Saturday, March 03, 2018

Pakatan DAP Mahu Pinda Undang-undang Murtad. Bagaimana Atasi?



AIDCNews -02/03/18 –Kerajaan Negeri Sarawak harus meminda undang-undang negeri untuk memastikan terdapat garis panduan yang jelas bagi mereka yang ingin meninggalkan Islam, kata Pakatan Harapan (PH) hari ini.
Dalam sidang media bersama PH yang diketuai Chong Chieng Jen (Pengerusi DAP Sarawak), Baru Bian (Pengerusi PKR Sarawak) dan Mohammad Fidzuan Zaidi (Pengerusi Aamanah Sarawak), mereka menuntut agar prosedur operasi standard (SOP) digubal bagi membolehkan muslim yang telah murtad mendapatkan Surat Pelepasan yang akan membolehkan mereka diiktiraf secara rasmi sebagai tidak lagi beragama Islam.
“Prosedur Operasi Standard sangat diperlukan supaya mereka yang ingin menukar agama (murtad) jelas mengenai apa yang perlu dilakukan,” kata PH dalam satu kenyataan bersama yang dibacakan oleh pengerusi Amanah Sarawak, Fidzuan Zaidi dalam sidang mediatersebut.
Jurucakap Pakatan DAP itu berkata pihak berkuasa perlu membenarkan peguam bukan Islam hadir di Mahkamah Syariah selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bahawa Mahkamah Syariah Sarawak mempunyai kuasa untuk mendengar kes-kes murtad.
Dalam sidang media itu, Pakatan DAP mempertahankan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian yang menjadi peguam untuk mewakili empat orang muslim yang mahu murtad di Mahkamah Persekutuan awal minggu ini.
“Dia (Baru) hanya membantu empat orang dalam kapasitinya sebagai peguam bela untuk melaksanakan hak mereka untuk memilih agama mereka sendiri.
“Dari fakta-fakta kes, jelas bahawa dia tidak ada kaitan dengan keputusan mereka untuk meninggalkan agama Islam dan mereka yang menuduh dia mempunyai agenda Kristian membuat pembohongan untuk tujuan mereka sendiri,” katanya.
Empat orang yang dibantu Baru itu adalah Sharifah Nooraffyzza binti Wan Hosen, Nur Mudzdhalifah Abdullah alias Jenny Peter, Mohd Syafiq Abdullah alias Tiong Choo Ting dan Selina Jau Abdullah alias Selina Jau.
Kesemua mereka mahu menukar agama dari Islam kepada Kristian.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah nasib 'tahap peribadatan' umat Islam  di negaranya sendiri, apa lagi bila dibiarkan parti yang anti Islam memenangi PRU 14 akan datang. 
Bagaimana mengatasinya? Didepan kita cuma ada dua pilihan, undi parti Islam atau parti yang bukan Islam. 
UNDILAH PAS dalam PRU14

PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

8 comments:

Anonymous said...

WAH HEBAT PENGERUSI PKR SARAWAK MENYOKONG DAN MEMBELA MURTAD !

Pengerusi PKR Sarawak Bela 4 Muslim Yang Mahu Murtad
Sumber : https://aidcnews.wordpress.com/2018/02/26/pengerusi-pkr-sarawak-bela-4-muslim-yang-mahu-murtad/

Bukankah ini bererti PKR tidak berminat untuk membela agama Islam dan hak umat Islam ? Bukankah ini bererti PKR adalah khadam DAP yang telah menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam?

Saya sebagai orang Islam tidak akan menyokong atau mengundi PKR yang bersekongkol dengan DAP yang memusuhi ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam. Ini juga bererti saya menolak PH secara total!

Saya akan menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRU14 untuk membela agama Islam dan hak umat Islam dan mencegah kemungkaran dan kesesatan !

Anonymous said...

BUKTI DAP MEMUSUHI AGAMA ISLAM DAN MENAFIKAN HAK UMAT ISLAM:

DAP HINA AZAN DAN BANTAH PEMBINAAN MASJID OLEH Jimmy Wong


https://www.youtube.com/watch?v=9dXsU__PtxQ

Malangnya sebilangan munafik sekular liberal yang mendakwa diri mereka beragama Islam membela dan menyokong DAP. Sesungguhnya puak munafik ini adalah musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut dan api dalam sekam yang sedang berusaha untuk melemahkan dan menghapuskan ajaran Islam dan hak umat Islam.

KESIMPULAN

Wahai umat Islam, marilah kita semua bersatu padu menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRU14 untuk membela ajaran Islam dan hak umat Islam dan rakyat yang sedang diancam oleh musuh-musuh Islam.

Allah dan RasulNya telah mengharamkan umat Islam dari menyokong dan mengundi puak munafik sekular liberal dan puak kafir menjadi pemimpin:

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi WALI (PEMIMPIN / PELINDUNG) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu) ?" QS. 4. An-Nisaa' : 144.

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi PEMIMPINMU, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman." QS. 5. Al-Maa-idah : 57.

Anonymous said...

10 Bukti DAP Anti Islam -Dr. Ridhuan Tee

AIDCNews -05/08/17 – Pendakwah bebas, Prof. Dr. Ridhuan Tee menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah parti anti-Islam.

10 bukti itu adalah seperti berikut :

Pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.

Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.

Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.

Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

“Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.

“Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman,”katanya dalam satu kenyataan.

Sumber: https://aidcnews.wordpress.com/2017/08/05/10-bukti-dap-anti-islam-dr-ridhuan-tee/

Anonymous said...

UMAT ISLAM YANG CERDIK AKAN MENGUNDI PARTI ISLAM PAS DAN MENOLAK KHADAM-KHADAM PARTI KAFIR HARBI.

DAP kata kalau PAN menang, maka DAP menang, sah PAN khadam DAP ???


https://www.youtube.com/watch?v=N1cd8MsFGcs

Malangnya barua-barua dan pemimpin-pemimpin munafik sekular liberal sentiasa membela dan menyokong pemimpin-pemimpin kafir harbi yang telah menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

Dan barua-barua munafik inilah yang telah dan sedang mencipta pelbagai fitnah dan dakwaan karut tanpa sebarang bukti untuk menghina, menfitnah, memaki hamun, sumpah seranah dan menentang perjuangan yang dibawa oleh ulama Islam dan jemaah Islam seperti parti Islam PAS !

Firman Allah Taala;

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَا هُم بِمُؤْمِنِينَ

“Dan di kalangan manusia ada yang berkata mereka beriman kepada Allah dan hari Akhirat, sedangkan mereka sebenarnya tidak beriman.” (Al-Baqarah:8)

Orang-orang munafik juga mempermainkan dan memperolok-olok Al-Quran, As-Sunnah, dan Nabi Muhammad s.a.w. :

Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?"

Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kafir sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah.
(At-Taubah 9:65-66)

Anonymous said...

INI BUKAN AUDIO PANIPU KUASA 10. INILAH VIDEO DAP YANG SANGAT JELAS DI MANA KITA BOLEH MELIHAT WAJAH PENCERAMAH DAP:

'SUPERMAN' DAP DEDAH STRATEGI KOTOR DAP GUNA MELAYU SCREW MELAYU


Video panas Siapa Memperkudakan Siapa? Melayu 'Skrew' Melayu! jelas menunjukkan parti kafir harbi menggunakan Melayu untuk screw kaum Melayu. Sumber:

https://www.youtube.com/watch?v=ktI9XEWKMJ8

Video tersebut membuktikan parti kafir harbi menggunakan strategi kotor 'strategi pecah dan perintah" dengan memperalatkan Melayu untuk screw kaum Melayu untuk memecah-belahkan dan melemahkan kaum Melayu !

Siapakah pengkhianat-pengkhianat Melayu yang diperalatkan oleh parti kafir harbi untuk memecah-belahkan dan melemahkan kaum Melayu Islam?

Kita boleh bayangkan apa akan berlaku jika parti kafir harbi ini dan khadam-khadam sekular liberalnya memerintah negara ini.

Anonymous said...

Wah parti PANIPU pun bersekongkol dengan parti kafir harbi DA-Pig untuk memurtadkan umat Islam.

Umat Islam sepatutnya menolak parti PANIPU dalam PRU 14 kerana PANIPU adalah khadam DA-Pig.

Anonymous said...

PAKATAN MEMBANTU UMAT ISLAM YANG INGIN DAN TELAH MURTAD

Dalam sidang media bersama PH yang diketuai Chong Chieng Jen (Pengerusi DAP Sarawak), Baru Bian (Pengerusi PKR Sarawak) dan Mohammad Fidzuan Zaidi (Pengerusi Aamanah Sarawak), mereka menuntut agar prosedur operasi standard (SOP) digubal bagi membolehkan muslim yang telah murtad mendapatkan Surat Pelepasan yang akan membolehkan mereka diiktiraf secara rasmi sebagai tidak lagi beragama Islam.

“Prosedur Operasi Standard sangat diperlukan supaya mereka yang ingin menukar agama (murtad) jelas mengenai apa yang perlu dilakukan,” kata PH dalam satu kenyataan bersama yang dibacakan oleh pengerusi Amanah Sarawak, Fidzuan Zaidi dalam sidang media tersebut.

KESIMPULAN

Kita umat Islam telah melihat bagaimana pakatan munafik pimpinan parti kafir harbi telah bekerjasama untuk memudahkan umat Islam untuk murtad.

Oleh sebab itu, kita sebagai umat Islam yang cintakan Allah dan RasulNya akan mengundi parti Islam PAS dalam PRU 14 dan memulau dan menolak pakatan munafik pimpinan kafir harbi kerana mereka berusaha menyesatkan dan memurtadkab umat Islam.

Anonymous said...


Sumber petikan dalam komen March 3, 2018 at 1:29 PM ialah https://aidcnews.wordpress.com/2018/03/02/pakatan-dap-mahu-undang-undang-dipinda-bagi-kebenaran-umat-islam-murtad/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails