Sunday, February 25, 2018

Dedah Kampung Rohingya Musnah. -Satelit


Tindakan kerajaan Myanmar meratakan perkampungan Rohingya ancam kemusnahan bukti penindasan: Majlis Keselamatan PBB

YANGON, 7 Jamadilakhir 1439H, Jumaat – Berdasarkan imej satelit yang disiarkan hari ini, mendedahkan perbuatan kerajaan Myanmar meratakan puluhan kampung etnik minoriti Islam Rohingya di negeri Rakhine.
Imej baru satelit disiarkan Human Rights Watch (HRW) itu, menunjukkan perbezaan dua keadaan perkampungan Rohingya pada Disember tahun lalu dengan 13 Februari lepas, yang telah dimusnahkan dan diratakan kerajaan negara itu.
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dan agensinya mendesak kerajaan Myanmar segera menghentikan pemusnahan perkampungan Rohingya, yang disifatkan sebagai perbuatan kejam.
“Kebanyakan perkampungan itu mempunyai bukti kekejaman ke atas Rohingya dan ia harus dipelihara supaya anggota yang dilantik PBB dapat mendokumentasikan penyalahgunaan menerusi bukti-bukti berkenaan.
“Bagaimanapun, tindakan meratakan perkampungan terbabit mengancam kepada pemusnahan bukti penindasan serta penganiayaan ke atas Rohingya,” kata Pengarah Asia, Brad Adams.
Human Rights Watch meninjau siri masa pada imej satelit yang dirakam antara 11 November 2017 dan 19 Februari 2018, menunjukkan dua buah kampung di Myin Hlut.
Dua kampung berkenaan tidak dibakar dalam serangan pada akhir tahun 2017, dan masih utuh sebelum ia diratakan kerajaan Myanmar pada pertengahan bulan ini.
Malah, sehingga ke hari ini, imej satelit yang ditinjau HRW masih menunjukkan aktiviti perobohan dan meratakan kawasan sedang berjalan.- Agensi
Hasil carian imej untuk Dedah Kampung Rohingya Musnah
Imej yang berkaitan
Imej yang berkaitan
Hasil carian imej untuk Dedah Kampung Rohingya Musnah
Imej yang berkaitan
Imej yang berkaitan


 Iklan:
Hasil carian imej untuk tukang gunting rambut lelaki
Dikehendaki segera!!
Tukang gunting lelaki,

Berpegalaman mengunting rambut lelaki pelbagai usia. 
  • Pendapatan basic komisen boleh dirunding. 
  • Disiplin, jujur dan amanah amat diutamakan. 
  • Ciri-ciri tambahan, berketerampilan kemas dan mudah mesra. 
Kelebihan / Kemudahan 
  • Majikan yang prihatin 
  • komisyen dan gaji terjamin. 
  • lokasi Kedai yang bersih,selesa dan menarik dikelilingi 
  • oleh ramai penduduk. 
  • Berdekatan dengan Surau dan kedai makan. 
  • kedai berhawa dingin. 
Hubungi: 
Muaz;:
Sila hubungi.. 
018 2018342 
011 33111321

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails