Monday, February 26, 2018

Lagi Robert Kuok: Anak Saudaranya Nafi Raja Petra..



Anak saudara hartawan Tan Sri Robert Kuok, James Kuok menafikan dakwaan penulis blog Raja Petra Kamaruddin bahawa beliau menjadi perantara kepada bapa saudaranya untuk memberi dana kepada DAP.


"Saya tidak digunakan oleh Robert Kuok untuk menyalurkan wang kepada DAP. Saya juga tidak secara peribadi memberi wang kepada DAP.
"Saya akan lebih gembira jika Malaysiakini tidak menghubungi saya hari ini. Polis yang sepatutnya datang kepada saya dahulu, bukan?
"Apakah kesalahan saya? Apa yang dia (Raja Petra) katakan langsung tidak benar," katanya kepada Malaysiakini dalam wawancara di restoran miliknya di Petaling Jaya, Selangor.

"Apa yang orang mahu percaya, apa yang Raja Petra mahu kata, dia boleh reka cerita jika mahu," katanya yang berusia 84 tahun.



Menerusi artikel di blognya Malaysia Today semalam, Raja Petra mendakwa James sebagai "orang tengah" antara Kuok (gambar) yang berpangkalan di Hong Kong dengan ramai pemimpin DAP bagi mendanai rancangan parti itu untuk menjatuhkan BN.

Mengulas dakwaan itu, James berkata semua orang tahu tentang kekayaan bapa saudaranya, bagaimanapun beliau secara peribadi tidak berminat dan tidak tahu tentang bagaimana individu terkaya di Malaysia itu menggunakan wangnya.

"Bapa saya pernah berkata jika anda ada wang, buatlah kebajikan. Saya tidak tahu apa yang dia (Robert) buat dengan wangnya," kata James yang ditemani anak perempuannya Carol dan menantu Ng Teik Piew.

'Tiada hubungan kewangan dengan DAP'

Raja Petra juga mendakwa Robert telah meyakinkan hartawan Cina yang lain utnuk menyumbang kepada dana pilihan raya DAP dan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Beliau yang kini tinggal di London turut menyertakan gambar James bersama-sama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan sebuah gambar lagi bersama Datuk Zaid Ibrahim di restorannya.

James bagaimanapun bertegas beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dan mendakwa Raja Petra mencuri gambar yang dimuatnaik di laman Facebook peribadinya. Beliau juga menegaskan tiada sebarang hubungan kewangan dengan DAP.

"Benar, banyak kali saya duduk dan makan bersama pemimpin DAP. Mereka yang makan bersama saya juga tidak semestinya kroni DAP dan saya tidak peduli," katanya.


Sepanjang 31 operasinya, beliau berkata restorannya dikunjung ramai orang kenamaan termasuk bekas perdana menteri Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi.

"Saya sudah jumpa ramai VIP," katanya yang menjawab dalam bahasa Inggeris tetapi sesekali menggunakan bahasa Melayu.

"Bukan cakap lawa (berlagak) tetapi saya juga pernah berjumpa presiden MCA, Gerakan...individu penting di Malaysia.
"Malah ketika pertama kali bertemu Lim Kit Siang, saya memarahinya. Kami bertengkar di sebuah kedai kopi," katanya sambil menambah ia berlaku pada lewat 1970-an, ketika "kawan baiknya" Tun Hussein Onn menjadi perdana menteri.

'Dua kali saya tolong Raja Petra'

James mendakwa Raja Petra sebagai "tidak mengenang budi" kerana tidak menghargai bantuan yang dihulurkannya sebanyak dua kali - dana ketika tahun-tahun pertama beliau melarikan diri ke England dan ketika anak lelakinya memasuki pusat pemulihan.

"Saya tidak meminta anda (Raja Petra) untuk cium kaki saya. Tapi jika anda tidak rasa terhutang budi, sekurang-kurangnya jangan berkata yang bukan-bukan terhadap saya," katanya.

Menurut James, beliau mula tahu tentang Raja Petra (gambar) melalui dua kawannya yang memberitahunya tentang penahanan penulis blog itu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 2008.

"Saya beritahu kawan saya itu, saya tak kenal dia (Raja Petra) tapi tolong sampaikan rasa simpati saya kepadanya.


"Apabila dia keluar ISA, saya anjurkan makan malam untuknya...Dan saya mula mengenalinya."


Majlis itu diadakan tidak lama selepas pembebasan Raja Petra tetapi James berkata penulis itu yang mula-mula menelefonnya.
"Saya tanya 'siapa anda?' Dia jawab, 'RPK." Saya kata 'Saya tak tahu suara kamu, jangan temberang'," katanya yang berkata majlis makan malam itu berlangsung dengan suasana yang ceria.

Beliau kemudian menyifatkan Raja Petra sebagai "tidak bertanggungjawab" kerana meninggalkan negara. Raja Petra dilaporkan lari ke luar negara selepas dua waran tangkap dikeluarkan ke atasnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei 2010 bagi dakwaan di bawah Akta Hasutan selepas menerbitkan artikel berkaitan Datin Seri Rosmah Mansor di Malaysia Today.

James berkata keluarganya sepakat untuk mengelak daripada tumpuan media namun beliau marah dengan dakwaan Raja Petra dan terpanggil untuk memberi penjelasan.

"Kita percaya Hari Kiamat akan tiba. Lelaki ini (Raja Petra) perlu berdepan dengan Tuhan dan akan menerima balasan daripada Tuhannya," katanya lagi.
(TKO)


Iklan:
Hasil carian imej untuk tukang gunting rambut lelaki
Dikehendaki segera!!
Tukang gunting lelaki,

Berpegalaman mengunting rambut lelaki pelbagai usia. 
  • Pendapatan basic komisen boleh dirunding. 
  • Disiplin, jujur dan amanah amat diutamakan. 
  • Ciri-ciri tambahan, berketerampilan kemas dan mudah mesra. 
Kelebihan / Kemudahan 
  • Majikan yang prihatin 
  • komisyen dan gaji terjamin. 
  • lokasi Kedai yang bersih,selesa dan menarik dikelilingi 
  • oleh ramai penduduk. 
  • Berdekatan dengan Surau dan kedai makan. 
  • kedai berhawa dingin. 
Hubungi: 
Muaz;:
Sila hubungi.. 
018 2018342 
011 33111321

25 comments:

Anonymous said...

TAHNIAH IBN HASYIM. DUA2 PIHAK PUNYA CERITA DIA PUBLISH, BUKAN MACAM KHADAM MEROYAN YG SELALU MEMAKI HAMUN DI RUANG KOMEN. THANKS MR IBNHASHIM

KAT BAWAH NI SAYA BUAT COPY N PASTE DARI SEMUT HITAM UNTUK RENUNGAN PARA PENTAKSUB PAKATAN AL AHZAB MALAYA. KREDIT BLOG SEMUT HITAM

http://semuthitam80.blogspot.my/2018/02/pertandingan-3-penjuru-serlah.html


PERTANDINGAN 3 PENJURU SERLAH KEMUNAFIKAN KHALID SAMAD!!!

Nampak gayanya, Si Khalid Samad ni semakin jelas memiliki sifat yang sama seperti seorang MUNAFIK apabila membuat kenyataan dilaman media.

Seringkali kita lihat, kenyataan yang dibuat oleh Si Khalid Samad ni bertentangan dengan apa yang pernah dinyatakan sebelum ini.

Hari ini, Khalid kata, tidak ada apa yang perlu dirunsingkan sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru sewaktu Pilihan Raya Umum yang akan datang. Nak pulak dikalangan orang Melayu.

Khalid memberikan alasan kononnya undi Melayu hanya boleh dieksploitasi dengan mudah melalui pertandingan pelbagai penjuru apabila wujud kekeliruan.
“Pertandingan 3 penjuru hanyalah senario yang mengejutkan, apabila pengundi keliru kerana tertipu dan terdedah dengan retorik ketiga-tiga parti politik yang kononnya mendakwa mewakili kepentingan Melayu,” kata Khalid.
IRONIKnya, sebelum ini, Khalid berada dalam keadaan menggelupor biawak bila mendengar khabar kononnya Ezam Kotak nak bertanding di Shah Alam.

Pada ketika itu, Khalid memberikan alasan, jika Ezam meneruskan hasratnya itu, maka peluang untuk Pakatan menang di Parlimen Shah Alam akan menjadi tipis.

Tambah menghairankan, kenyataan Khalid itu juga dilihat bertentangan dengan pendirian DAPigs yang mengecam tindakan PSM untuk bertanding dikawasan mereka.

Soalnya, kenapa DAPigs takut PSM nak bertanding jika bukan kerana parti itu takut undi dikalangan orang Bukan Melayu boleh dieksploitasi dan akan menimbulkan kekeliruan?

Dari satu sudut, apa yang dinyatakan oleh Si Khalid Samad tu hanya sekadar nak menyedapkan telinga dia sendiri je. Hakikatnya, Khalid sendiri sedar, peluang Pakatan untuk menang jika berlaku pertandingan 3 penjuru adalah sangat tipis!!!

Anonymous said...

https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/senarai-kenyataan-pemimpin-dap-perlekeh-islam/

Senarai Kenyataan Pemimpin DAP Perlekeh Islam

KUALA LUMPUR – Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia, Dr. Kamarul Zaman Yusoff dalam satu kenyataannya baru-baru ini menyenaraikan beberapa fakta yang mengambarkan DAP sebuah parti politik anti-Islam.
Beliau dalam kenyataan itu itu turut berhujah tentang kajian Institut Darul Ehsan milik kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor antara 13 hingga 15 November 2015 juga mendapati 64 peratus daripada 1,716 respondennya di Selangor bersetuju DAP anti-Islam.

Selain itu, katanya, sikap DAP ke atas Islam itu turut tergambar dalam Perlembagaan DAP yang menyebut bahawa matlamat DAP adalah untuk mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal.

Tambah beliau, Perlembagaan DAP langsung tidak mengandungi sebarang pengiktirafan ke atas peruntukan Perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia yang menyebut bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan.

“Apa yang ada di dalam Perlembagaan DAP hanyalah mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi. Perjuangan para pemimpinnya lebih tertumpu kepada kebebasan beragama bagi penganut bukan Islam,” katanya.

Kenyataan Kamarul Zaman itu disiarkan semula oleh Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz di Facebook beliau hari ini.

Kamarul Zaman turut mengemukakan kenyataan terbaru beberapa pemimpin DAP yang mendedahkan sikap anti-Islam parti itu seperti berikut:

– Zairil Khir Johari mempersoalkan kewujudan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 27 Jun 2015.

– Lim Kit Siang mempersoalkan kandungan khutbah Jumaat pada 1 Februari 2014 yang menyebut perpecahan umat Islam disebabkan hasutan umat Kristian dan Yahudi.

– Tony Pua mempersoalkan larangan ke atas umat Islam menyambut Hari Valentine pada 15 Februari 2014.

– Kritikan Chong Eng pada 9 Februari 2015 berkait kewajipan wanita Muslim menutup aurat.

– Dr Tan Seng Giaw mempersoalkan di Dewan Rakyat pada 27 September 2005 keperluan melaungkan azan dan bacaan ayat al-Qur’an melalui pembesar suara yang mengganggu bukan Islam.

– Teresa Kok pada 22 Julai 2016 mempersoalkan kewajaran Exco Hal Ehwal Agama Selangor mengarahkan semua masjid di Selangor mengadakan solat hajat memohon konsert Selena Gomez di Stadium Melawati, Shah Alam pada 25 Julai dibatalkan.

– Damian Yeo Shen Li mempersoalkan pada Februari 2016 sama ada dosa penganut Islam terhapus bila menjejakkan kaki ke Makkah.

– Sindiran sama disuarakan pemimpin DAP Johor, Suppiah Ramakrishnan di media sosial pada Mac 2016 dan kemudian dipadamkan.

– Nga Kor Ming pada Disember 2015 menyindir purdah yang dipakai oleh sebahagian wanita Islam sambil menyifatkan cadangan pramugari MAS memakai pakaian menutup aurat sebagai ‘pemimpin Melayu otak cacat’

– Datuk Ngeh Koo Ham mengeluarkan kenyataan pada 7 Jun 2014, yang diikuti ucapan sama di Dewan Rakyat pada 11 Jun 2014 supaya umat Islam diberikan kebebasan keluar Islam.

– Penentangan keras pemimpin DAP terhadap cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah.

Untuk rekod, sekutu DAP dalam Pakatan Harapan iaitu PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) turut membantah cadangan meminda akta yang dikemukakan PAS di Parlimen yang bertujuan memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah di negara ini. – MYNEWSHUB.CC

Anonymous said...

Toheh PAS diberi dedak babi. pecacai PAS jadi GILA BABI....

Anonymous said...

https://www.ismaweb.net/2017/10/17/oktoberfest-dap-makin-kurang-ajar-hina-islam/

Oktoberfest: DAP makin kurang ajar hina Islam

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 27 Muharram 1439H, Selasa – Parti rasis dan cavinis DAP semakin menunjukkan sikap kurang ajar, angkuh dan celupar apabila berterusan memperlekeh Islam.

Terbaharu, Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng menyindir kononnya Pulau Pinang bukan negeri pelampau Taliban seperti negeri yang menghalang penganjuran pesta Jerman, Oktoberfest.

“Pelampau mungkin berjaya mengharamkan Oktoberfest di Selangor dan Kuala Lumpur, tetapi mereka tidak akan berjaya di Pulau Pinang.

“Pulau Pinang tidak berminat melarangnya, atau mengganggu kebebasan rakyat Malaysia. Kami bukan negara Taliban,” kata Guan Eng.

Menyelar kenyataan itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, ungkapan pemimpin DAP nampak sangat memperlekeh Islam.

“Sewajarnya dia memilih untuk berdiam diri sahaja berhubung penganjuran Oktoberfest di negeri itu.

“Tetapi Guan Eng melontarkan ulasan sinikal yang bukan sahaja menzahirkan kesombongannya, tetapi bagaikan mencabar Islam dengan bidasan dan perkataan digunakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, besar kepala yang ditunjukkan DAP semakin ketara apabila seorang lagi pemimpinnya, Hew Kuan Yau memaki Islam dengan carutan “Sohai”.

“Keberanian DAP berperangai jelek membuktikan parti itu langsung tidak mengenal hormat dan sensitiviti yang tidak sewajarnya disentuh.

“Sikap anti Islam tersebut bukan baharu walaupun sering dinafi atau dilakonkan watak mesra Islam.

“Saya percaya, dari semua yang pernah dizahirkan parti itu, mereka akan terus mempermain dan merendah-rendahkan Islam,” katanya lagi.

Mengulas lanjut Ustaz Hishamuddin berkata, penghinaan yang dilakukan pemimpin DAP ini sangat merbahaya kepada keharmonian negara.

Sehubungan itu, beliau menggesa siasatan dijalankan ke atas kedua-dua individu berkenaan.

“Seterusnya DAP perlu mengemukakan permohonan maaf rasmi,” katanya.

Anonymous said...

http://taipingmali.blogspot.my/2018/01/pengundi-islam-wajib-menolak-dap.html

Pengundi Islam wajib menolak Dap

Sekadar penelitian. Apa kata Prof Dr Ridhuan Tee.

Jangan kecam saya dengan status ini. Ia adalah realiti bukan fantasi. Kita bukan rasis kaum kerana Islam adalah universal. Saya pun keturunan cina. Saya sayang bangsa saya tetapi saya lebih sayang agama saya.

DAP BAIK...PKR BAIK...PH BAIK...

ORANG ISLAM BACA ELOK-ELOK

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh mereka?

Mereka menyerang PAS tanpa letih. Mereka tegar memfitnah PAS. Hanya kerana PAS tidak mahu bersama dengan DAP. Mereka rasa DAP penting demi Putrajaya. Lalu mereka tergamak kutuk PAS kerana tegas dengan agenda Islamnya.

Mereka memusuhi kepimpinan ulama PAS. Mereka angkat pemimpin DAP sebagai lebih berakhlak, lebih dipercayai dan lebih bervisi. Mereka lawan, mereka balun, mereka maki. Mereka jadikan PAS musuh dan DAP kawan tanpa lagi melihat panduan hadis dan al-quran.

Sewajarnya 10 kenyataan atau peristiwa berikut menginsafkan mereka. Sampai bila mereka hendak keliru atau dikelirukan?

Pertama, Nga Kor Ming menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

Kedua, Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor TG Harun Din dengan 'Adios Harun Din'. Mereka tak terasa apa-apa.

Ketiga, Nga Kor Ming menyindir pakaian purdah yang dipakai oleh sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus mencadangkan pramugari memakai pakaian yang menutup aurat, pemimpn DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

Keempat, Pemimpin DAP, P Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa Dr Zakir Naik sebagai 'setan', mereka diam.

Kelima, DAP pertikai kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa. Mereka diam juga.

Keenam, DAP mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara. Mereka buat lembu kenyang.

Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

Kelapan, DAP hina dan mempersenda hudud. Mereka diam.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP. Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka. Tepuk dada tanya iman.

TAMBAHAN:
1) Isu Kalimah Allah hendak letak dalam Bible - Penyokong DAP & PKR
2) Isu Azan guna pembesar suara jadi issue - Penyokong DAP
3) Isu memudahkan proses murtad - Penyokong DAP
4) Isu status agama anak kita selepas umur 18thn - Penyokong DAP

Semua Isu nie disokong 100% oleh DAP. Malangnya melayu Islam kita di dlm PKR dan Parti Harapan masih lagi buta! dan sokong DAP lalu menghina PAS, walaupun mereka nampak DAP adalah musuh Islam yang Nyata!!!!

Anonymous said...

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20140612/pa_05/Koo-Ham-mahu-umat-Islam-hormati-murtad

ARKIB : 12/06/2014

Koo Ham mahu umat Islam hormati murtad



KUALA LUMPUR 11 Jun - Seorang wakil rakyat DAP hari ini mencetuskan kontroversi apabila meminta umat Islam di negara ini menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu.

Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) berkata, perkara itu berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama.

"Saya berharap orang Islam boleh terima peruntukan 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan.

"Kalau seseorang itu hendak meninggalkan agama dan dia berusia lebih 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang sudah diberikan kepada mereka, yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014.

Sementara itu, Khoo Ham yang juga Pengerusi DAP Perak berkata, sebagaimana orang bukan Islam perlu menerima hakikat bahawa undang-undang boleh digubal untuk menyekat mereka yang menyebar agama, orang Islam juga wajar menerima peruntukan Perkara 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama.

Beliau juga meminta supaya penjaga yang mendapat hak jagaan diberi kebebasan mendidik kanak-kanak berusia 18 tahun mengikut agama yang dianutinya berdasarkan peruntukan Perkara 12(3) dan 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

"Perkara ini jelas supaya tidak ada perbalahan, jika sudah capai usia 18 tahun, kanak-kanak itu bebas menganut agama seperti yang dijamin oleh Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Dalam pada itu, Khoo Ham turut mempertikaikan tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap pengikut Syiah.

"Saya berasa tidak selesa apabila Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah tidak bersependapat dan saya tidak setuju tindakan undang-undang terhadap pengikut-pengikut Syiah ini," katanya.



Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20140612/pa_05/Koo-Ham-mahu-umat-Islam-hormati-murtad#ixzz58BWfgYo0
© Utusan Melayu (M) Bhd

Anonymous said...

http://v2.ismaweb.net/2015/06/kritik-jakim-dap-melampau-mahu-cetus-suasana-tegang/

Kritik JAKIM: DAP melampau, mahu cetus suasana tegang

BANGI, Selasa – Tindakan Ahli Parlimen DAP, Zairil Khir Johari yang mempersoal kewujudan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) boleh dianggap sebagai melampau kerana hanya mahu membangkitkan lagi suasana tegang dalam masyarakat.

Ahli Jawatankuasa Kajian Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Sharifah Abdul Samad, berkata DAP sejak dahulu konsisten mempertikai badan agama Islam yang berautoriti dalam negara ini.

“Tindakan mereka boleh menimbulkan kesulitan dan DAP perlu berhenti daripada pendekatan melampau seperti ini.

“Ia jelas bertentangan dengan semangat demokrasi serta akan membangkitkan lagi suasana tegang dalam masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kritikan Zairil yang mengkritik kewujudan JAKIM yang disifatkan sebagai bertentangan dengan Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan.

Sharifah menegaskan bahawa proses penubuhan JAKIM bermula dengan sebuah urusetia kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada tahun 1969 selepas MKI ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja pada tahun 1968.

Pada tahun 1974, urusetia MKI telah dinaik taraf kepada Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri yang kemudiannya pada tahun 1985 dijenamakan semula sebagai Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS).

“BAHEIS dinaik taraf menjadi sebuah jabatan berkuat kuasa pada 1 Januari 1997 yang dinamakan sebagai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Penubuhan JAKIM dilihat sebagai salah satu landasan dalam memenuhi keperluan masyarakat Islam.

“Jadi penglibatan Majlis Raja-raja serta Kerajaan Persekutuan dalam penubuhan JAKIM menunjukkan tuduhan DAP tersebut tidak benar.

“Malah, penubuhan JAKIM menepati semangat Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam agama Persekutuan dan mengikut undang-undang Perlembagaan, pihak eksekutif bertanggungjawab mempertahan kakitangan perkhidmatan awam dan bukan sebaliknya,” ujarnya.

Anonymous said...

Kembalilah kamu kepada ISLAM bermakna kembalilah kita kepada ajaran Islam yg sebenarnya BUKAN kembali pada Parti yg taruh nama Islam tapi perangai macam Yahudi Israel.

Anonymous said...

Kalau tak pandai memaki, usahlah berhasrat jadi pemimpin atau cybertrooper PAS.

Anonymous said...

Asal Usul Pakatan Al-Ahzab

Perkataan al-Ahzab membawa maksud kumpulan-kumpulan atau parti-parti yang bergabung sehingga terbentuk satu parti atau kumpulan yang bertujuan menghadapi dan menghancurkan Islam.

Pada asalnya kewujudan al Ahzab ini daripada penggerak utamanya ialah Yahudi Bani Nadhir yang sangat berdendam dengan Islam dan mengkhianati perjanjian persefahaman

Di Madinah masa awal Islam, terdapat gabungan Al_ahzab yg anti Islam, maka di Malaysia ini ada pengajarannya dimana DAP mengetuai PH tetapi DAP adalah anti Islam dimasa ini

Anonymous said...

Najib makan quinoa, PAS berebut dedak. Tahniah PAS, dapat dedak jadila...

Anonymous said...

Assalamualaikum. Saya dah ada dua PhD (cairo n UIAM) tapi masih tak jumpa jawapan pada satu masalah. Makan babi dah tentu HARAM, makan dedak yg dibeli hasil dari wang curi apa hukumnya...sama-samalah bantu saya cari jawapannya. Terima kasih.

Anonymous said...

12:37 Jawapan. Kalau kami, HARUS. Sebab pemimpin kami yang agih-agihkannya. Dia ulama, tentu dia lebih tahu HALAL HARAM.

Anonymous said...

Inilah kerja khadam2 anti Islam. Hari2 menabur fitnah sahaja

Anonymous said...

Eh, Cap GOLD COIN tu ok ker? Kalau OK, kasi kat aku sekampit....

Anonymous said...

Ya kita mesti kembali kepada Islam bukan menjadi barua @ penjilat seperti barua 12:28pm kepada pakatan munafik sekular liberal pimpinan sifu evangelis yang menentang Islam dan menindas umat Islam.

Anonymous said...

Berita TERBARU. Anita Sarawak nak masukPAS dan harap jado [unasihat Ulama PAS.

Anonymous said...

Kakau tak pandai nenyondol dedak cap roket dan menfitnah dan memaki hamun ulama Islam dan parti Islan, lupakan hasrat untuk menjadi pelawak, badut dan barua DA-Pig yang memusuhi Islam.

Anonymous said...

Pembetulan: Kalau tak pandai menyondol dedak cap roket .......

Anonymous said...

Salam. Resepi Tradisional.NASI BUDU BERSAMBALKAN SOTONG BERPERISAKAN DEDAK. Bahan-bahannya:_ 1- Serban 2- Mulut mesti pandai maki dan belit dengan ayat quran. 3- Tak elergic Dedak. ...sambung esok, solat zohor jap!

Anonymous said...

1:15 Gold Coin tu dedak ayam TAPI tentang kualitinya..err..err ..nanti saya rujuk ularmak.

Anonymous said...

Walaun 12:32 pm ternakan DA-Pig sibuk menfitnah PAS untuk menyembunyikan rahsia DA-Pig menyondok dedak Yahudi Zionis Israel.

Anonymous said...

Dedak dan babi telah di'suci'kan oleh sifi kafir harbi maka sesuailah untuk barua DA-Pig yang suka menyondol.

Anonymous said...

Wah walaun-walaun ternakan pakatan sibuk menghina, menfitnah dan memaki hamun ulama Islam dan PAS yang membela Islam.

Kita teringat bagaimana puak sesat yang sama menghina dan memaki hamun jemaah Islam pimpinan Nabi Muhammad s.a.w.

Anonymous said...


Pengomen parti suci main bedal je kirim komen. Yang lebih ia lah copy paste benda yang sama.

Mana ada Tuan Hasyim bagi publish cerita dua-dua belah pihak ...

Kalau ada mana cerita pasal Husam. Mana cerita pasal Mahfuz.

Artikel ini hanya satu artikel mengenai RPK .. bukan mengenai Robert Kuok.

Tuan Admin nak memberi tahu RPK kaki kelentong dan munafik...

Kalau nak burukkan Robert Kuok .. baik Tuan Admin siar kenyataan Tajuddin Samseng Pasir Salak.

Betapa lemah nya akal pengomen parti suci.. kalau bahasa melayu pun di tafsir dengan cara begitu apalagi kalau tafsir Quran.. ikut apa yang keluar dari mulut Lobai

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails