Friday, February 23, 2018

Pemerintah Pelindung Rasuah &Salahguna Kuasa. -Tuan Ibrahim

Hasil carian imej untuk tuan ibrahim tuan man


Malang bila dunia seringkali meletakkan kesalahan kepada Islam, sedangkan hakikat sebenar ialah negara yang memisahkan urustadbir dengan dasar Islam menjadi punca. 

Hari ini, rakyat melihat parti pemerintah menjadi pelindung kepada pelbagai kesalahan rasuah dan salahguna kuasa. Umno-BN menjadi punca kerana gagal meletakkan Islam sebagai sistem terbaik dalam urus tadbir negara, sehingga tahap rasuah negara Malaysia yang dihuni majoriti umat Islam kini jatuh ke tahap setanding Cuba.

Kemerosotan 7 tangga Malaysia daripada 55 di 2016 ke 62 di 2017 dalam Indeks Tanggapan Rasuah (CPI) terbaru Transparency International Malaysia (TI-M) sememangnya menyedihkan malah mengejutkan. 

Apapun, tiada yang lebih mengejutkan dan mengecewakan daripada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Paul Low yang dipetik Malaysiakini, 22 Februari 2018 di mana beliau menyalahkan kemerosotan itu atas tindakan agresif SPRM.

Dato Paul Low 

"Publisiti dan pendedahan meluas yang diberikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kes-kes ini dalam tahun-tahun mutakhir mewujudkan lebih banyak tanggapan negatif yang sekali gus menyumbang terhadap kemerosotan mata dan kedudukan CPI Malaysia.

"Bagaimanapun, ini tidak boleh menghalang SPRM daripada membuat penguatkuasaan agresif dan kerajaan daripada membuat perubahan transformasi jangka panjang," kata Low yang dipetik.

Meletakkan kemerosotan kedudukan CPI ke atas bahu SPRM yang telah melakukan pelbagai tindakan pendakwaan dan tangkapan sebagai punca jelas adalah satu usaha tidak bertanggungjawab. Ia tidak dapat menyembunyikan fakta bahawa budaya rasuah kini menular di seluruh pelusuk negara pada tahap yang kritikal.

Kerajaan BN ternyata gagal dalam meningkatkan imej negara di mata dunia. Pelbagai kemelut kewangan yang besar seperti isu 1MDB dan Felda gagal diselesaikan dengan satu jawapan yang memuaskan atau pendakwaan terhadap mereka yang terlibat sehingga kini. Bukan itu sahaja, skandal-skandal lain yang lama seperti skandal PKFZ, skandal forex Bank Negara Malaysia masih bermain di bibir rakyat. 

Malah budaya rasuah kini juga menular kepada kerajaan yang ditadbir pembangkang. Di Pulau Pinang, Ketua Menterinya kini berdepan dakwaan rasuah di mahkamah isu banglo manakala isu terowong kini rancak disiasat oleh SPRM.

Ketua Pengarah SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad turut melahirkan rasa terkejutnya dengan kejatuhan indeks rasuah Malaysia kerana beliau merasakan telah banyak usaha yang dibuat oleh SPRM.

PAS tidak menafikan bahawa SPRM telah banyak berusaha di bawah Tan Sri Dzulkifli. Akan tetapi, Ketua Pengarah SPRM perlu menilai balik semula kata-kata beliau seperti yang diwawancara di Mingguan Malaysia pada 21 Mei 2017 sebagai salah satu punca. 

Di wawancara tersebut, beliau dipetik sebagai berkata SPRM tidak mengambil tindakan terhadap ahli-ahli politik sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerana tidak mahu dijadikan alat atau modal kempen oleh parti-parti politik. 

Kenyataan Ketua Pengarah SPRM telah mendedahkan sejauhmana 'kesungguhan' SPRM membuat pembongkaran dan pendakwaan skandal rasuah ke atas ahli-ahli politik, terutamanya mereka yang berkuasa. Perlu diingat, ramainya ahli politik yang diheret untuk disoal siasat bukan petanda skandal rasuah telah selesai dibongkar. Malah, kenyataan Tan Sri Dzulkifli menyebabkan rakyat berpersepsi ada pendakwaan terpilih sekiranya ada pemimpin pembangkang tapi tiada pemimpin BN yang diheret ke mahkamah kerana rasuah sebelum PRU14.

PAS tegas menyatakan rasuah perlu dicegah melalui pendekataan bersepadu dengan menekankan nilai fizikal dan spiritual, mengurangkan kos hidup yang membebankan rakyat, meningkatkan pendapatan rakyat serta tauladan daripada kepimpinan negara yang boleh dijadikan model bagi rakyat.

Sehubungan itu, PAS menyeru agar rakyat agar menolak mereka yang terlibat dan melindungi rasuah. Berilah mandat kepada mereka yang tidak terpalit dengan rasuah. PAS menerajui Kelantan selama 27 tahun tanpa terpalit dengan rasuah. Kejayaan PAS menerajui Kelantan selama 27 tahun tanpa terpalit dengan rasuah dan mendapat anugerah khas Jabatan Audit negara perlu dijadikan asas ukuran sebelum mengundi di PRU ke 14 nanti. 

Marilah kita bersama menyelamatkan negara dengan bahtera Islam agar negara dan rakyat akan hidup dalam sejahtera, aman damai dan keadilan yang dinikmati semua.

Malaysia Sejahtera bersama Gagasan Sejahtera.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS

22 Februari 2018
 



 Iklan:
Hasil carian imej untuk tukang gunting rambut lelaki
Dikehendaki segera!!
Tukang gunting lelaki,

Berpegalaman mengunting rambut lelaki pelbagai usia. 
  • Pendapatan basic komisen boleh dirunding. 
  • Disiplin, jujur dan amanah amat diutamakan. 
  • Ciri-ciri tambahan, berketerampilan kemas dan mudah mesra. 
Kelebihan / Kemudahan 
  • Majikan yang prihatin 
  • komisyen dan gaji terjamin. 
  • lokasi Kedai yang bersih,selesa dan menarik dikelilingi 
  • oleh ramai penduduk. 
  • Berdekatan dengan Surau dan kedai makan. 
  • kedai berhawa dingin. 
Hubungi: 
Muaz;:
Sila hubungi.. 
018 2018342 
011 33111321

8 comments:

Anonymous said...

MEMBALAK BERSAMA ULAMA. Kalau bukan VELLFIRE, bukan MERCD, bukan AUDI, bukan keta baru bermakna itu BUKAN MP atau wakil rakyat PAS. Guna AGAMA untuk POKET dan TEMBOLOK. Kalau tak pandai memaki, membohongi dan tak pandai lilit serban, jangan jadi ahli PAS. Janji pandai cakap, guna Agama untuk kepentingan...PAS lebih zalim dari UMNO!

Anonymous said...



Itu kenyataan Tuan Ibrahim .. kenyataan peribadi.

Sekarang dah jatuh ke tangga 62 baru nak keluar kenyataan ...

Dyana DAP hisap rokok, parti suci hina dia.. kutuk dia... Perempuan Isteri orang ke Bali dengan KP langsung tak di hentam. Cuma mengatakan memang benar SPRM telah banyak buat tangkapan..."PAS tidak menafikan bahawa SPRM telah banyak berusaha"

Ikut Islam adakah orang macam ini layak di amanahkan membenteras rasuah ? Mau pahala .. Mau syurga .. Berkat hidup dan usaha kerja, macamana ?

Anonymous said...

MENGAPA KITA MENYOKONG DAN MENGUNDI PARTI ISLAM PAS DAN MENOLAK PARTI SEKULAR, LIBERAL DAN KAFIR HARBI:

(1) Parti Islam pimpinan ulama Islam menawarkan Islam sebagai penyelesaian masalah hari ini kerana Allah Maha Mengetahui tentang hamba-hambaNya.

Parti sekular, liberal dan kafir harbi pula menawarkan kaedah matlamat menghalalkan cara yang bertentangan dengan ajaran Islam kerana falsampah tersebut membenarkan pihak berkuasa dan pihak berpengaruh menggunakan kazaliman untuk mencapai matlamat dan objektif pihak berkuasa.

(2) Parti Islam PAS pimpinan ulama Islam telah menjadikan Al-Qur'an, Sunnah, Qias dan Ijmak sebagai perlembagaan PAS dalam perjuangan politik Islam PAS.

Parti sekular, liberal dan kafir harbi pula menjadikan sekularisme, liberalisme, pluralisme dll yang bertentangan dengan ajaran Islam sebagai perlembagaan parti mereka kerana sekularisme mengasingkan kehidupan dunia dari amalan agama Islam, liberalisme menolak ajaran Islam , pluralisme menyamakan taraf semua agama walaupun kita mengetahui hanya Islam agama yang benar dan diredhai oleh Allah dll.

(3) Parti Islam PAS pimpinan ulama Islam menyeru manusia kepada kebenaran, kejayaan, keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan manusia di dunia dan akhirat.

Parti sekular, liberal dan kafir harbi pula menyeru manusia kepada kehidupan materialistik yang mementingkan kehidupan dunia sahaja seperti hedonisme, kleptocracy, nepotism, kapitalisme dll yang membenarkan pihak yang berkuasa menindas dan memeras rakyat.

(4) Parti Islam PAS pimpinan ulama Islam menawarkan undang-undang Syriah sebagai penyelesaian yang adil kepada masalah sosial dan jenayah.

Parti sekular, liberal dan kafir harbi pula menawarkan undang-undang sekular yang telah terbukti gagal menyelesaikan pelbagai masalah sosial dan jenayah. Antara bukti kegagalan dan kelemahan undang-undang sekular buatan manusia ialah undang-undang sekular terpaksa ditukar atau diubah suai setiap kali situasi berubah!

(5) Parti Islam PAS pimpinan ulama Islam menawarkan ekonomi Islam yang bersifat adil, jujur dan telus untuk keadilan sosial dan mencegah kezaliman dan pemerasan.

Parti sekular, liberal dan kafir harbi menawarkan kapitalisme yang bersifat zalim dan memeras rakyat untuk menjadikan pemimpin politik dan kroni mereka dan pemilik perniagaan yang bersifat lintah darat kaya raya.

Anonymous said...

Sambungan ....

(6) Parti Islam PAS pimpinan ulama Islam menawarkan politik Islam yang menjadikan kedaulatan Syariat Islam sebagai tujuan utama. Kedaulatan syariat inilah yang menjadi titik utama perbezaan antara politik Islam dan juga politik-politik yang lain. Politik Islam tidak pernah memisahkan kefahaman agama daripada cara berpolitik juga di dalam sistem kenegaraan. Islam itu syumul yang menjadi sebuah cara hidup yang sempurna.

Parti sekular, liberal dan kafir harbi pula menawarkan ideologi-ideologi buatan manusia yang bersifat manipulatif dan berlandaskan matlamat menghalalkan cara dan mengandungi pelbagai unsur kezaliman, penindasan, hipokrasi, keburukan dan kelemahan .

(7) Parti Islam PAS pimpinan ulama Islam berjuang untuk menegakkan ajaran Islam seperti Amar Makruf Nahi Mungkar (mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran) dan membela hak umat Islam.

Parti sekular, liberal dan kafir harbi pula berjuang untuk membela, mempromosi dan mempertahankan kemungkaran dan kesesatan seperti membela, mempromosi dan mempertahankan kebebasan arak, judi, zina, riba, ajaran sesat, murtad, hiburan yang melalaikan manusia dll.

PERSOALAN

Parti Islam PAS pimpinan ulama Islam menunjukkan jalan ke syurga sedangkan parti sekular, liberal dan kafir harbi menunjukkan jalan ke neraka. Sebagai manusia yang mempunyai akal , apakah pilihan anda?

KESIMPULAN

Sebagai umat Islam yang cintakan Allah dan RasulNya, marilah kita semua menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam kerana hanya PAS yang berusaha menegakkan ajaran Islam dan membela hak umat Islam di negara ini.

Parti sekular, liberal dan kafir harbi telah menfitnah, memburuk-burukkan dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam. Bahkan parti sekular, liberal dan kafir harbi telah terlibat dalam pelbagai skandal rasuah dll yang amat merugikan rakyat dan negara.

Anonymous said...

Walaupun isi nya mengarut dan berlebih-lebihan.. tajuk nya bagus..

Kurangkan memperkatakan tentang keburukan lawan..

Sampaikan apa Islam nya PAS..? Apa yang ikut Quran? Pemimpin nya atau hanya parti yang mempunyai dasar Islam sahaja?

Bila tulis ingat rujuk apa dan bagaimana Islam yang di cerminkan oleh pemimpin...

Cakap je beriman tetapi Allah kata belum lagi beriman.

Anonymous said...


JAWAPAN UNTUK BARUA-BARUA DEDAK PAKATAN HAPRAK:

Nampaknya barua-barua Pakatan Haprak terlalu terdesak untuk menghina dan memfitnah ulama Islam dan parti Islam PAS yang sedang berusaha membela agama Islam dan hak umat Islam di negara ini.

Bahkan barua-barua dan pemimpin-pemimpin Pakatan Haprak menjadi panik dan ketakutan apabila kajian terbaru Merdeka Center mendapati umat Islam akan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam.

Aktiviti pembalakan berlaku di setiap negeri yang mempunyai hutan balak di Malaysia maka tindakan barua-barua Pakatan Haprak menulis MEMBALAK BERSAMA ULAMA mendedahkan niat jahat dan hipokrasi barua-barua Pakatan Haprak.

Mengapa barua-barua Pakatan Haprak tidak mahu mendedahkan peranan Musang Moses dan dua ekor pemimpin DA-Pig yang bernama 'N' dalam memusnakan hutan balak yang menyebabkan banjir besar di kelantan? Ini jelas membukti barua-barua Pakatan Haprak adalah kepala bapak hipokrit !

Di negara Malaysia , jika anda mampu, anda boleh memiliki VELLFIRE, MERCD, AUDI dan kereta mewah lain dan jika anda kurang mampu, anda masih boleh memilikinya dengan membeli kereta second-hand atau kereta terpakai yang berharga jauh lebih murah.

Tindakan membeli dan memiliki kereta mewah tidak menjadi kesalahan di Malaysia. Ianya hanya menjadi kesalahan dalam otak hati barua-barua Pakatan Haprak yang penuh dengan hasad dengki.

Setelah kita membaca komen-komen yang ditulis di atas oleh barua-barua Pakatan Haprak, kita mendapati komen-komen mereka berunsur jahat dan fitnah dan bersifat bodoh berlapis-lapis maka kita sebagai manusia yang bijaksana membuat kesimpulan kita tidak perlulah membazir masa untuk melayan barua-barua Pakatan Haprak yang bodoh berlapis-lapis kerana barua-barua Pakatan Haprak ini dibayar untuk menjaja fitnah !!!!

Anonymous said...

PAS dan UMNO berpisah tiada, didepan penyokong kecam UMNO di belakang berpeluk dan gembira sakan dengan UMNO. Ini dapat diterjemahkan melalui hubungan mesra Hadi dan Najib.

Anonymous said...

Satu fakta yang mengejutkan iaitu kenapa penyokong dan pemimpin PAS bijak2 belaka. Hasil penemuan ialah kerana mereka suka makan nasi kangkang keluaran Bomoh Mah Enterprise dari Putera Jaya. Tak caya,cuba tanya Panglima Bugis.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails