalu di rumah suspek,” kata sumber itu kepada Bernama hari ini.

Menurut sumber, bayaran ke-2 iaitu sebanyak RM15 juta pula dilakukan pada bulan sama dan pembayaran ke-3 dan terakhir pada Ogos tahun lepas.

Sesiapa yang berakal tidak di cemari dengan dedak tentu berfikir kenapa buat bayaran kedua tanpa memastikan perjanjian dengan Pegawai Penyiasat sedang dijalankan?

Duit tersebut untuk tutup siasatan SPRM, siapa kah Pegawai SPRM yang ingin di rasuah ? Jika tahun lalu duit di beri pada ahli perniagaan itu sedangkan siasatan masih di jalankan bermakna tidak berlaku lah rasuah ..

Samada yang memberi wang kena tipu atau ahli perniagaan itu ialah kambing hitam .. macam sialfool.

Anonymous said...


Yang kena siasat orang DAP atau yang ada hubungan dengan KM Pulau Pinang.. Yang nak di dakwa entah mana datang nya.

Pembayaran di buat 3 kali

pembayaran pertama sebanyak RM2 juta adalah pada bulan Julai tahun lalu di rumah suspek,” kata sumber itu kepada Bernama hari ini.

Menurut sumber, bayaran ke-2 iaitu sebanyak RM15 juta pula dilakukan pada bulan sama dan pembayaran ke-3 dan terakhir pada Ogos tahun lepas.

Sesiapa yang berakal tidak di cemari dengan dedak tentu berfikir kenapa buat bayaran kedua tanpa memastikan perjanjian dengan Pegawai Penyiasat sedang dijalankan?

Duit tersebut untuk tutup siasatan SPRM, siapa kah Pegawai SPRM yang ingin di rasuah ? Jika tahun lalu duit di beri pada ahli perniagaan itu sedangkan siasatan masih di jalankan bermakna tidak berlaku lah rasuah ..

Samada yang memberi wang kena tipu atau ahli perniagaan itu ialah kambing hitam .. macam sialfool.

Anonymous said...


SPRM sepatut siasat juga bukti audio yang Husam dedahkan..

Panggil Husam ..

Apa lah minta jangan undi parti itu ... terowong bukannya kes national..
Itu kes Pulau Pinang ..Kerajaan Pusat tak terlibat menanggung kos pembinaan..

Kalau kalah pun di Pulau Pinang..

Kes terima dedak .. Kes national dan diberi pada pemimpin Tok Lebai.. buat jembatan.. tak. Buat surau.. tak. Buat taja Umrah pun tak ...

Islam tercemar dengan pengakuan tersebut..

Anonymous said...


TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SPRM KERANA BERTINDAK TEGAS MENCEGAH DAN MENGHAPUSKAN RASUAH WALAUPUN PUAK PEMBANGKANG SELALU MEMFITNAH SPRM.

Kita sentiasa menyokong dan membela SPRM !

TABIK HORMAT UNTUK SPRM !

Anonymous said...


Nampaknya barua-barua sondol dedak roket bersungguh-sungguh membela rejim roket dan kroni roket yang sedang disiasat oleh pihak berkuasa kerana dakwaan rasuah ! Bahkan mereka sanggup mencipta cerita dongeng untuk memfitnah parti Islam semata-mata untuk mengalih perhatian orang ramai dari kes rasuah rejim roket kepada audio yang dicipta dalam studio sumbu kuasa 10.

Ini membuktikan barua-barua sondol dedak roket adalah makhluk yang tidak bermoral.

Anonymous said...

Bila siasat2 betul2....semuanya ada kaitan dengan pemimpin BN, rasuah dari pemimpin BN rupa2nya.....tak lagi media dan SPRM akan senyaplah tu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails