Saturday, February 24, 2018

Rundingan Kerusi HARAPAN PP Gagal..




Pakatan Harapan Pulau Pinang belum menyelesaikan agihan enam kerusi negeri untuk pilihan raya umum akan datang, dan ekoran kebuntuan itu, tiga parti komponennya menyerahkan perkara itu kepada jawatankuasa pusat mereka.


Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi untuk ditandingi. DAP adalah penyandang di 19 kerusi, PKR (10), Umno (10) dan PAS (1). DAP tidak terlibat kerana kepada parti itu, status quonya kekal. Pada tahun 2008 dan 2013, parti itu bertanding  19 kerusi dan menang semuanya. Enam kerusi yang belum selesai itu kebanyakannya kerusi majoriti Melayu yang diintai oleh PKR, AMANAH dan BERSATU.

Kerusi-kerusi ini ditandingi PKR dalam pilihan raya umum ke-13, tetapi parti itu gagal memenanginya. PKR bertanding 16 kerusi pada 2013 dan menang 10 kerusi. Agihan enam kerusi yang gagal diselesaikan itu ialah Bertam, Sungai Dua, Telok Ayer Tawar, Sungai Acheh, Pulau Betong dan Telok Bahang.

Selepas kebuntuan dalam rundingan mereka, parti-parti komponen tersebut kini menyerahkannya kepada majlis presiden mereka untuk memutuskan perkara itu. ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin berkata parti-parti itu tidak dapat mencapai persetujuan mengenai jumlah kerusi "minimum".



"Ini akan diputuskan oleh majlis presiden. PKR sedia berkongsi kerusi dengan BERSATU dan AMANAH," katanya kepada Malaysiakini.

"Bagaimanapun, kami ingin bertanding di beberapa kerusi di mana kami telah melakukan kerja-kerja persediaan asas, kerana kami yakin dapat memenangi lebih banyak kerusi kali ini, walaupun kami mungkin menghadapi pertarungan tiga penjuru," kata Afif, yang juga timbalan Angkatan Muda Keadilan (AMK) pusat.

Pesuruhjaya AMANAH negeri, Datuk Mujahid Yusof Rawa pula berkata parti itu berharap untuk bertanding di lima kerusi negeri, yang sebelum ini ditandingi PAS. AMANAH merasakan ia mempunyai peluang menang di kerusi-kerusi berkenaan kerana pengundi di sana lebih cenderung untuk memilih calon HARAPAN dan parti serpihan PAS itu telah melakukan kerja-kerja persediaan asas di kawasan berkenaan sejak 2015.



AMANAH ditubuhkan pada tahun 2015, selepas sayap progresif PAS, yang diketuai oleh bekas timbalan presidennya, Mohamed Sabu, tidak sehaluan dengan kepimpinan parti itu. Permatang Pasir (yang kini dipegang oleh PAS), Permatang Berangan (Umno), Penaga (Umno), Sungai Dua (Umno) dan Bayan Lepas (Umno) adalah kerusi-kerusi yang mahu ditandingi AMANAH, kata Mujahid.

"Walaupun kita semua ada tuntutan masing-masing dan kita merasakan bahawa kita perlu lebih praktikal dengan angka, tetapi kita tidak dapat mencapai penyelesaiannya. Jadi kita menyerahkan keputusan itu kepada jawatankuasa pusat kita," tambah ahli Parlimen Parit Buntar itu.

Rundingan telah dilaporkan terhenti apabila BERSATU mahu bertanding di semua kerusi Umno. Umno, yang berdepan dengan PAS dan PKR, memenangi 11 kerusi negeri pada 2008 dan 10 pada 2013.

Dalam responnya, ketua BERSATU Pulau Pinang, Marzuki Yahya berkata: "Tidak, kami belum lagi menyelesaikan agihan kerusi, kami mungkin akan menyelesaikannya pada minggu depan."

Marzuki enggan mendedahkan bilangan kerusi yang bermasalah atau lokasinya apabila dihubungiMalaysiakini.Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan bahawa negeri-negeri yang tidak dapat menyelesaikan agihan kerusi sehingga hari Jumaat (hari ini) mesti menyerahkannya kepada majlis presiden untuk diputuskan.

Mahathir juga berkata agihan kerusi parlimen di negeri itu telah diselesaikan tetapi agihan beberapa kerusi negeri belum dapat diselesaikan di kalangan parti-parti berkenaan. Di Pulau Pinang, DAP akan bertanding di Bukit Bendera, Tanjong, Jelutong dan Bukit Gelugor, manakala PKR akan bertanding di kerusi parlimen Bayan Baru dan Balik Pulau.

Di tanah besar di Seberang Perai, AMANAH akan bertanding di Kepala Batas, BERSATU di Tasek Gelugor, PKR di Permatang Pauh dan Nibong Tebal dan DAP di Bukit Mertajam, Batu Kawan dan Bagan.

Empat lagi kerusi parlimen - Tanjong (yang disandang oleh DAP) di pulau itu serta Bagan (DAP), Permatang Pauh (PKR) dan Batu Kawan (DAP) di tanah besar Pulau Pinang kekal status quo seperti pada PRU13.


 Iklan:
Hasil carian imej untuk tukang gunting rambut lelaki
Dikehendaki segera!!
Tukang gunting lelaki,

Berpegalaman mengunting rambut lelaki pelbagai usia. 
  • Pendapatan basic komisen boleh dirunding. 
  • Disiplin, jujur dan amanah amat diutamakan. 
  • Ciri-ciri tambahan, berketerampilan kemas dan mudah mesra. 
Kelebihan / Kemudahan 
  • Majikan yang prihatin 
  • komisyen dan gaji terjamin. 
  • lokasi Kedai yang bersih,selesa dan menarik dikelilingi 
  • oleh ramai penduduk. 
  • Berdekatan dengan Surau dan kedai makan. 
  • kedai berhawa dingin. 
Hubungi: 
Muaz;:
Sila hubungi.. 
018 2018342 
011 33111321

6 comments:

Lobai ibnu Al Lobai said...

Apa yg Geng Lobai nak gusarkan.Sudah tentu kepimpinan Pakatan Harapan mahu mempersembahkan calon yg benar boleh memberi kemenangan. Bukan nak masuk bertanding SERONOK-SERONOK. Perlu ada Strategi. Bukan macam Parti Suci. Kubu kuat DAP pun nak cuba nasib. Semata-mata terikat dengan PERJANJIAN SYAITON. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Dan bukti Zamri tunduk pada UMNO ialah sudah berani tunjukkan muka dan bersuara..

Anwar dan Mahathir seratus kali lebih berani dari Hadi sebab lawan Najib yang pegang kuasa. DAP tidak ada kuasa.

Yang berkuasa boleh guna dan buat macam-macam. Tekanan dan kezaliman yang kena pada PAS dahulu tidak seteruk yang kena pada Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan kena sebab ada parti yang khianat pada rakyat. Masa PAS lawan UMNO mana ada parti yang belot macam PAS buat sekarang.

UMNO serang Mahathir dan PAS kaitkan DAP sebagai strategi menang PRU.

Yang lemah lah yang suka bergantung pada kekuatan yang kuat.

Salah-satu sebab hanya lah kerana dalam DAP ada Melayu Islam dan DAP boleh calonkan Aziz Bari sebagai MB.

Jika UMNO kekal musuh PAS sehingga hari ini.. orang hanya tahu ustaz hanya mengajar mengaji.

Anonymous said...


Jadi mana iya nya yang kata DAP ialah King Maker.

DAP tak usik pun kerusi kawasan majoriti Melayu.

Anonymous said...


Pernah terjadi selepas setuju dengan keputusan rundingan, di saat akhir parti suci letak calon mereka sendiri.

Kali ini rundingan buntu buat keputusan kerana pihak terlibat ada sebab yang rasional maka Pusat akan memberi keutamaan kepada faktor calon boleh menang.

Parti suci boleh letak mak cik pakcik yang mengajar mengaji untuk lawan calon boleh menang Pakatan Harapan.

Tapi Penang tak masuk dalam kepala otak Lobai.

Anonymous said...

http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/691126-10-bukti-dap-anti-islam-menurut-ridhuan-tee.html

10 Bukti DAP Anti-Islam Menurut Ridhuan Tee

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah parti anti-Islam.

Yang pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak.



Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang, Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, 



Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. 



Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. 

Ketujuh,

DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM.


Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu.

Ke-10 DAP menentang ustaz dan ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak,



“Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.



“Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman,” katanya dalam satu kenyataan.

Anonymous said...


Barua-barua ternakan musuh PAS pong-pang-pong-pang sembang mahu lebat tetapi habuk pun tarak !

Kegagalan parti kuali yang menjadi khadam parti DA-Pig untuk mendapatkan sokongan rakyat telah menyebabkan pakatan sekular-liberal pimpinan sifu kafir harbi memandang parti kuali dengan sebelah mata sahaja.

Dahulu pemimpin-pemimpin kuali berlagak hebat konon berjaya melarikan kerusi parti Islam tetapi sekarang mereka menangis seperti bayi lapar susu kerana kerusi mereka pula telah disamun dan difaraid oleh geng sendiri seolah-olah parti kuali telah mati.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails