Sunday, February 25, 2018

Baiah Calon Islam, &Ikrar Bagi Calon Bukan Islam. -SU M/Syura Ulama.

Nik-Muhammad-Zawawi2
Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh, berkata sumpah baiah dan ikrar itu kekal untuk semua calon parti Islam itu pada PRU14.


BANGI: PAS hari ini mengekalkan sumpah baiah kepada calon Islam dan ikrar bagi calon bukan Islam yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Kita menetapkan baiah tetap akan berlaku di dalam PAS,” kata Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh selepas mesyuarat majlis itu di Pusat Konvensyen Bangi.
“Begitu juga calon-calon dalam kalangan masyarakat bukan Islam. Mereka akan adakan ikrar, janji mereka untuk mereka patuhi segala syarat dan peraturan yang ditetapkan parti.”

Lafaz taklik dan sumpah baiah yang wajib dilafazkan calon PAS di Kelantan pada PRU antara lain menghendaki mereka yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen kekal dengan parti itu atau jatuh talak tiga dengan isteri.

Ia diperkenalkan ketika PAS bersama Semangat 46 dalam Angkatan Perpaduan Ummah pada 1995 apabila kerajaan Kelantan berdepan cabaran ekoran tindakan beberapa wakil rakyat melompat parti.
Zawawi berkata, negeri yang ingin menambah peraturan dalam lafaz baiah perlu mengemukakan cadangan kepada Majlis Syura Ulama terlebih dahulu.

Beliau berkata, setakat ini baiah PAS diselaraskan kepada satu lafaz sahaja.
“Kecuali kalau ada keperluan yang difikirkan perlu bagi negeri-negeri tertentu, maka mesti mendapat keizinan Majlis Syura Ulama.
“Kita akan lihat suasana yang akan berlaku, sama ada perlu atau tidak.”

Dalam perkembangan lain, Zawawi berkata, PAS sudah selesai membahagikan kerusi Parlimen dan DUN di seluruh negara dan ia akan diumumkan menjelang PRU14.

“Calon kita pun sudah ada. PAS akan bertanding kerusi Islam dan majoriti Melayu,” katanya. ()

Iklan:
Hasil carian imej untuk tukang gunting rambut lelaki
Dikehendaki segera!!
Tukang gunting lelaki,

Berpegalaman mengunting rambut lelaki pelbagai usia. 
  • Pendapatan basic komisen boleh dirunding. 
  • Disiplin, jujur dan amanah amat diutamakan. 
  • Ciri-ciri tambahan, berketerampilan kemas dan mudah mesra. 
Kelebihan / Kemudahan 
  • Majikan yang prihatin 
  • komisyen dan gaji terjamin. 
  • lokasi Kedai yang bersih,selesa dan menarik dikelilingi 
  • oleh ramai penduduk. 
  • Berdekatan dengan Surau dan kedai makan. 
  • kedai berhawa dingin. 
Hubungi: 
Muaz;:
Sila hubungi.. 
018 2018342 
011 33111321

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails