Saturday, February 24, 2018

LGBT: Betul Ke Kenyataan KSU KPWKM Disalah Tafsir?

Suriani Ahmad
KSU K/Pembangunan Wanita pun tak bertudung?

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Suriani Ahmad menegaskan, kenyataannya berhubung layanan terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) telah dipetik di luar konteks oleh sebuah portal berita semalam.

Beliau menjelaskan, portal berita berbahasa Inggeris itu kurang memahami konteks yang mana kenyataan tersebut dibangkitkan pada sesi Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) Ke-69 di Geneva, Switzerland kelmarin.

“Mereka harus faham bahawa golongan LGBT sama seperti rakyat Malaysia yang lain, tidak kira lelaki dan perempuan, semua akan dilayan sama rata.

“Pihak berkuasa akan ambil tindakan yang sewajarnya sama seperti orang lain sekiranya golongan ini berasa mereka terancam atau memerlukan perlindungan,” kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Portal berita terbabit mela­porkan bahawa wakil kerajaan telah memaklumkan kepada CEDAW bahawa golongan LGBT di Malaysia dilayan ‘sama rata’.

CEDAW seperti dilaporkan oleh portal tersebut telah bertanya kepada wakil Malaysia berhubung bagaimana undang-undang negara ini boleh melin­dungi golongan LGBT apabila ia dikategorikan sebagai jenayah serta sumber-sumber yang dibe­lanjakan bagi pendekatan-pendekatan anti-LGBT.

Dalam pada itu, Suriani berkata, sesi dialog CEDAW tersebut boleh disaksikan di laman web Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Sementara itu, kementerian dalam satu kenyataan berhubung konvensyen tersebut memaklumkan, Malaysia telah memberi jaminan kepada CEDAW berhubung komitmennya dalam mengukuhkan jentera ke arah kesaksamaan jantina dan pemerkasaan wanita termasuk melalui penglibatan dengan pihak-pihak berkepentingan.

Komitmen itu jelas kementerian, adalah selaras dengan agenda kebangsaan berkaitan wanita yang dicerminkan melalui Dasar Wanita Negara dan Tahun Memperkasa Wanita 2018 (TMW18).

“Pada konvensyen tersebut, Malaysia telah berjaya membentangkan laporan berkala ketiga hingga kelima yang memberi maklumat mengenai dasar, inisiatif dan langkah-langkah kukuh yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan dalam menghapuskan diskriminasi terhadap wanita dan menyediakan ruang serta peluang untuk mereka berkembang dengan baik,” katanya.

- UTUSAN ONLINE

 Iklan:
Hasil carian imej untuk tukang gunting rambut lelaki
Dikehendaki segera!!
Tukang gunting lelaki,

Berpegalaman mengunting rambut lelaki pelbagai usia. 
  • Pendapatan basic komisen boleh dirunding. 
  • Disiplin, jujur dan amanah amat diutamakan. 
  • Ciri-ciri tambahan, berketerampilan kemas dan mudah mesra. 
Kelebihan / Kemudahan 
  • Majikan yang prihatin 
  • komisyen dan gaji terjamin. 
  • lokasi Kedai yang bersih,selesa dan menarik dikelilingi 
  • oleh ramai penduduk. 
  • Berdekatan dengan Surau dan kedai makan. 
  • kedai berhawa dingin. 
Hubungi: 
Muaz;:
Sila hubungi.. 
018 2018342 
011 33111321

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails