Monday, February 26, 2018

Kemelut Azmin Serah Tanah Ijok Kepada Kroni BN, Kenapa?



TANJONG KARANG: Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini mempersoalkan tindakan kerajaan negeri menyerahkan tanah di mukim Ijok yang sebelum ini dirampas daripada 2 pemaju perumahan yang dilabel “kroni BN”.
Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar, berkata tindakan dan dakwaan kerajaan Selangor di bawah pimpinan Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu dilihat tidak munasabah, selain cuba memutar belit isu tersebut dengan menyalahkan BN.

“Saya tidak faham dengan tindakan kerajaan negeri ini…mengapa tanah yang dirampas kerajaan Selangor pada 2009, dipulangkan semula kepada 2 syarikat berkenaan, sedangkan mereka mendakwa syarikat itu kroni BN.
“Kalau syarikat itu kroni BN seperti didakwa, mengapa menyerahkan tanah itu semula kepada 2 syarikat berkenaan sebelum tanah tersebut dijual pula kepada pihak ketiga? Kenapa dibantu kroni BN ini?” katanya selepas menghadiri mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sungai Burong hari ini.

Menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu mengulas kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor semalam yang mendakwa 2 syarikat pemaju terbabit dalam isu tanah di kawasan itu, iaitu Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd sebagai kroni BN.

Ahli Parlimen Tanjong Karang itu berkata, isu pemulangan tanah itu turut menimbulkan pelbagai persoalan lain, termasuk nilai pampasan tanah yang dibayar kepada penduduk di kawasan berkenaan.

“Mengikut harga pasaran terkini, dianggarkan tanah tersebut bernilai RM500,000 untuk 1 ekar, tetapi apa yang saya maklum, mereka hanya menerima pampasan tunai berjumlah RM180,000 seorang dan sebuah rumah bernilai RM250,000.
“Sekiranya tanah itu boleh dijual kepada pihak ketiga mengikut harga pasaran terkini berjumlah RM1.18 bilion, mengapa pampasan yang diterima penduduk masih mengikut harga lama pada 2000,” katanya.

Azmin sebelum ini dilapor mengumumkan pembayaran pampasan kepada semua 980 peneroka berbentuk pampasan tunai RM180,000 seorang dan sebuah rumah bernilai RM250,000 melibatkan nilai keseluruhan RM421.4 juta.
Susulan itu, pelbagai pihak tampil menuntut penjelasan, termasuk Ketua Penerangan BN Selangor, Datuk Dr Mohamed Satim Diman yang mempertikaikan jumlah pampasan diberikan kerajaan negeri.

Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan turut mempersoalkan kewajaran Azmin menyerahkan tanah kepada 2 syarikat tersebut pada 2016, tanpa menunggu kes berkenaan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan.

Ini memandangkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan pada 2013 dan 2014 memihak kepada kerajaan negeri dalam kes mengambil alih semula tanah daripada 2 syarikat berkenaan.



 Iklan:
Hasil carian imej untuk tukang gunting rambut lelaki
Dikehendaki segera!!
Tukang gunting lelaki,

Berpegalaman mengunting rambut lelaki pelbagai usia. 
  • Pendapatan basic komisen boleh dirunding. 
  • Disiplin, jujur dan amanah amat diutamakan. 
  • Ciri-ciri tambahan, berketerampilan kemas dan mudah mesra. 
Kelebihan / Kemudahan 
  • Majikan yang prihatin 
  • komisyen dan gaji terjamin. 
  • lokasi Kedai yang bersih,selesa dan menarik dikelilingi 
  • oleh ramai penduduk. 
  • Berdekatan dengan Surau dan kedai makan. 
  • kedai berhawa dingin. 
Hubungi: 
Muaz;:
Sila hubungi.. 
018 2018342 
011 33111321


10 comments:

Anonymous said...

Inilah Transparensi bawah PH. Transparensi kepala lutut PH

https://www.google.com/amp/s/aidcnews.wordpress.com/2018/02/19/azmin-bakal-tersungkur-disebabkan-isu-tanah-ijok/amp/

Azmin Bakal Tersungkur Disebabkan Isu Tanah Ijok

Untuk mereka yang belum baca mengenai isu ini, saya terangkan dengan ringkas.

1. 981 peneroka di Ijok telah memberikan tanah mereka kepada 2 syarikat swasta, tetapi mereka tidak mendapat pampasan yang dijanjikan.

2. TSKI merampas tanah tersebut selepas PRU12 kerana 2 syarikat terbabit gagal menunaikan pampasan dan juga tidak membayar cukai premium tanah. Beliau kemudian menyatakan akan memberikan pampasan yang lebih tinggi kepada peneroka kerana nilai tanah semakin meningkat.

3. Syarikat swasta tersebut kemudian talah mengheret kerajaan negeri Selangor ke mahkamah untuk mendapatkan kembali tanah tetapi keputusan memihak kepada Kerajaan Negeri Selangor di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

4. TSKI digulingkan melalui Kajang Move Rafizi. Azmin Ali menjadi Menteri Besar.

5. Syarikat membuat rayuan terakhir kepada Mahkamah Persekutuan.

6. Sebelum perbicaraan bermula, Azmin bersetuju membuat penyelesaian luar mahkamah dan menyerahkan kembali tanah tersebut kepada 2 syarikat swasta terbabit.

7. Syarikat swasta terbabit telah menjual tanah yang mereka dapat kembali itu kepada syarikat awam pada harga pasaran RM1.18 billion! RM421 juta mereka bayar pampasan kepada peneroka.

8. Yang menjadi isu adalah untung atas angin yang diperoleh oleh syarikat terbabit iaitu RM757 juta. Kenapa mereka menjual tanah pada harga pasaran kepada syarikat awam terbabit, tetapi peneroka diberi pampasan pada harga 18 tahun dulu?

9. Inilah yang dipersoalkan oleh TSKI, adakah terdapat penyelesaian tepi? Di mana wang RM757 juta itu pergi?

10. Azmin dan kuncu2nya sekarang gusar dengan serangan bertalu-talu mengenai isu ini. Malah setiausaha Politik Azmin, Suhaimi menjawab dengan tidak profesional, beliau menuduh “adakah TSKI mahu memenuhi KPI UMNO dengan menyerang Azmin untuk menyertai BN?” (https://www.malaysiakini.com/news/412676)

11. Ketika kajang move dulu, PKR telah mengeluarkan laporan setebal 91 ms di mana diantaranya mereka menuduh TSKI bersekongkol dengan UMNO. TSKI telah mengheret mereka ke mahkamah yang berakhir dengan permohonan maaf oleh setiausaha agung PKR ketika itu, Saifudin Nasution. Nampaknya fitnah memang menjadi darah daging mereka dengan menuduh sekali lagi TSKI bekerjasama dengan BN dalam menyerang Azmin dalam isu tanah Ijok ini.

Isu ini sepatutnya dijawab terus oleh Azmin Ali . Kenapa beliau hanya menyuruh macainya yang jawab? Sudah goyangkah?

Anonymous said...

PAN, PKR dan Beraatu adalah khadam DAP dan DAP pula anti Islam

http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/691126-10-bukti-dap-anti-islam-menurut-ridhuan-tee.html

10 Bukti DAP Anti-Islam Menurut Ridhuan Tee

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah parti anti-Islam.

Yang pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak.



Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang, Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, 



Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. 



Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. 

Ketujuh,

DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM.


Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu.

Ke-10 DAP menentang ustaz dan ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak,



“Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.



“Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman,” katanya dalam satu kenyataan

Anonymous said...

Semakin hampir PRU14, semakin banyak skandal pakatan pimpinan sifu kafir harbi terdedah.

Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan payung cap roket !

Lobai Lalok said...

Pada Anon 1020 diatas. Semua persoalan kamu yg sekadar kopipes itu sudah pun terjawab. Bukan jadi alasan siapa yg menjawabnya. Rakyat Selangor tidak mudah diperbodohkan dengan putarbelit murahan seperti ini. Dan PAS dan UMNO usahlah bermimpi menawan Selangor ,kerana Rakyat Celik untuk menilai,yang mana BUAYA yg mana PASU BUNGA. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

http://www.mykmu.net/2018/02/skandal-tanah-ijok-azmin-tiru-apa-yang-mat-hassan-buat-dulu/

SKANDAL TANAH IJOK: AZMIN TIRU APA YANG MAT HASSAN BUAT DULU

APA yang berlaku kepada peneroka yang tanah mereka diambil pemaju swasta di Ijok sekarang sebetulnya hampir sama dengan apa yang pernah berlaku dalam hal tanah peneroka di Felda Sendayan, Negeri Sembilan lebih 10 tahun lepas.

Ceritanya hampir sama. Pemaju beli tanah, janji nak bayar sekian-sekian tapi gagal kerana kemelesetan ekonomi 1997 yang disebabkan oleh skandal Forex 1989-1992. Diakhirnya kerajaan negeri terpaksa masuk campur untuk selesaikan.

Jalan penyelesaian (pampasan) pun sama seperti di Ijok hari ini dimana peneroka terbabit diberi wang tunai dan sebuah rumah mengikut harga semasa tanah mereka yang diambil – bukti Azmin hanya tiru Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan lakukan dengan tanah Sendayan dulu.

Lagi tak boleh nak banding sebab berbeza dengan peneroka Sendayan yang ketika itu dibayar pampasan mengikut harga semasa tanah mereka, peneroka di Ijok pulak dibayar harga sama dengan perjanjian pertama dibuat tahun 2000 dulu – hampir 20 tahun.

Sedangkan dalam masa yang sama, pentadbiran Azmin jual tanah untuk tujuan perumahan rakyat di Selangor mengikut harga pasaran semasa. tapi ambik tanah peneroka pulak bayar ikut harga hampir 20 tahun lepas. Tanah juga tapi yang bab komersil jual ikut harga semasa, yang bab peneroka, jual ikut harga 20 tahun lampau.

Masuk akal?

Nampak tak dimana keutamaan kerajaan Pakatan kepada rakyat? Boleh pulak dalam hal bayar pampasan kepada peneroka, jual ikut harga 20 tahun lepas sementara syarikat pemaju yang menyaman kerajaan negeri, buat untung lebih sekali ganda dari apa yang dibayar kepada peneroka

Anonymous said...

https://www.google.com/amp/s/www.ismaweb.net/2018/01/13/mengapa-persepsi-dap-anti-melayu-anti-islam-semakin-membarah/amp/

Mengapa persepsi DAP anti-Melayu, anti-Islam semakin membarah?

PADA 7 Januari 2016, Datuk Prof Dr Mohammad Redzuan Othman mengumumkan dapatan kaji selidik Institut Darul Ehsan milik Kerajaan Selangor, yang DAP sendiri sebahagian daripadanya, antara 13 hingga 15 November 2015 bahawa 64 peratus daripada 1,716 responden Melayunya di Selangor bersetuju DAP adalah anti Melayu dan anti Islam.

Ekoran itu, pemimpin DAP, khususnya Penasihat DAP, Lim Kit Siang, secara terbuka menyalahkan kempen UMNO dan PAS sebagai punca semakin meningkatnya sentimen kebencian orang-orang Melayu Islam terhadap DAP di samping menggesa pemimpin, ahli dan penyokong DAP merasa bimbang dan mengambil berat mengenai perkara ini.

Antara langkah-langkah yang dicadangkan oleh Lim Kit Siang bagi menangkis persepsi yang semakin buruk terhadap DAP di kalangan orang-orang Melayu Islam adalah supaya pemimpin, ahli dan penyokong DAP lebih banyak bersemuka dengan orang-orang Melayu Islam dan memberikan penerangan bahawa DAP bukan anti Melayu dan anti Islam.

Bagaimanapun, langkah-langkah ini kelihatan tidak memberikan sebarang kesan ekoran pengumuman terbaru Wan Saiful Wan Jan mengenai dapatan kaji selidik ISEAS – Yusof Ishak Institute, Singapura, antara Mei dan Jun 2017 bahawa 71 peratus daripada 1,104 responden Melayunya di Johor bersetuju DAP adalah anti Melayu dan anti Islam.

Persepsi DAP adalah anti-Islam khususnya adalah begitu meluas sekali, malah dinyatakan secara terbuka bukan sahaja oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, malah oleh pelbagai tokoh Melayu Islam lain, termasuklah di dalam khutbah Aidil Adha Jabatan Mufti Negeri Pahang pada 2015.

DAP malangnya gagal berbuat apa-apa dan seolah-olah “helpless” untuk menangani perkara ini selain hanya membuat laporan polis yang tidak bererti atau membuat ugutan yang tidak terkota untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebut DAP anti Islam, termasuk ugutan Lim Kit Siang terhadap Datuk Seri Abdul Hadi.



Persepsi DAP anti-Islam yang dipersetujui oleh 64 peratus daripada Melayu Selangor pada November 2015 dan dipersetujui oleh 71 peratus daripada Melayu Johor antara Mei dan Jun 2017 sepatutnya sangat membimbangkan pemimpin DAP dan pemimpin parti-parti Melayu yang bersekutu dengannya di dalam Pakatan Harapan.

Ini kerana, pertamanya, walaupun melibatkan dua negeri yang berbeza, secara kasarnya terdapat peningkatan yang ketara di dalam persetujuan orang-orang Melayu Islam bahawa DAP adalah anti Melayu dan anti Islam antara 2015 dan 2017, iaitu 64 peratus pada 2015 dan 71 peratus pada 2017, walaupun pelbagai usaha dibuat oleh DAP bagi mengatasinya.

Keduanya adalah kerana kedua-dua kaji selidik yang menunjukkan wujudnya persepsi yang semakin buruk terhadap DAP di kalangan orang-orang Melayu Islam ini bukanlah dikendalikan oleh pihak-pihak yang memusuhi DAP, tetapi dikendalikan oleh pihak-pihak yang sama ada bersekutu dengan DAP atau tidak memihak kepada musuh-musuh DAP.

Bila kaji selidik yang dikendalikan oleh pihak-pihak yang bersekutu dengan DAP atau tidak memihak kepada musuh-musuh DAP pun sudah menunjukkan wujudnya persepsi yang sangat negatif terhadap DAP di kalangan orang-orang Melayu Islam, bayangkanlah jika ia dibuat oleh pihak-pihak yang memusuhi DAP atau memihak kepada musuh-musuh DAP.

Anonymous said...

Bila kaji selidik yang dikendalikan oleh pihak-pihak yang bersekutu dengan DAP atau tidak memihak kepada musuh-musuh DAP pun sudah menunjukkan wujudnya persepsi yang sangat negatif terhadap DAP di kalangan orang-orang Melayu Islam, bayangkanlah jika ia dibuat oleh pihak-pihak yang memusuhi DAP atau memihak kepada musuh-musuh DAP.

Ketiganya adalah kerana kedua-dua kaji selidik ini dikendalikan di negeri-negeri bukan “Malay-belt” di sebelah Pantai Timur dan Utara Semenanjung Malaysia tetapi di negeri-negeri maju yang DAP mempunyai kehadiran yang nyata, khususnya melalui 15 Ahli Dewan Undangan Negeri di Selangor dan 13 Ahli Dewan Undangan Negeri di Johor.

Bila kaji selidik yang dikendalikan di negeri-negeri maju yang DAP mempunyai kehadiran yang nyata, membolehkan DAP lebih banyak bersemuka dengan orang-orang Melayu Islam, pun sudah menunjukkan wujudnya persepsi yang sangat negatif terhadap DAP di kalangan orang-orang Melayu Islam, bayangkanlah jika ia dibuat di negeri-negeri “Malay-belt”.

Soalnya ialah mengapa persepsi DAP anti Melayu anti Islam ini semakin membarah tatkala Lim Kit Siang sendiri telah menyarankan pemimpin, ahli dan penyokong DAP berbuat sesuatu mengenainya? Bolehkah ini diatasi hanya dengan menyalahkan UMNO dan PAS sedangkan DAP sendiri tidak pernah mengambil sebarang langkah konkrit ke atasnya?

Lobai Lalok said...

Nilai harga rumah yg diberi harga berapa?. Kamu tidak ubah berperangai sebagai besar pendeta Yahudi dan Nasrani yg gemar menyembunyikan dan membuka kebenaran mengikut kepentingan diri. Al Quran sudah memperingatkan kita. Itu kalau kamu mentelaahinya. Tapi kalau sekadar hiasan. Lu fikirlah sendiri. Tak dapek pakcik nak menolong. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

AlQuran memperingatkan kita jangan bersekongkol dengan parti munafik sekular liberal dan parti kafir harbi yang telah menghina dan menentang ajaran Islam dan mrnafikan hak umat Islam.

Anonymous said...

Nampaknya balaci pakatan begitu terdesak untuk membela pakatan pimpinan parti kafir harbi. Inilah sikap munafik balaci ternakan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails