Saturday, February 24, 2018

Kaum Cina, Tolong Beri Kepercayaan Bantu PAS Selamatkan Negara. -A.Hadi.


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu masyarakat Cina di negara ini supaya memberi kepercayaan kepada parti itu untuk menerajui Malaysia.



Berucap pada majlis jamuan sempena tahun baru Cina 2018 di Kuala Terengganu, semalam, beliau turut mendedahkan pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 ini, PAS berusaha untuk memerintah negara ini.
"Kita (PAS) cuba di Kelantan, cuba di Terengganu, cuba di Kedah tetapi kita tidak kuasa yang lebih. Jika boleh, kita (PAS) hendak kuasai sampai ke kerajaan pusat.

"Dalam pilihan raya ini (PRU14), PAS akan bertanding 130 kerusi parlimen, kerana untuk memerintah negara kita (PAS) memerlukan 112 kerusi. Jika PAS boleh 112 kerusi parlimen, PAS boleh memerintah negara.

"Maka, kaum Cina, kita minta supaya memberi kepercayaan kepada PAS, bukan sahaja di Terengganu juga kita mahu peringkat Malaysia,” katanya yang dipetik oleh Harakahdaily.

Abdul Hadi berkata, PAS perlu menjadi sebuah parti yang kuat dan gagah supaya mereka boleh menghalang orang yang hendak buat huru-hara dan kacau bilau di negara ini.

Menurutnya, PAS mahu selamatkan negara ini dengan memperkenalkan kepada rakyat Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) agar tidak berlaku peperangan dan pergaduhan.

“Politik kita boleh berbalah, berkelahi tetapi tidak boleh berperang dan tak boleh bergaduh. Beza pendapat boleh tetapi bergaduh tidak boleh dan kita (PAS) nak halang sebab-sebab yang boleh menimbulkan pergaduhan itu.

"Islam sebenar mengajar pengikut-pengikutnya bagaimana kaum Cina, kaum India mereka boleh hidup di kampung-kampung Melayu. Boleh hidup berkedai satu keluarga Cina di kampung Melayu.

"Di Kelantan, Terengganu, Kedah dan di Perlis. Ketika berlakunya huru-hara dalam peristiwa 13 Mei 1969. Terengganu tidak ada 13 Mei, di Kelantan tiada 13 Mei, Kedah tak ada 13 Mei.

"Tetapi, huru-hara berlaku di Pulau Pinang, berlaku di Singapura bergaduh kaum. Tempat yang orang Islam sungguh-sungguh pegang dengan Islam, tak ada gaduh dan tak ada huru-hara," katanya.

Pada ucapannya itu, ahli parlimen Marang itu turut mengimbau kembali ketika pemerintahan PAS di Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004 lalu.

"PAS pernah memerintah (Terengganu) tahun 1999 dan saya dilantik menjadi menteri besar ketika itu. Banyak benda yang kita buat antaranya kita (PAS) hapus cukai pintu rumah kediaman.

"Kita hapus cukai peniaga-peniaga kecil. Kita beri geran tanah kepada rakyat tidak kira kaum apa termasuk orang Cina, India, Melayu.

"Di sana ada Kampung Baru Cina Bukit Berangan (Tepoh), ada Kampung Batu Lima, Dungun dan ada Kampung Air Putih, Kemaman. Mereka (orang Cina) dikurung oleh British dahulu.

"Walaupun (negara) kita telah merdeka, kerajaan tidak beri mereka geran tanah sehinggalah kita memerintah, kita (PAS) beri geran tanah. Kita bantu sekolah-sekolah rakyat termasuk sekolah Cina, sekolah Tamil, kita tolong," katanya.

Ini kerana, menurut Abdul Hadi, adalah hak semua manusia bagi menggunakan bahasa ibunda masing-masing dalam pendidikan.


Iklan:
Hasil carian imej untuk tukang gunting rambut lelaki
Dikehendaki segera!!
Tukang gunting lelaki,

Berpegalaman mengunting rambut lelaki pelbagai usia. 
  • Pendapatan basic komisen boleh dirunding. 
  • Disiplin, jujur dan amanah amat diutamakan. 
  • Ciri-ciri tambahan, berketerampilan kemas dan mudah mesra. 
Kelebihan / Kemudahan 
  • Majikan yang prihatin 
  • komisyen dan gaji terjamin. 
  • lokasi Kedai yang bersih,selesa dan menarik dikelilingi 
  • oleh ramai penduduk. 
  • Berdekatan dengan Surau dan kedai makan. 
  • kedai berhawa dingin. 
Hubungi: 
Muaz;:
Sila hubungi.. 
018 2018342 
011 33111321

4 comments:

mahligaiseni said...

Heheheeee. Inilah skrip Maharaja Lawak Mega musim PRU 14. Heheeee... Selamat berkempen, tuan.

Anonymous said...

Kampung Baru Cina kat negeri UMNO bersepah.

Penang bantu Sekolah agama kata ada muslihat. Belum perintah memang lah baik.

Dalam pada itu, PAS banyak juga bagi tanah pada syarikat untuk dapatkan komisyen dan ada juga bagi pada Menantu Bekas MB..

Depan bukan Islam satu patah perkataan pasal hudud tak di sentuh..

Manis mulut di bibir...

Yang datang majlis manis anak tekak..

Anonymous said...

"Kita (PAS) cuba di Kelantan, cuba di Terengganu, cuba di Kedah tetapi kita tidak kuasa yang lebih. Jika boleh, kita (PAS) hendak kuasai sampai ke kerajaan pusat."

Penang boleh. Selangor boleh.

Bertambah makmur dan sejahtera.

Ada kuasa tetapi akal kurang bijak .. sebab itu berkecuali selalu ... tak payah lah nak jadi pemerintah.

Anonymous said...

Kafir harbi juga dirayunya.. bukan ke hampir 90 % cina bersama dap

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails