Monday, February 19, 2018

Zaman Mahathir Lagi Banyak Skandal Mega -Abd Hadi.



Ramai yang tertanya-tanya seolah-olah saya tidak berminat untuk membuat perubahan kerana 1MDB. Apabila banyak pihak menjadikan isu ini senjata besar untuk melakukan perubahan kepada pucuk pimpinan negara.

Saya tidak termasuk dalam kalangan Melayu yang mudah lupa terhadap isu yang wajib berlaku di setiap zaman Perdana Menteri bermula sejak tahun 80-an. Semuanya ditinggalkan tanpa penyelesaian, bahkan dilupakan khususnya kepada Melayu yang mudah lupa.

Sekiranya kita kembali kepada Al-Quran dengan kajian politik (kecuali mereka yang menolak adanya politik di dalam Al-Quran), Al-Quran mengulang beberapa kali ayat yang menyebut perubahan tehadap sesuatu kaum dalam negaranya. Di antaranya, firman Allah:

  • “(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah An-Anfal: 53)
Firman Allah: 

  • “Bagi setiap orang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawasi dan menjaganya (dalam segala tindakannya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya.” (Surah Ar-Ra’d: 11)
Al-Quran menegaskan kepada perubahan sikap, perangai atau akhlak, bukannya mengubah tokoh atau orang-orangnya sahaja. Islam mengekalkan sesiapa yang bertaubat dan kembali kepada kebenaran. Kalau hanya sekadar mengubah orangnya sahaja sedangkan perangainya sama, maka perubahannya juga membawa rebah yang sama.

Al-Quran juga melaporkan, dakwah semua para Rasul A.S. adalah seruan kepada perubahan aqidah yang benar, hukum syariat yang adil dan akhlak yang mulia tanpa meminta-minta jawatan. Akhirnya menerima perubahan, sama ada bertaubat kembali kepada kebenaran atau dijatuhkan jahiliyah di dalam dirinya dan ditegakkan Islam, bukannya sekadar mengubah pemimpin yang sama juga sifatnya atau lebih buruk keadaannya.

1MDB adalah mata rantai masalah yang belum diselesaikan secara adil dan menjadi salah satu daripada mata-mata rantai isu yang tiada penyelesaian. Dahulunya BMF, PERWAJA, KWSP, PETRONAS, Tabung Haji, pertukaran wang asing, Skyhawk, Maika Holdings dan PKFZ. Kini muncul 1MDB dan rumah banglo di Pulau Pinang dan mungkin lain-lain lagi. Semuanya dalam tuduhan tanpa tindakan yang seadil-adilnya.

Puncanya adalah ideologi bertuhankan kebendaan dalam segala urusan hidup yang mencipta banyak lagi penyakit yang wajib dihapuskan seperti salah laku, salah urus dan rasuah yang menjadi wabak di seluruh dunia sehingga mencetuskan peperangan sesama keluarga, bukan sahaja dalam satu bangsa, bahkan satu kemanusiaan dalam satu negara. Kebendaan menjadi matlamat kehidupan di dunia tanpa wawasan akhirat. Hidupnya untuk makan, bukan makan untuk hidup dan menunaikan amanah Allah.

Saya tetap tidak bersetuju dijemput campur tangan asing terhadap penyelesaian dalaman kita kerana mengundang akibat yang lebih buruk dan tiada keikhlasan kuasa asing dalam dunia hari ini. Langkahnya laksana menebuk kapal untuk mendapatkan air secara mudah.

Saya tertarik dengan sekawan anjing dalam satu kampung yang berkelahi berebut tulang, mereka tidak menjemput anjing luar datang bersama, sebaliknya bersatu mengejar anjing luar yang datang menyertainya.

Kita juga tidak boleh menunggu apa yang dinyatakan oleh Allah di dalam Al-Quran tentang bagaimana semua penyangak di dunia ini akan mengutuk sesama sendiri di Hari Akhirat.

Firman Allah: 


  • Masuklah kamu ke dalam Neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada kamu, dari jin dan manusia. Tiap-tiap satu umat yang masuk, mengutuk akan saudaranya (golongannya sendiri); hingga apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir mengenai golongan yang pertama di antara mereka: Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang telah menyesatkan kami; oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang berlipat ganda dari (azab) Neraka. 
Allah berfirman: 

  • Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui. (38) Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir: (Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami. (Allah berfirman): Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan (39) (Surah Al-A’araf: 38-39)

Ayat-ayat ini menyatakan tentang peristiwa di Hari Akhirat sekiranya tidak diselesaikan atau tidak bertaubat di alam dunia ini. Akhirat adalah kehakiman Allah, tidak ada lagi kehakiman dalam negara atau luar negara atau mahkamah antarabangsa seperti di alam dunia ini. Namun, Allah membuka pintu taubat seluas-luasnya, sehingga nyawa sampai ke kerongkong dan matahari naik dari arah barat. Seterusnya menggalakkan taubat dan melakukan islah lebih baik daripada dibawa ke mahkamah.

PAS tidak boleh menjadi gerabak kereta api yang disangkut kepada kepala yang menuju ke arah yang salah, sekadar membawa perubahan pemimpin yang berkonsep ‘2 x 2’ atau ‘2 + 2’, di mana jawapannya sama.

PAS tidak boleh mengikut sunnah mereka yang melahirkan saudara-saudara 1MDB dan saudara maranya yang akan lahir selepas ini kerana sunnah yang sama acuannya.

PAS tetap tegas dan teguh beristiqamah mengikut penyelesaian Islam daripada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. walaupun banyak liku dan jauh perjalanannya. 


Ingatlah pesanan Rasulullah SAW:
  • “Sesiapa yang menunjukkan bersama Islam ajaran yang baik nescaya dia mendapat pahalanya dan pahala orang yang mengikut contuh baiknya tanpa dikurangkan pahalanya sedikit pun dan sesiapa yang menunjukkan bersama Islam ajaran yang jahat nescaya dia memikul dosanya dan dosa orang mengambil teladannya selepasnya tanpa dikurangkan dosanya sedikit pun” (Hadis riwayat Muslim)
1MDB adalah ciptaan tema “Kepimpinan Melalui Teladan”. Apakah teladannya? Lakukan muhasabah politik dan ekonomi sebelum ini dan kembali ke pangkal jalan. Saya tidak menafikan adanya perkembangan positif dalam negara di sepanjang perjalanannya sehingga diberi gelaran Harimau Asia, tetapi tiba-tiba bertukar menjadi kucing kurap yang dibejati penyakit-penyakit.

Khalifah Umar R.A. menegaskan:

  • “Sesungguhya kembali kepada kebenaran adalah lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan”
Ahli-ahli dan pemimpin PAS, jangan ikut menari bersama mereka yang memalu gendang dan meniup serunai lagu lama, yang hanya mengubah senikata dan rentaknya sahaja, sehingga lalai dalam khayalan atau menerkam secara leka tanpa hidayah yang betul. Tidakkah kita berpandukan Al-Quran yang benar daripada Allah Yang Maha Mengetahui segala-galanya?

Ingatlah firman Allah SWT yang menceritakan tentang ucapan Nabi Syuib A.S. yang menghadapi kaumnya yang rosak aqidah dan secara khusus melaksanakan sistem ekonomi yang diharamkan oleh Allah:

  • “Aku hanya bertujuan hendak melakukan islah (memperbaiki) sedaya upayaku dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali” (Surah Hud: 88)
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
 


Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini. -Pres..

E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

13 comments:

Anonymous said...

Mat Sabu dan Anwar kata mereka dah maafkan beliau.

Cuma isu yg paling penting adalah wang yg berkapal2 itu masih tidak dipulangkan kpd rakyat. Wang rakyat bro bukan Wang PH, DAP atau Ted Manoff sekalipun

Ini bukti PH cintakan kleptolrasi

Anonymous said...

http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/705819-anwar-benar-homoseksual-atau-mahathir-munafik-pemfitnah-tanya-che-gubard.html

Anwar Benar Homoseksual Atau Mahathir Munafik Pemfitnah? Tanya Che'GuBard


Serangan peribadi dihubungkan dengan skandal seks bermula tahun 1997 menjadi punca kepada kecelaruan politik Malaysia, kata Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.

Badrul atau lebih dikenali dengan panggilan Che'GuBard berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa dirinya dipecat kerana tidak setuju wang kerajaan digunakan untuk membela syarikat keluarga Tun Dr Mahathir yang merupakan Perdana Menteri pada waktu itu.

Namun, Dr Mahathir pula menyangkal tuduhan berkenaan dengan menggelarkan Anwar sebagai homoseksual kepada media antarabangsa.

"Soalnya sekarang... Anwar benar homoseksual atau Mahathir seorang munafik pemfitnah? Anwar tipu atau memang benar Mahathir punggah harta kekayaan negara untuk anak beranak dan proksi serta kroni dia?" soal Che'GuBard.

Dr Mahathir dan Anwar saling tuduh-menuduh antara satu sama lain selama 18 tahun sehingga bekas Perdana Menteri itu secara sah menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan menyertai blok pembangkang.

Bertindak selaku Pengerusi PPBM dan kini bergelar Pengerusi Pakatan Harapan, Dr Mahathir akhirnya bertemu Anwar di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada September tahun lalu.

Bagi kedua-duanya, ianya merupakan pengakhiran kepada pertelagahan yang telah berlarutan sejak sekian lama, walaubagaimanapun, tiada diantara mereka berdua secara terbuka menyatakan permohonan maaf ataupun menyesali diatas tohmahan dinyatakan bertahun-tahun sebelum itu.

Menerusi posting blognya hari ini, Che'GuBard turut menyelar dua skandal peribadi terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Skandal dimaksudkan beliau adalah hubungan sulit Muhyiddin Yassin bersama isteri orang kenamaan, dan dakwaan Husni memberikan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Baru (NPE), kepada anaknya.

Anonymous said...

ketua UMNO BAHAGIAN MARANG buat kenyataan

Anonymous said...

Mat Sabu kata Che Det kepala perosak kat Malaysia

Anonymous said...

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/05/01/mat-sabu-panggil-tun-m-kepala-perompak/

Mat Sabu panggil Tun M ‘ kepala perompak’

Mohamad Sabu memperlekeh kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri.

Dia menuduh, sebagaimana Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu itu turut melakukan penyelewengan.

Jelasnya, tidak menghairankan sekiranya Dr Mahathir menegur Perdana Menteri kerana ia dibuat berdasarkan pengalamannya sendiri.

Anonymous said...

WAH SEKARANG PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN HAPRAK SIBUK MENCIUM KAKI MAHA FIRAUN ZAMAN MODEN SETELAH MAHA FIRAUN DI'SUCI'KAN OLEH SIFU BANGLO TERLAJAK DISKAUN PEMIMPIN KAFIR HARBI DA-PIG YANG BERGELUMANG DALAM 66 SKANDAL DAN SEDANG TERKETAR LUTUT DI MAHKAMAH KERANA KES RASUAH !

MALANGNYA RAKYAT SUDAH MERASA MELOYA MELIHAT SANDIWARA PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN HAPRAK YANG TERSENYUM MESRA DI HADAPAN RAKYAT, BERPERANG BAGAI DUNIA NAK KIAMAT BEREBUT KUASA DI BELAKANG RAKYAT ! RAKYAT SUDAH BOSAN MELIHAT PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN HAPRAK TINDAS MENINDAS DAN MENIPU ANTARA SAMA LAIN DAN SAMUN-MENYAMUN KERUSI.

PAKATAN HAPRAK CAKAP TAK SERUPA BIKIN, BELUM MEMERINTAH NEGARA SUDAH PANDAI TIKAM BELAKANG ANTARA MEREKA DAN SUDAH PANDAI KENCING RAKYAT !

ORANG BODOH OTAK TERGENCAT SAHAJA SOKONG PAKATAN HAPRAK YANG DIJANGKA KALAH DALAM PRU MENGIKUT KAJIAN TERBARU !

Quantum Metal Consultant said...

Haji hadi terpaksa londeh kain tanggal jubah untuk memburukan Tun malangnya ia umpama candat sotong, umpan habis balik tangan kosong..

Kalau skandal, amat amat tidak logik najib tak terkam dan penjarakan Tun, itu yang mereka mahu siang mslam tapi korek punya korek..sendiri kantoi.

Kalau Tun ada skandal, buatlah iltizam macam PH, akan heret Najib dan kembalikan wang negara. Itu baru jantan.

Ucapan hadi, kalaupun terselit firman Allah atau sabda nabi tetapi jika asasnya fitnah..laknat Allah akan sampai.

Anonymous said...

Dr Mahathir ‘pembohong besar’, ‘bapa fitnah’: Kit Siang
Pada 14 April 2013
oleh RoketKini

GELANG PATAH, 14 APRIL: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menganggap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pembohong besar dan ‘bapa fitnah’ kerana menuduhnya meminta orang Cina di Gelang Patah dan Johor menolak kerjasama dan berkongsi dengan orang Melayu.

sUMBER: https://www.roketkini.com/2013/04/14/dr-mahathir-%E2%80%98pembohong-besar%E2%80%99-%E2%80%98bapa-fitnah%E2%80%99-kit-siang/

WAH HEBAT SEKARANG PH TERMASUK DAP TELAH MELANTIK 'PEMBOHONG BESAR' DAN 'BAPA FITNAH' MENJADI PENGERUSI PH DAN BAKAL PM MALAYSIA ! BUKANKAH TINDAKAN INI MENCERMINKAN IMEJ PH SENDIRI?

Wahai umat Islam , marilah kita semua menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRU 14 kerana semua pemimpin PAS mempunyai rekod yang bersih dan mereka berjuang siang dan malam membela agama Islam dan hak umat Islam.

tungkaran said...

setuju dengan komen Kluangman....Hardy cakap tak serupa bikin, hanya berlindung disebalik sarban....tolonglah jadi pemimpin tulen!

Anonymous said...

Biasalah kluangay dan tungkaran ternakan DA-Pig sibuk menjaja fitnah setelah diupah dedak babi cap roket. Maka tiada perbezaan antara hantu raya dan pelesit ternakan bomoh syirik dan barua dedak ternakan parti kafir HARBI DA-Pig .

Quantum Metal Consultant said...

Setakat modal maki dan sumpah seranah je yang masih berbaki pada pecacai umnongok dan pecacai pussy.

Anonymous said...

Aku belajar maki dan sumpah seranah dari komen-komen yang penuh dengan fitnah dan maki hamun dan sumpah seranah tulisan barua-barua dedak cap roket seperti kluangay, ted, puaka dll.

Terima kasih barua-barua dedak babi cap roket .

Quantum Metal Consultant said...

Dah le fitnah, maki lagi, mengaku lagi..

Seburuk buruk babi, babi pun tak pernah maki orang..

Agak² kau level mana

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails